Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Wednesday, August 18, 2010

Biarlah Rahsia


SUSUK tubuh tinggi lampai dan langsing yang kelihatan anggun menggayakan sepasang kebaya renda rona firus pantas mencuri tumpuan tetamu yang hadir.

Setelah diamati, wanita cantik itu bukanlah asing di pandangan mata. Dia adalah Marion Caunter. Pengacara yang kelihatan agak seksi dan jelita ini suatu ketika dulu pernah mengemudi program realiti Malaysian Idol dan One In A Million (OIAM) bersama-sama Awal Ashaari.

Bagaimanapun, kerjaya pengacaraan wanita berusia 30 tahun itu semakin berkembang apabila dia kini melebarkan sayap ke peringkat Asia.


Kekangan terhadap rutin hariannya yang sibuk tidak menghalang wanita ini untuk memikirkan soal perkahwinan. Ditanya bilakah dia mahu menamatkan zaman solonya, tanpa berselindung, Marion memberitahu ia akan berlangsung dalam waktu terdekat ini.


Tapi, bila, di mana dan siapakah jejaka bertuah yang berjaya membuka pintu hatinya?


Wanita berdarah campuran Cina - Inggeris dan Portugis ini enggan memberitahu, tetapi katanya memang dalam waktu terdekat. Wajahnya kelihatan berbunga-bunga tatkala berbicara mengenai hari bahagia.
Kata Marion, mereka sedang dalam peringkat perbincangan dengan kekasih hatinya untuk disatukan sebagai suami isteri. Sekiranya tiada aral melintang, dia dan kekasih yang sudah dikenali sejak lima tahun lalu bakal disatukan tahun ini juga.

Saya terlalu sibuk hingga terpaksa mengenepikan seketika rancangan untuk berkahwin. Bagaimanapun selepas September, saya akan luangkan masa supaya dapat membuat persiapan dengan sempurna kerana banyak perkara yang perlu diuruskan. Memang saya sudah bertemu dengan jejaka yang tepat, jadi saya rasa tidak perlu lagi untuk menangguhkan perkahwinan kami.


Bagi saya, bila seseorang itu berjaya menjadikan saya orang yang lebih baik, kenapa perlu saya meraguinya. Lagipun saya bukannya muda, tahun ini usia saya 30 tahun, jadi saya berasakan ini adalah waktu yang paling tepat dan sesuai untuk saya mendirikan rumah tangga dan membina keluarga.
Walaupun kekasih saya lebih muda tiga tahun dari saya, tetapi dia ternyata seorang yang sangat matang. Setiap kali bersamanya, saya tidak pernah berasa terdapatnya jurang usia di antara kami, katanya.

Biarpun masih merahsiakan identiti kekasihnya, tetapi Marion memberitahu perkenalannya selama lima tahun dengan jejaka yang berkedudukan tinggi, muda, bujang, daripada kalangan keluarga yang dikenali ramai dan beragama Islam itu, pada awalnya tidak terkecuali mendapat tentangan keluarga.

Katanya, percintaannya tidaklah selancar di sangka kerana keluarga kedua-dua belah pihak seakan-akan keberatan dengan keputusan anak masing-masing.
Namun lama kelamaan, kata Marion, keluarga kedua-dua belah pihak nampaknya semakin dapat menerima hakikat itu. Malah, ibunya juga semakin menyayangi bakal menantunya itu. Mungkin keluarga pun sudah tak kuasa nak menghalang kerana melihatkan cinta kami yang semakin utuh, kata Marion berseloroh.

Pada mulanya ibu saya memang kelihatan tak berapa gembira dengan perhubungan kami. Tapi apabila dia sendiri melihat keikhlasan kekasih saya, lama kelamaan hati ibu saya mula berubah. Mungkin ibu sedar, mencari lelaki yang betul-betul baik bukanlah mudah. Jadi bila saya sudah bertemu dengannya, ibu mungkin tidak lagi mahu menghalang.
Saya beruntung kerana bakal suami seorang yang sangat memahami kerjaya saya. Dialah yang banyak memberi galakkan supaya saya menerima saja setiap tawaran yang datang.

Memang ibu dan dia boleh saya katakan orang yang paling kuat menyokong kerjaya saya, kata Marion.
Tempoh 14 tahun dalam bidang pengacaraan memang cukup mematangkan wanita ini, bagaimanapun dia kesal apabila ada yang menuduhnya sanggup merendahkan kredibiliti dengan menerima bayaran yang rendah semata-mata untuk muncul di dalam program terkemuka. Saya takkan buat semua itu semata-mata untuk mendapatkan kerja atau berniat menjatuhkan sesiapa. Saya masih mempunyai nilai harga diri dan tidak tergamak menerima bayaran yang rendah semata-mata mahu diterima sebagai pengacara, katanya.

Petikan : Berita Harian (HIP) - 13.08.2010


p/s : Artikel yang aku petik dari Berita Harian ini aku siarkan sebagai entri aku kali ini bagi memenuhi permintaan beberapa orang sahabat. Dengan harapan semoga berpuas hati. Wahai sahabat2 ku sekalian, bagilah komen sikit. Hehehe.......

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 comments:

Anonymous said...

try je nih..hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.