Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Wednesday, February 15, 2012

Leftenan Adnan Wira Bangsa



14 Februari baru sahaja berlalu, namun tarikh itu tetap terpahat di setiap insan yang menghargai pahlawan sejarah, lebih2 lagi mengenang pengorbanan wira2 bangsa ketika zaman perang dunia ke-2 dahulu. Keberanian Lt Adnan Saidi dan rakan seperjuangannya dalam batalion pertama rejimen askar melayu yang berjuang sehingga ke nafas yang terakhir merupakan episod yang kekal dalam lipatan sejarah. Ungkapan 'Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata' menjadi pembakar semangat juang, tidak gentar ketika berhadapan dengan tentera Jepun. Keberaniannya, diakui oleh General Yamashita `Harimau Malaya' dengan menyatakan "Jika terdapat 10 Lt Adnan, pasti Malaya tak jatuh ke tangan Jepun".


14 Februari merupakan tarikh sempena memperingati pejuang2 tanahair khususnya, Lt Adnan Saidi. Gugurnya ramai pahlawan2 Melayu di Pertempuran Bukit Candu pada 14 februari 1942 ini merupakan lanjutan dari pertempuran di Pasir Panjang yang berlaku sehari sebelum itu. Bukit Candu adalah tempat memproses candu yang terletak di kaki bukit. 


Pada malam 8 Feb 1942, Platun 7 Kompeni C. Batalion Pertama Askar Melayu dipimpin oleh Lt. Adnan telah diarahkan bertahan di Permatang Pasir Panjang juga dikenali sebagai Bukit Candu. Beliau berpendirian bahawa pertahanan di Bukit Candu adalah garisan pertahanan pihak British terakhir dan oleh itu beliau mengambil keputusan untuk tidak berundur walaupun setapak. 



Pemandangan dari Bukit Candu (lokasi pertempuran)


Replika terukir nama Lt Adnan (lokasi pertempuran)

Pada 13 Februari 1942, Div Chryanthemum tentera Imperial Jepun di bawah pemerintahan Lt General Renya Mutaguchi, melancarkan serangan ke persisiran selatan Singapura (Permatang Pasir Panjang). Lokasi tersebut di bedil dengan mortar dan meriam. Lt Adnan membina pertahanan Rejimen di kawasan tanah tinggi, di kenali sebagai "Celah" (Gap), memberikan tentangan hebat sehingga memaksa Jepun di bawah Major Kimura, berundur, walaupun Jepun mempunyai bilangan yang lebih ramai. Tipu helah satu kumpulan Jepun berpakaian Askar Punjab yang mara dari bawah bukit menghala ke Bukit Candu dapat dikesan. Pertempuran ini mengakibatkan ramai askar Jepun terbunuh dan memaksa mereka untuk berundur. 


Kemudian askar Jepun telah melancarkan serangan hebat dalam bilangan yang lebih besar. Dalam bilangan kecil dan kekurangan peluru, Regimen Askar Melayu bertempur berhabis2an. Walau dalam keadaan cedera parah, Lt Adnan tidak patah semangat. Namun akhirnya Lt Adnan terkorban namun beliau dan regimennya telah berjaya membunuh lebih daripada 800 tentera Jepun. 


Bukit Chandu berjaya di tawan Jepun dan Lt Adnan yang masih bernyawa, di seret dan dimasukkan dalam guni kerana perasaan marah dan dendam Jepun. Kemudian Lt Adnan telah diikat dan di gantung kakinya pada pokok ceri, di tikam berkali2 dengan benet oleh tentera Jepun sehingga mati. Lehernya di kelar dan dikatakan tubuhnya hampir berkecai. Phak Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan. Ada sumber mengatakan tubuh Lt Adnan di bakar mnjadi abu. Dikatakan juga, Haji Burhan Muslim yang tinggal berhampiran Bukit Chandu telah pergi ke kawasan pertempuran tersebut selepas peperangan. Kelihatan ramai mayat2 askar2 Melayu yang di pancung dan salah seorang daripadanya, mayat tentera melayu yang di kelar lehernya dan pakaiannya penuh dgn darah. Melalui lencananya, dipercayai ia adalah pegawai berpangkat dan kemungkinan besar mayat tersebut adalah Lt Adnan.


Kejadian ngeri ini disaksikan oleh Koperal Yaakob yang menerima pingat Keberanian `Medal of Gallant' antara askar yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Beliau telah cedera jatuh di atas mayat yang terkorban dan berpura2 mati. Tewasnya Lt Adnan yang ketika itu baru berusia 27 tahun, adalah satu episod perjuangan anak Melayu berjiwa cekal yang tidak kenal putus asa demi mempertahankan bumi tercinta. Seramai 152 askar Melayu termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 pegawai British terkorban termasuk Lt Adnan yang bersama 42 anggotanya yang masih hidup telah berjuang sehingga ketitisan yang terakhir.


