Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Wednesday, June 29, 2011

Budu ??


Kalau sebut budu, pasti semua orang teringat negeri di pantai timur. Makanan tradisi yang sinonim dengan dengan Kelantan dan Terengganu ini tak perlu diperkenalkan lagi. Pertama kali menjamahnya ketika zaman di rumah bujang. Kebetulan tinggal satu rumah dengan sahabat baik dari Tanah Merah, Kelantan. Cantik orangnya. Macam Erra Fazira. Phewiitt....hehe...Dia yang ajar bagaimana makan budu. Usahkan budu, makanan tradisional Kelantan lain pun dia bagi rasa. Tenkiu Ila...kenangan bersama tak mungkin dilupakan walaupun kini hanya bersua di dalam FB sahaja.

Apasal la pulak SJ nak buat entri tentang budu nih? Ouw...SJ sengaja nak buat perkongsian. Betul2 SJ menikmatinya, apabila SJ di jodohkan dengan orang Pantai Timur, Terengganu. En Hubby rajin buatkan budu. En hubby juga memang suka makan budu. Selalunya budu yang menjadi santapan sudah semestinya Cap Ketereh. Budu Cap Ketereh ni berasal dari Kelantan dan jangan tak percaya ia merupakan budu pertama yang di beri pengikhtirafan sebagai Harta Intelek Negara pada 2007.

En hubby kata, budu Terengganu lebih masin berbanding budu Kelantan yang terasa sedikit lemak. Kerana itu Cap Ketereh selalu menjadi pilihan. Jangan terkejut kalau datang ke teratak SJ, ada botol2 budu yang bersusun di atas rak. Biasanya En hubby menyediakan hidangan budu bersama perahan air limau nipis dan di campur dengan cili api dan bawang yang di hiris2. Di makan dengan nasi panas ketika makan malam atau makan tengahari. Biasanya berulamkan ulam2an, ikan bakar ataupun ikan goreng. Kadang2 En hubby campur sekali dengan tempoyak. Perghh !! lupa kejap asal usul SJ bila dah mengadap hidangan seperti ini.

Nah !! kita cuba nikmati pula peranan budu dalam tubuh manusia. Budu atau sos ikan ini dihasilkan daripada ikan bilis atuapun udang bari yang di jeruk sehingga hancur. Ia mempunyai bau yang kuat dan kurang digemari ramai namun menurut kajian pakar pemakanan khususnya dari Jepun, Amerika dan Australia, budu mempunyai banyak khasiat :-
  • mengandungi gluthaione (bahan anti oksidan)
  • mengeluarkan sisa toksik
  • mampu meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang mampu memerangi pelbagai penyakit bahaya
  • menghalang kanser (unsur genestein dan phytoestrogen)
  • mengekalkan ketegangan wajah (bebas kedutan) - awet muda
  • berpotensi melawan radikal bebas
  • menghalang proses penuaan (nisbah 50% anti penuaan)
  • berpotensi tinggi dalam pertumbuhan sel kulit
  • membentuk sel biak terbaik terhadap kolagen (proses sintesis terhadap kolagen lebih baik dari vitamin C).
  • bersifat elastin
  • mencegah penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung dan kencing manis
  • mempunyai zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolesterol darah dan hipertensi
  • mempertingkatkan IQ (merangsang sel2 otak)
  • membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa yang menjadi punca kembung perut
  • Penyumbang utama vitamn B12 (pembentukan sel darah merah yang mnjadi punca anemia, sakit perut dan turun berat badan.
  • sumber protein yg berkualiti tinggi
  • sumber serat yang baik dan mudah dicernakan (pencernaan bakteria yang semulajadi)
Untuk pengetahuan, SIRIM juga ada mengeluarkan produk yang berasaskan budu seperti pembersih muka, penyegar, krim kulit dan serum kecantikan yang menggunakan jenama BK (Budu Kelantan/Budu Ketereh). Apalagi...lepas ni jadikan budu sebagai menu harian anda. Pasti awet muda.....

p/s : tempe pun hebat aper ? hehe......


Saturday, June 25, 2011

Alaa..Maharaja Lawak Dah Abis...



Kali ini hajat menonton final Maharaja Lawak secara live, tidak kesampaian, tidak seperti final rajalawak yang sebelum2nya. Tidak yakin dapat tiket pas masuk, akhirnya SJ memilih untuk menonton di siaran astro channel 188. 'Dalam HD...bulu hidung pun boleh nampak', kata sahabatku dalam FB. Program ini memang menjadi faveret SJ sejak siri Rajalawak 1 hingga ke-5. Duduk, tengok dan terhibur. Hilang stress.

