Tahukah anda tentang Sichida Methods? Rasa2 macam pernah dengar ke atau memang tak pernah dengar? Dalam beberapa email yang singgah dalam mailbox aku, aku begitu tertarik untuk membawa Sichida Methods ini sebagai salah satu entri yang boleh aku kongsikan bersama2 anda, sahabat2 yang sentiasa dalam ingatan. Jom2..kita baca lebih teliti apa itu Sichida.
Sichida adalah satu kelas yang di uruskan oleh masyarakat Jepun untuk melatih anak-anak berfikir dengan menggunakan otak sebelah kanan. Tahukah anda bahawa otak sebelah kanan ini sebenarnya lebih efektif dari otak sebelah kiri? Namun penggunaan otak sebelah kanan ini perlulah lebih dipraktikkan, lebih2 lagi setelah membaca artikel ini.
1. Sebutan2 dan usapan kasih sayang sewaktu anak2 hampir melelapkan mata.
Sewaktu anak2 kita nak tidur atau ketika tidur2 ayam, cakap kat anak2 sepenuh hati dan sejujurnya bahawa kita sayangkan dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit , dia budak pandai dsb.
Lakukan dengan seikhlas hati anda. Pastikan perasaan anda juga tidak terganggu seperti perasaan marah ataupun tidak puas hati.
Untuk pengetahuan anda, otak kanan sedang bekerja apabila waktu tidur2 ayam. Berbeza dengan otak kiri yang telahpun lama tidur.
Apabila anak2 kita sudah tidur , ramas2 jari jemari atau tangannya, buat gerakan memicit2 dengan perlahan2 supaya dia kembali semula berada dalam keadaan tidur2 ayam tadi. Dan lakukannya berulangkali.
2. Mulakan dengan penggunaan cards untuk mengajar anak2.
Cara penggunaan flash card dapat membantu proses pembelajaran dengan lebih pantas. Apabila menunjukkan kad dengan lebih laju dan pantas, maka otak sebelah kanan akan bekerja dengan lebih kuat lagi untuk memahaminya
Buatlah card 123, card ABC atau card gambar2 sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian anak2. Pasti seronok kan?
3. Buat gerak kerja tangan
Gerak kerja tangan adalah hasil otak kanan. Ajar anak2 kita bermain tanah liat, water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb.
Kita boleh cuba dengan melukis gambar seperti rama2, tapi sebelah sahaja dan minta anak2 kita sambung semula lukisan ikut apa yg kita lukis disebelahnya pula. Ia salah satu cara untuk mengaktifkan penggunaan otak sebelah kanan.
Untuk pengetahuan anda, chopstik yang digunakan oleh masyarakat Jepun dan China itu sebenarnya mengaktifkan kerja tangan dan elok untuk mengerakkan otak sebelah kanan.
4. Bersikap positif dan tidak marah anak2 sesuka hati
Jangan bersikap suka marah2 atau tengking anak kerana anak2 kita boleh simpan semuanya dalam otak kiri. Sekiranya kita termarah, kita kembali kepada perkara no.1 tadi dan minta maaf dengan perlahan2. Beritahu kebenaran kepadanya apa punca yang membuatkan kita marah padanya.
5. Develop imaginasi anak2 kita dengan cara bercerita.
Cuba minta anak2 kita menyambung cerita tersebut walaupun kelihatannya agak merapu tetapi kreatif. Ia lebih merangsang otak sebelah kanan dengan lebih baik lagi.
6. Cuba bermain teka-teki dengan anak2
Contohnya, letak satu barang dalam kotak tisu dan minta anak2 teka apa barang tersebut. Kita boleh beri anak2 clue seperti warna dan bunyi. Anak2 akan mula boleh develop six sence by concentrating. Dan akhirnya anak2 dapat meneka barang tersebut. Ini salah satu cara untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.
Tapi perlu ingat bahawa setiap permainan itu, hanya boleh dilakukan dalam tempoh setengah jam sehari. Sebelum melakukan exercise ini, sila tarik nafas dalam2 dan kita perlu dalam keadaan relaks. Jangan lakukannya semasa memasak ataupun semasa menonton tv.
Setiap yang kita lakukan itu kenalah ikhlas, merendah diri dan bersyukur. Segalanya adalah datang dari Allah yang Maha Berkuasa Lagi Mengetahui. Kerana keizinan-Nya, maka setiap usaha kita berjaya dan insyaallah anak2 kita akan jadi orang2 yang cerdik. Mudah2an.
Kaunselor UTM, Dr. Syed Mohd. Shafek ada mengatakan tentang perkataan `jangan'.
Jika kita sering menggunakan perkataan `jangan' dengan anak2, yang `jangan' itulah yang anak kita akan buat. Cuba gantikan dengan perkataan lain yang lebih berhemah seperti "tolong senyap Abang" berbanding "Jangan bising Abang".
p/s : Dalam Islam juga ada menggalakkan ibubapa bercakap2 atau berdoa dgn anak2 ketika mereka dalam proses nak tidur kerana ketika itu adalah antara waktu2 doa yang dimakbulkan. Wallahuaklam.
1 day ago
2 comments:
oh..sgt lah tak faham.. hehe.. takpe.. nanti mahu belajar ini..
sangat x faham ke Mira?? hish !! saje la tuh..hehe
Post a Comment