Pertempuran sengit ini disebut dalam perutusan Lt general A.E Percival dalam Operasi Malaya Disember 1941 - 15 Februari 1942 :



"Selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Regimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Regimen Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir Panjang)..."
"After two hours of heavy shelling and mortaring, the Japanese attacked the Malay Regiment which was holding Pasir Panjang Ridge. The latter fought magnificently, but suffered heavy casualties, and by afternoon the enemy had reached the Gap (Pasir Panjang Ridge)…"



Lt Adnan bin Saidi dilahirkan dalam Jun 1915 di Kampung Sungai Ramal, kira2 dua batu dari Kajang. Beliau adalah anak sulung daripada lima adik-beradik dan berketurunan Minangkabau. Memiliki darah pahlawan dimana moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning. Adik2nya, Ahmad dan Amarullah juga merupakan anggota tentera. Namun Ahmad terbunuh dalam pertempuran semasa berkhidmat sebagai tentera laut pada 1939. Kapalnya, HMS pelanduk, ditenggelamkan oleh Jepun ketika pelayaran ke Australia. Manakala Amarullah terselamat dari peperangan dan menetap di Kajang, Selangor. 

Mendapat pendidikan di Sekolah Sungai Ramal, Kajang dalam aliran Inggeris. Memulakan kariernya sebagai guru pelatih dan mngajar selama setahun, kemudian mngambil keputusan untuk menyertai tentera. Pada penghujung tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, beliau telah memasuki Kompeni Percubaan Askar Melayu di Port Dickson tanpa pengetahuan ibubapanya. Beliau adalah salah seorang dari 25 anak melayu pertama yang di pilih untuk menyertai Askar Melayu. Setahun kemudian, beliau berjaya menamatkan latihannya dan  terpilih sebagai Rekrut Terbaik. 1935, pasukan ini di tukar kepada rejimen Askar Melayu dengan kekuatan anggota seramai 150 orang. Penghujung 1936, beliau telah dinaikkan pangkat Sarjan. 

Pada tahun 1938, Lt Adnan dinaikkan ke pangkat Sarjan Mejar dan pada penghujung tahun itu, beliau telah mengikuti kursus sebagai Kadet di Singapura selama 6 bulan. Beliau ditauliahkan sebagai Pegawai dengan pangkat Lt. Muda dan ditempatkan di Kompeni C. Batalion Pertama Askar Melayu. Pada tahun 1939, beliau telah berpindah ke Singapura bersama2 Batalion Pertama dan mengikuti latihan peperangan di Singapura sehingga Disember 1941. Pada 1937, Lt Adnan terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan hormat di London sempena pertabalan Raja George VI. Kemudian Lt Adnan di lantik sebagai Kompeni Sarjan Major dan di hantar ke SIngapura untuk kursus latihan pegawai. Sebaik tamat kursus sebagai Lt Muda, Adnan di lantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni C. 


Beliau melangsungkan perkahwinan dengan guru di kampungnya, Sapiah binti Pareh Muda dan mendapat tiga cahaya mata. Dua anak lelakinya, Mokhtar (tinggal di Seremban), Zainuddin (tinggal diJohor) dan seorang anak perempuan yang kemudiannya meninggal dunia sejurus selepas kejatuhan Singapura. Sapiah meninggal dunia pada 1948.


Pada 1941, Lt Adnan ditempatkan di Singapura bersama ahli keluarga. Mereka tinggal di Pasir Panjang, kawasan khas untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Namun Lt Adnan menghantar pulang keluarganya semula ke Kajang apabila Perang Dunia ke-2 semakin hampir dengan kedatangan Jepun ke Tanah Melayu. Dan ini adalah detik terakhir mereka bersama ketika Sapiah sedang mengandungkan anak mereka yang ke-3.

Filem yang di tayang pada 2000

Hasil karya Abdul Latip Talib


p/s : Pahlawan yang lahirnya dari bumi Selangor ini memang wira sejati...syahid dalam memperjuangkan negara, bangsa dan agama. AlFatihah........






Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 comments:

Anonymous said...

I'm more than happy to find this site. I need to to thank you for your time just for this wonderful read!! I definitely enjoyed every little bit of it and I have you saved to fav to see new information on your website.
Take a look at my page : perfumes

Anonymous said...

perwira ku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.