Pulang dari kerja, SJ luangkan masa seketika singgah di perkarangan Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam yang jauhnya hanya beza 1 km dari pejabat. Ketika itu, pengunjung ternyata telah ramai memenuhi persekitaran. Ada yang sedang menjamu selera di gerai2 makanan dan kelihatannya ramai yang tertumpu di gerai2 pakaian yang tertera wajah2 dan tagline finalist2 Maharaja Lawak. Ramai yang terus memakai tshirt2 tersebut selaku fans dan sebagai sokongan terhadap finalist pujaan masing2. Kelihatan meriah terutama tshirt Sepah yang berwarna Oren, Jambu dengan warna pink dan hitam untuk Nabil, Jozan. Dalam ramai2 tu terselit juga salah seorang anggota keluarga Zizan yang mempromosi tshirt Jozan sebagai sokongan padu terhadap finalist tersebut. Cayalah...

Seperti yang di jangka, memang ramai penonton yang memenuhi Stadium Malawati malam tadi. Sorotan tentang kelahiran awal2 Rajalawak, hanya ballroom kecil dan kalau ramai sedikit pun pada waktu final rajalawak dan di adakan di MBPJ dan SACC, Shah Alam. Tapi sejarah membuktikan Maharaja Lawak berjaya memecahkan rekod rancangan komedi yang di terima masyarakat ramai. Macam tak percaya apabila rancangan ini menjadi sebutan ramai sehingga timbul perbalahan dalam FB ekoran fanatik dengan finalist pujaan masing2.

Finalist Maharaja Lawak terdiri dari berkumpulan iaitu Jozan, Jambu dan Sepah manakala perseorangan yang berjaya mengorak langkah dan diterima baik ialah Nabil. Persembahan mereka di adili pemarkahan sebanyak 50% oleh 3 juri profesional iaitu Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek. 50% lagi ditentukan oleh Khidmat pesanan ringkas (SMS) dari penonton.

Setiap finalist perlu membuat 2 pusingan untuk 2 tema iaitu tema bebas dan tema muzikal (tema yang pasti di tunggu ramai). Finalist memang sukar di jangka kerana masing2 mempunyai kriteria dan kekuatan tersendiri. Walaupun permarkahan pada pembukaan final ini meletakkan Jozan di tangga pertama namun ia bukan satu noktah. Jika melihat kepada Jambu, mereka juga pernah berada di tangga teratas, namun tersingkir pada minggu ke-12 semasa tour di Johor Bharu. Jambu berpeluang beraksi ke peringkat final setelah juri memberi imuniti yang masih belum digunakan lagi. Satu langkah bijak memandangkan Jambu merupakan group pilihan ramai dan top dengan tagline nya seperti 'Apapun tak boleh' dan `Nak tuju lagu'. Apa yang boleh di simpulkan di sini, pemarkahan tidak mampu menyelamatkan mana2 finalist. Bagi SJ, dalam Maharaja Lawak, persembahan yang terbaik pasti di tangga teratas, bergelar juara dan jika kurang di terima penonton, anda `out'.

Benar apa yang Saiful Apek katakan `Tak perlu fikir siapa menang malam ini...anda semua adalah Champion..dan trofi adalah peminat'. Semua finalist memang hebat. Nabil dengan gaya tersendiri walaupun dengan persembahan solo berjaya mencuit hati. Lagu Bruno Mars dengan gaya pengemis dan penampilan Spiderman membuktikan tidak semestinya solo, Nabil tidak mampu beraksi di pentas. Jangan tak percaya RM150,000 berjaya di bawa pulang.

Penampilan Zila Bakarin, anak Tok Penghulu dalam persembahan Jambu pasti mengingatkan kita pada siri2 lawak yang sebelumnya bagi sesiapa yang mengikutinya. Begitu juga dengan Dafi yang selalu menjadi sebutan 'Baik punyer woo..' menjadi pujaan Shuib dalam Sepah pasti menghiburkan lagi. Sesuatu yang menarik yang berjaya ditonjolkan oleh astro seperti dalam rancangan AF.

