Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Monday, February 13, 2012

Kuasa Ariel Sharon


Ariel Sharon? Beliau juga di gelar Arik, dilahirkan pada 27 Februari 1928, merupakan bekas Politikus Perdana Menteri ke-11 dan Jeneral pemimpin Israel yang berkhidmat dari Mac 2001 hingga April 2006.

Kariernya politiknya yang panjang, Sharon di pandang sebagai tokoh yang penuh dengan kontroversi oleh pelbagai pihak sama ada di dalam mahupun di luar Israel. Penyokongnya menyanjungnya sebagai pemimpin yang cuba memulihkan keamanan tanpa mengorbankan kepentingan keselamatan Israel. Warga Israel juga menganggapnya sebagai wira perang yang membantu mempertahankan negara ketika berhadapan dengan detik yang paling getir. Pangkat tertingginya adalah sebagai Mejar jeneral dan menjadi terkenal kerana penglibatannya dalam Perang 6 Hari pada 1967 dan Perang Yom Kippur pada 1973. Sharon juga bertanggungjawab dalam tragedi Pembunuhan Qibya pada 1953 yang menyebabkan kematian 101 Palestin


Manakala, sebilangan pembangkangnya mendakwa Sharon adalah penjenayah perang kerana jenayah yang di dakwa berkaitan dengan peristiwa pembunuhan beramai2 di Sabra dan Shatila ketika Perang Lubnan 1982, ketika Sharon bertugas sebagai Menteri Pertahanan. Suruhanjaya Kahan mendakwa Sharon sebagai orang yang bertanggungjawab secara tidak langsung (persendirian) akibat kelekaan dan terlebih keyakinannya tanpa melibatkan orang2 Israel yang lain. Ariel Sharon telah banyak merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yang mengalir kerana kezalimannya. Ramai pejuang yang telah terkorban kerana kekejamannya. Kekejamannya juga pernah di lihat oleh saksi, seorang pengarah filem dokumentari yang sedang membuat liputan dan penggambaran di sana. Dia melihat Sharon pernah membunuh 2 kanak2 warga Palestin dengan menembak dari jarak dekat (10 meter) di kem pelarian Sabra-Shatila. Pembunuhan dan penyembelihan beramai2 rakyat Palestin di kem pelarian Sabra-Shatila itu tak mungkin akan dilupakan dalam sejarah kemanusiaan hingga melabelkan Sharon sebagai `Butcher of Beirut'. Serangan selama 3 hari itu telah mengorbankan 3,500 rakyat Palestin yang tidak berdosa. Pada 2001, Mahkamah Tinggi Belgium mahu membicarakan kes jenayah perang ini ke atas Sharon yang juga berbangsa Belgium tetapi Israel menuduh tindakan itu berbau politik. Apabila kes itu didiamkan seolah2 kekejaman itu tidak berlaku langsung dan kes itu terus lenyap begitu sahaja.

Akibat dari itu, Sharon dilucutkan jawatan sebagai Menteri Pertahanan namun masih merupakan tokoh penting dalam Parti Likud dan memegang jawatan kanan dalam jemaah menteri dan parti. Sharon menjadi pemimpin parti pada 1999 dan kemudiannya di lantik sebagai Perdana Menteri pada 2001. Dasar2 Sharon ketika tempoh perkhidmatannya, telah menyebabkan pertelingkahan di dalam Parti Likud, sehingga Sharon bertindak untuk membentuk parti baru, Kadima. Beliau merupakan Perdana Menteri Israel pertama yang tidak bernaung di bawah aParti Buruh Israel (Parti Likud), yang sering mendominasi politik Israel. Ehud Olmert menampilkan diri sebagai pemimpinyya, memenangi bilangan kerusi terbanyak dalam Knesset pada pilihanraya 2006 dan merupakan sahabat campuran kanan dalam kerajaan Israel.

Sharon di serang angin akhmar a.k.a stroke yang teruk pada 2006. Jawatannya di ambil alih oleh pemangkunya, Perdana Menteri Ehud Olmert. Doktor di Hospital Hadassa telah melakukan pembedahan selama 7 jam terhadap Sharon untuk membuang darah akibat dari pendarahan otak. Dikatakan bahawa Sharon memiliki luka membusuk dan beberapa pembedahan dilakukan untuk menyambung bahagian2 usus yang telah membusuk dan merebak ke bahagian tubuh yang lain. 

Dahulu, dialah yang memimpin para tentera untuk menyerang Sinai dan Lebanon. Dialah juga yang menyembelih para tawanan Mesir. Namun hari ini, Ariel Sharon bagaikan mayat hidup selepas koma semenjak 2006 (5 tahun), dia tidak sedar sama sekali dan tidak mengetahui keadaan sekeliling dalam melalui detik2 derita, lumpuh seluruh badan dan tidak mampu menggerakkan aggota badan walau mata sekalipun. Demikianlah ayat2 Allah, membusuknya jasad sedangkan ia masih hidup. Tiada yang mustahil. Mungkin inilah yang harus di telan oleh Sharon atas ribuan nyawa dan kezaliman yang dilakukan ke atas rakyat Palestin. Allah tidak mencabut nyawanya tetapi membiarkan Sharon berada di persimpangan antara hidup dan mati.


dari facebook:
Doktor yg merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga 90 tahun. Dia dirawat di Hospital Hadassah di Jerussalem dan kemudian di Chaim Sherba Medical Center. Difahamkan Sharon telah dimasukkan ke bilik pembedahan untuk menyambung bahagian ususnya yg membusuk dan merebak ke seluruh bahagian lain. Beliau dah jadi umpama mumia firaun. Terpenjara dalam jasad yang sudah membusuk..

arielsharon2 (Gambar) Ariel Sharon Koma 4 Tahun Bagai Mayat Hidup











Dikatakan bahawa berat Sharon semakin menyusut. Tubuhnya yang gempal kini hanya tinggal rangka iaitu kira2 15kg sahaja. Menurut beberapa sumber yang tidak diketahui, sebelum Sharon jatuh koma, tidur malamnya sering diganggu oleh satu mimpi yang sama. Dalam mimpi itu, Sharon telah di tangkap oleh penduduk GAZA yang begitu marah dan dendam dengan Sharon ekoran tindakannya yang angkuh menyerang bumi Palestin. Di dalam mimpi itu juga, Sharon telah di seksa, di rantai tangan dan kakinya, kemudian di arak sekeliling bandar GAZA dan di humban ke dalam api. Mimpi itu mengganggu Sharon saban malam hinggalah dia jatuh koma. Tiada siapa yang tahu akan derita Sharon menanggung mimpi2 itu saban malam selain dari setiausaha peribadi Sharon. Setiausahanya telah mendedahkan mimpi2 Sharon itu kepada media2 di Israel pada 2008. Berita tersebut terus tersebar ke media2 Asia Barat dan juga internet

Firman Allah SWT :
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia yang menyaksikan segala sesuatu? (Fushshilat:53) 







Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.