Dan pengumuman Maharaja Lawak malam tadi memang menepati instinct SJ, setelah menyaksikan kesemua persembahan finalist. Tahniah buat Sepah kerana berjaya membawa pulang RM350,000 dan trofi sumbangan astro. Berdasarkan kepada mutu persembahan Sepah yang memang konsisten dari minggu pertama sehingga final, pastinya final sesuatu yang terbaik di persembahkan. Persembahan terakhir untuk kedua2 tema memang tidak mengecewakan malah menerima pujian yag memberangsangkan dari juri profesional. Tema muzikal dan bebas berjaya di kuasai oleh Sepah malam tadi. Memang selayaknya juara menjadi milik Sepah.

Bagi pendapat SJ sebagai peminat Jozan, sedikit terkilan kerana Jozan tidak membuat sedikit `all out' malam tadi. Namun persembahan bersahaja Jozan tidak perlu dipertikaikan lagi. Mereka juga terbaik. Kerana itu gelaran naib juara menjadi milik mereka dengan anugerah trofi dan RM250,000 dalam genggaman. Syabas buat kalian semua.

p/s : Minggu depan final Imam Muda pulak....lepas tu Jumaat mnjadi sepi....alaa...


Friday, June 24, 2011

Aku Tidak Lebih Dahulu ke Syurga


Aku tidak tahu dimana aku berada. Meskipun ramai manusia yang berada di sekelilingku, namun aku tetap merasa sendiri dan ketakutan. Aku bertanya dan terus bertanya, tempat apa ini, dan untuk apa semua manusia dikumpulkan. `Mungkinkah...' Ahh..aku tidak mahu mengira2. Namun rasa takutku semakin menjadi2. Tatkala seseorang yg tidak pernah kukenali mendekatiku dan menjawab pertanyaan hatiku. "Inilah yang di sebut Padang Mahsyar", Suaranya begitu menggetar jiwaku. "Bagaimana dia mengetahui apa yang ada di dalam hatiku..didalam batinku".


Aku menggigil. Tubuhku terasa lemas. Mataku tegang mencari perlindungan dari seseorang yg kukenal. Kusaksikan langit menghitam, sesaat kemudian bersinar kemilauan. Bersamaan dengan itu, terdengar suara menggema. Aku baru menyedari bahawa inilah hari penentuan, hari dimana semua manusia akan menerima keputusan dan balasan dari amalannya selama hidup di dunia. Hari ini juga akan ditentukan nasib manusia selanjutnya, syurgakah yg akan dinikmati atau adzab neraka yg siap menanti. Aku semakin takut. Namun ada debaran di dalam dadaku apabila mengingati segala amalan baikku ketika didunia. Mungkinkah aku tergolong dari orang2 yg mendapat kasih-Nya atau jangan-jangan..........??


Aku dan semua manusia lainnya masih menunggu keputusan di hari pembalasan. Tidak lama kemudian, terdengar lagi suara yang bergema tadi yg mengatakan bahawa sesaat lagi akan dibacakan daftar manusia2 yg akan menemani Rasulullah SAW di Syurga yg indah. Lagi2 dadaku berdebar. Ada keyakinan bahawa namaku termasuk dalam daftar itu apatahlagi mengingatkan betapa banyaknya Infaq yg aku sedekahkan. Malah sewaktu di dunia aku dikenali sebagai juru Dakwah. Kalaulah banyak orang yg kudakwahi masuk syurga, apalagi aku, pikirku mantap.

Akhirnya, nama2 itupun mulai disebutkan. Aku masih beranggapan bahwa namaku ada dalam deretan penghuni surga itu, sementelah mengingati ibadah2 dan perbuatan2 baikku. Dalam daftar itu, Nama Rasulullah Muhammad SAW sdh pasti tercantum pada urutan teratas, sesuai janji Allah melalui Jibril bahawa tidak satupun jiwa yg masuk kedalam syurga sebelum Muhammad masuk. Setelah itu tersebutlah para ASSABIQUUNAL AWWALUUN. Ku lihat Fatimah Az-Zahra dengan senyum manisnya melangkah bahagia sebagai wanita pertama yg masuk ke Syurga, diikuti para isteri2 dan keluarga rasul yang lain.


Para Nabi dan Rasul Allah turut masuk dlm daftar tersebut. Yasir dan Sumayyah berjalan tenang dengan predikat Syahid dan Syahidah pertama dalam Islam. Juga para sahabat lainnya, satu persatu para pengikut terdahulu Rasul itu dengan bangga melangkah ke tempat dimana Allah akan membuka tabirnya. Yang aku tahu, salah satu kenikmatan yg akan diterima para penghuni syurga adalah melihat wajah Allah. Kusaksikan para sahabat Muhajirin dan Anshor yang tengah bersyukur mendapat nikmat tiada terhingga sebagai balasan kesetiaan berjuang bersama Muhammad menegakkan risalah.


Setelah itu tersebutlah para mukminin terdahulu dan para Syuhada dalam berbagai perjuangan pembelaan Agama Allah. Sementara itu, dadaku berdegup kencang menunggu giliran. Aku terperanjat apabila melihat rombongan anak2 yatim dengan riang berlari untuk segera menikmati kesegaran telaga Kautsar. Ada di antara mereka yang tersenyum sambil melambaikan tangannya kepadaku. Aku seolah2 mengenali mereka. Ya Allah, mereka adalah anak2 yatim sebelah rumahku yg tidak pernah kupeduli. Anak2 yg selalu menangis kelaparan dimalam hari sementara aku pula sering membuang sebahagian makanan yg berlebihan.



Subhanallah, itu si Parmin despatch yang bekerja di pejabatku. Aku terkaku apabila melihatnya melenggang ke Syurga. Parmin, pemuda yg tidak berkelulusan itu pernah bercerita, bahawa sebahagian besar hasil pendapatannya dikirimkan untuk ibu dan biaya sekolah empat orang adiknya. Parmin yg rajin sholat itu, rela berpuasa berhari2 asalkan ibu dan adik2nya dikampung tidak kelaparan.


Tiba2 orang yg sejak tadi di sampingku berkata lagi, " Parmin itu lebih baik di mata Allah. Dia bekerja untuk kebahagiaan orang lain". Sementara aku, semua hasil keringatku semata2 untuk keperluanku. Lalu berturut2 didepan mataku, Makcik Darmi sipenjual pecal yg kehadirannya selalu kutolak, pengemis yg setiap hari melintasi depan rumahku dan selalu mendapat kata maaf dari bibirku dibalik pagar tinggi rumahku.


Orang disampingku berkata lagi seolah2 menjawab setiap pertanyaanku meski tidakku lontarkan. "Mereka ikhlas, tidak sakit hati serta tidak memendam perasaan benci meskipun kau tolak mereka". Masyaallah..murid2 pengajian yg aku bina, mereka mendahuluiku ke Syurga. Setelah itu, berbondong2 jemaah masjid2 tempat biasa aku berceramah. "Mereka belajar ilmu itu dari kau, lalu mereka amalkan. Dan kau terlalu banyak berbicara tetapi sedikit yang kau dengarkan. Padahal, lebih banyak yang boleh kau pelajari dengan mendengar daripada berbicara", Jelasnya lagi.


Aku semakin penasaran dan terus menunggu giliranku dipanggil. Seiring dengan itu manusia2 yang berwajah ceria semakin panjang. Tapi sejauh ini, belum juga namaku terpanggil. Aku mulai kesal, aku ingin segera bertemu Allah dan berkata kepada-Nya "Ya Allah, didunia aku bnyak melakukan ibadah, aku bersedekah, banyak membantu orang lain, banyak berdakwah, izinkan aku ke syurga-Mu."


Orang yang wajah bersinar disampingku itu hendak berbicara lagi. Aku ingin menolaknya. Tetapi tanganku tak kuasa menahannya untk berbicara "Ibadahmu bukan untuk Allah tetapi semata2 untuk kepentinganmu mendapatkan Syurga Allah, sedekahmu hanya untuk memperjelaskan status sosialmu, disebalik bantuanmu tersimpan keinginanmu untuk mendapatkan penghargaan dan dakwah yg kau lakukan hanya berbekas untuk orang lain, tidak untukmu", Bergetar tubuhku mendengarnya.


Anak2 yatim, Parmin, Makcik Darmi, pengemis tua, murid2 pengajian, jemaah masjid dan banyak lagi orang2 yg sering kuanggap serba kekurangan berbandingaku tetapi mereka lebih dulu ke Syurga Allah. Padahal aku sering beranggapan, Syurga adalah balasan yg pasti untukku atas dakwah yg telah kulakukan, Infaq yg ku berikan, ilmu yg ku ajarkan dan perbuatan baik lainnya. Namun ternyata mereka lebih baik dari aku, aku tidak ikhlas dalam beramal, tida bersih hati sehingga aku tidak lebih dahulu masuk ke dalam syurga sebelum mereka. Termasuk manakah aku? Golongan yg beruntung. Ataukah yg rugi? Aku masih menunggu giliranku.


Trett... (3X) berdentang 3 kali. Aku tersentak bangun dan "Astaghfirullah....ternyata Allah telah menasihatiku melalui mimpi malam ini.


sumber asal : sahabatku Callim Makalalaq


p/s : Perjuangan Islam biarlah Ikhlas....bukan memecahbelahkan.....semoga kita tergolong dalam naungan Syurga-Mu..aminn


Tuesday, June 21, 2011

Godaan Fesyen dan Manik


Fesyen ke Manik??

Bulan Ramadhan semakin menjelma. Bila sebut bulan Ramadhan, maka sibuklah terutama golongan Hawa dengan pakaian2 serba baru dan cantik menawan. Maka tak menang tanganlah para penjahit pakaian menyiapkan tempahan. Penuhlah kiosk2 pakaian apatahlagi butik2 untuk persiapan Syawal. Kadang kala lagi 3 bulan Syawal, tempahan mula di tutup. Maka berbondong2lah warga Hawa ke pusat membeli belah memilih pakaian siap yang berkenan di hati.

Sejak kecil SJ pun memang suka pada sesuatu yang cantik dan menarik lagi2 bab berfesyen. Oppss...SJ bukanlah pengkritik fesyen. SJ juga bukan seorang yang gila sangat berfesyen hingga berhabis modal. Tapi SJ berfesyen mengikut citarasa SJ yang sederhana atau mengikut kesesuaian apatahlagi kemampuan. Bila mula bercerita bab fesyen ni, SJ memang suka. `Tu dia....idea dah mai dah nih', Kata orang utara.

Waktu kecil bukan mudah untuk meminta2. Wang terhad apatahlagi SJ ni bukanlah kalangan dari keluarga berada. Pendam je hasrat di hati. Kalau ada pun sikit2 maklumlah tukang buat baju pun mak saudara sendiri. Nak demand, kasihan kat mak SJ yang menjadi surirumah sepenuh masa. Bila dah besar....dah berduit sendiri, keinginan adakala sukar nak di tepis. Kerana minat dengan dunia fesyen, SJ pernah mengikuti kelas jahitan. Setakat baju kurung dan kurung moden, dah boleh lepas lah kan. Suka sangat bila berjaya menghasilkan baju sendiri. Hajat dan impian tu memang pernah hadir dalam hati untuk buka butik sendiri. Konon2nya. Tapi nampaknya seru tak sampai lagi. Berkelana lah SJ di syarikat automotif ni selagi daya.

Kerana kesibukan bekerja, akhirnya tempah baju menjadi pilihan terakhir SJ. Malas nak menempah selalu, SJ lebih suka ke shopping kompleks dan beli sahaja pakaian kasual untuk dipakai waktu kerja mahupun aktiviti bersantai. Lagipun kerja dalam bidang automotif ni, tak berapa nk sesuai kalau pakai baju kurung. Pergerakan kena pantas. Jadi, baju kurung sekali sekala buat tempahan terutama pada musim2 perayaan. Adapun beli siap. Cuma kasihan SJ nie...kerana kesukaran untuk menyesuaikan dengan saiz badan, kena alter lah dan macam2, SJ lebih suka beli baju kurung biasa daripada baju kurung moden ataupun kebaya moden. Itupun kena alter bahagian kaki. Hurm...tak usah nak berangan kalau tubuh tidak seindah model atau miss universe.

Bercerita tentang tempahan baju ni, SJ nak cerita tentang sahabat SJ nih. Nak kata kawan, jauh lebih muda dari SJ. Malah SJ panggil mak dia pun kakak. Peliknya dia pulak panggil SJ pun kakak juga. Sebenarnya sahabat SJ ni bukanlah sesiapa dengan SJ. SJ mengenalinya ketika dia remaja lagi dan masih bersekolah. SJ rapat dengan keluarganya terutama ibunya. Tiada pertalian darah tetapi memang hubungan kami rapat dan seolah2 sudah seperti satu keluarga. SJ pun malas nak berkira dengan keluarganya. Kerana itu tak salah SJ memberikan peluang untuk dia berjaya dalam bidangnya.

Alkisahnya, SJ dari dulu lebih gemar menempah baju dengan satu nyonya di daerah Klang. SJ memang tak pernah tempah baju dengan orang lain apatahlagi dengan orang Melayu. Selain dari jahitan yang kemas dan selesa dia juga suka memberikan pendapat yang membuatkan SJ gemar menempah dengannya. Dah bertahun2 dengan nyonya nih. Tapi akhirnya SJ berpaling tadah juga. Nak tahu kenapa? Huhu.....

Kali terakhir SJ tempah dengan nyonya tu pada 2008. Sahabat SJ ni yang baru berjinak2 dalam bidang jahitan menawarkan diri untuk menjahitkan manik bagi menghiasi jubah dress yang telah di siapkan oleh nyonya tu. Sebenarnya, SJ memang tak berminat bab2 manik ni. Tapi apasalahnya memberikan peluang dan bisnes untuk sahabat SJ tu. Ketika itupun sahabat SJ baru memulakan bisness jahitannya. Itulah niat SJ pada mulanya. Baju anak2, SJ beri pada sahabat SJ untuk membuktikan keupayaannya. Hehe....jangan marah yer yangg.....ini baru intro sahaja.

Jubah dress ini SJ pakai masa Annual Dinner di syarikat tempat SJ bekerja. Ramai yang memuji tentang fesyen dan manik dan ingin tahu di mana SJ beli. Tahun berikutnya, SJ menempah baju hari raya SJ dengan sahabat SJ itu. Tapi masih juga berkesempatan meninjau di shopping kompleks dan membeli yang siap. Baju SJ siap selang beberapa hari nak hari raya. Tanpa manik. Sedih jugak tapi nak dijadikan cerita SJ merembat salah satu baju display sahabat SJ tu dan dijadikan baju hari raya SJ. SJ selesa sangat dengan baju tu apatahlagi dengan hiasan manik yang agak simple. Kemudian SJ rembat lagi baju display sahabat tu untuk di pakai untuk majlis open house. Dan sejak dari itu, SJ mula meletak kepercayaan terhadap sahabat SJ tu. Ciri2 yang SJ suka ada pada dia terutama kekreatifannya dan suka memberikan pendapat. Selalunya apa yang SJ mahukan berjaya dilaksanakan dengan sempurna. SJ bukanlah nak baju advance2. Bukannya artis mahupun celebriti. Cuma bergaya bersederhana untuk kepuasan sendiri.

Bukan SJ sengaja nak puji, tapi itulah kenyataan. Suatu ketika dulu, SJ memang kurang berminat pakaian yang penuh dengan manik2. SJ suka yang simple dan kalau ada manik2 pun pasti yang paling tahap minima. Sahabat SJ ni pun bukanlah kosong. Dia berkelulusan Diploma in Fashion di UITM. Kerana kesukarannya memperolehi sebarang pekerjaannya, akhirnya menceburkan diri dalam bidang bisnes jahitan. kalau nak tahu, dia antara orang2 yang di belakang tabir untuk menyiapkan manik utk pakaian fashion designer yang semakin di kenali ramai, Ezuwan Ismail ketika pertandingan Dewi remaja 2010, Anugerah Skrin 2010 dan ABPH 2010. Hasil buatan tangannya memang tidak menghampakan.

Sekarang ni, SJ dah makin rajin beli kain pasang dan menyerahkan kepada sahabat SJ tu untuk disiapkan. Fesyen? terpulang kepada dia untuk membuatnya di samping SJ sendiri yang menyumbangkan sedikit idea. Itupun bergantung kepada kemampuan SJ almaklumlah, jahitan manik tu mahal tau. Kalau bab manik2 tu, pasti ada sebagai hiasan tapi dia tahu SJ memang tak suka manik2 yang terlalu sarat. Crowded bukan taste SJ. Tapi kadang2 tergoda juga dengan taburan manik2 yang penuh dekat baju2 tempahan orang lain. Nak lihat hasilnya? kalau nak tahu manik2 kat baju SJ tu semua hasil idea dia. Semuanya SJ serahkan kepada dia untuk menghasilkannya dan SJ hanya fikir tentang design nak buat camne. haha....

Ada bran ker?? sarat kan....

Hurm...rasa2 nak buat untuk wedding atau majlis bertunang?

Macam pernah kulihat baju ini..tapi di mana ya??

p/s : Mana sample baju2 SJ yang penuh manik tuh?? hehe...rahsia...kalau expose kat sini takdelah surprise...apepun SJ puas hati...(Thanks My dear Noly.....!! jangan lupa baju raya akak !!) Ada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan manik? SJ boleh rekmenkan...


Tanpa Mereka Siapalah Kita


Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” Al-An’aam 6:151.

Hari ibu telahpun berlalu pergi dan Hari bapa pula baru usai sahaja diraikan. Mereka adalah suatu lambang kasih sayang yang abadi. Tiada duanya. Tiada galang gantinya. Sesungguhnya, perjalanan hidup ini banyak mengajar tentang betapa tingginya nilai pengorbanan insan bergelar ayah dan ibu.

Ayah dan ibu....
Jasa dan pengorbanan mereka seluas lautan yang tak bertepi. Namun, acapkali kita alpa dengan apa yang mereka lakukan di sepanjang kehadiran insan bernama anak di bumi Allah ini. Namun sekalipun mereka tidak pernah terlupa. Kasihilah....dan sayangilah mereka selagi hayat mereka masih ada. Jangan ada penyesalan. Jangan ada kekesalan yang menggamit dalam hati selepas ketiadaan mereka.

Terlupakah kita.....
Saat di mana ibu keras berkeringat hingga berkerut sebujur wajahnya, bergelut menahan kesakitan yang membadai sekujur tubuhnya dan menjalar di setiap urat sendi tatkala menunggu masa untuk kita keluar dari rahimnya.

Terlupakah kita.....
Saat ayah berkeringat lesu, menunggu penuh kesabaran disulami debaran dan kerisauan di sebelah ibu sambil menggenggam tangannya erat, menyalurkan semangat dan kasih sayang tatkala kita hampir membuka mata melihat dunia.

Terlupakah kita.....
Saat itu ibu dengan penuh lemah namun berlimpahan kasih sayang, menatap wajah kita yang berlumuran darah sambil menitiskan airmata syukur gembira menyaksikan bayi yang sembilan bulan dikandungnya dalam penuh kepayahan kini muncul di depan mata.

Terlupakah kita.....
Saat ayah mengendong kita, melafazkan azan di cuping telinga kita dan mencium kita penuh syukur dan bangga kerana zuriat yang dinanti, selamat dilahirkan ke dunia tanpa masalah. Sempurna. Bersih.


Terlupakah kita...
Saat ibu berjaga siang dan malam, cuba menghentikan tangisan kuat kita akibat kembung perut atau bila terkena sawan tangis hingga airmatanya turut mengalir tanpa henti. Tidak di izinkan walau seekor nyamuk pun hinggap ke tubuh kita. Tidak sejuk dari embun malam, tidak panas dari terik mentari. Tidak lena tidur sang ibu kerana kita.

Terlupakah kita....
Saat ayah turut berjaga malam, membancuh susu dan menukar lampin menggantikan tugas ibu yang sudah keletihan kerana sehari suntuk menjaga keperluan kita. Kasih mereka tiada galang ganti walau mereka silih ganti menggalas tanggungjawab demi sebuah kesempurnaan dan kasih sayang abadi.

Terlupakah kita....
Saat ibu menggosok dan memakaikan baju sekolah, mengikat rambut kemas2, mengenakan stokin dan kasut sekolah, mengangkatkan beg sekolah dan memimpin kita ke sekolah setiap hari untuk menimba ilmu. Ada waktunya penuh sabar menanti di bawah panas mentari...di bawah renyai2 hujan yang turun membasahi.

Terlupakah kita....
Saat ayah bertungkus lumus menyediakan belanja ke sekolah, membayar yuran sekolah, membelikan buku2 sekolah dan kelengkapan lain agar kita dapat belajar dengan selesa walaupun berpeluh ayah mencukupkan duitnya hingga kadang2 terpaksa meminjam pula.

Terlupakah kita....
Saat ibu bergembira melihat kejayaan kita mendaki tangga universiti sambil menghulurkan sedikit bekalan agar anaknya tidak kelaparan dan kerinduan masakan dari air tangannya sendiri.
Enaknya masakan ibu.

Terlupakah kita....
Saat ayah tersenyum bangga bila kita berjaya memakai jubah dan topi sambil menggenggam segulung ijazah di hari konvokesyen yang cukup bersejarah.

Terlupakah kita....
Saat airmata ibu menitis hiba bila menerima gaji pertama kita walaupun duit bukanlah diminta sebagai balasan atas segala keringat dan pengorbanannya, sekadar ingatan dan kasih sayang kita terhadapnya.

Terlupakah kita.....
Saat ayah terkelu lidahnya bila kita hadiahkan jam tangan berjenama menggantikan jam tangan lamanya yang sudah hilang jarumnya dan retak seribu cerminnya.

Terlupakah kita....
Saat ibu ke hulu ke hilir tanpa lelah melayan saudara mara dan jiran tetangga yang berkunjung tatkala kita disandingkan di atas pelamin. Hanya senyuman terukir di bibir meski suaranya sudah terlekat di kerongkong.

Terlupakah kita....
Saat ayah turut bermandi keringat memastikan majlis perkahwinan kita berjalan penuh lancar agar kedua belah pihak sama2 berpuashati.

Terlupakah kita....
Saat bercahayanya wajah ibu tatkala menatap wajah cucu-cucunya dan sibuk mengadakan kenduri kesyukuran, naik buai, cukur jambul dan sebagainya.

Terlupakah kita....
Saat ayah bermain, bermesra dan bermanja dengan cucu-cucunya walaupun kudratnya sudah tidak kuat lagi dan sering termengah-mengah pula.


Terlupakah kita.....
saat kita jauh dari ibu sewaktu lebaran, ibu tidak lupa menyediakan juadah kesukaan kita dan cucu-cucunya sambil mengharapkan kita akan muncul di pintu rumah sewaktu takbir berkumandang.

Terlupakah kita.....
Saat kita jauh dari ayah sewaktu lebaran, ayah tetap menunggu kita penuh sabar. Kesedihan langsung tidak diperlihatkannya walaupun hatinya turut bersarat kerinduan yang tidak tertanggung lagi.

Dan kita benar-benar terlupa....
Saat sebelum ayah dan ibu ingin menutup mata buat selamanya, hatinya tidak putus2 berdoa memohon keampunan Tuhan untuk kita selain kesihatan, keselamatan dan kebahagiaan sepanjang hayat kita di dunia dan akhirat biarpun kita tergamak mengabaikan tanggungjawab, perhatian dan kasih sayang kita pula terhadap mereka. Sudah terlambat untuk segala ucapan maaf. Namun, demi tulus kasihnya untuk kita, dosa kita tetap akan diampunkan...




sumber : email dan sedikit garapan dari hati

p/s : Rahmatilah mereka...amin


Sunday, June 19, 2011

Salji di I-City Shah Alam


I-City Shah Alam

Semakin hari semakin ramai pengunjung yang mengunjungi I-City Shah Alam. Semasa blogwalking dan sesekali menjengah foto dalam frenlist, diam2 SJ menyimpan azam untuk ke I-City. Walaupun kediaman SJ tidaklah jauh dari bandaraya Shah Alam namun jangan tak percaya jika pertama kali SJ menyinggah di I-City ialah pada tahun 2010. Masa tu macam tak tahu nak jenjalan ke mana2. Ketika itu I-City yang dikenali sebagai `City of Digital Lights' hanya di sinari cahaya2 lampu yang indah bergemerlapan. Ada layar besar untuk bersantai dan beberapa gerai yang sedia ada untuk pengunjung menjamu selera. Itupun sebab setiap kali SJ pergi dan balik kerja, kelihatan pokok2 alpine sintetik yang menggamit perasaan ingin tahu tentang tarikan bandar I-City ini. Dan jangan tak percaya...jika di hujung2 minggu mahupun waktu2 cuti sekolah, kesesakan jalan raya pasti berlaku terutama pada waktu petang kerana begitu ramai pengunjung yang mahu bersantai dan berehat di I-City ini. Tak mustahil, ramai pengunjung ini ramai yang datang dari daerah2 luar malah dari luar negeri Selangor juga.

Kepada yang tidak pernah mengunjungi I-City di Shah Alam yang merupakan ibu negeri Selangor Darul Ehsan ini, cuba sesekali singgah seketika melihat limpahan cahaya yang menerangi lokasi ini pada setiap waktu malam. I-City Selangor ini merupakan sebuah perbandaran baru di Lembah Kelang. Bandar komersial ini berada di Seksyen 7, Shah Alam dan terletak strategik di tepi Lebuhraya Persekutuan, sesuai dengan kedudukannya yang berdekatan dengan Sg Rasau, Bandar Baru Klang dan Shah Alam.

Ada pokok kaktus berlampu kan?

Ada peraduan Nickelodeon? Berposinglah dengan `patrick' dan `spongebob'

Salah satu tarikan selain dari limpahan warna warni lampu di sepanjang bandar I-City ini ialah Snow Walk atau Laluan Salji. Dibina dalam satu kawasan bertutup dan berkeluasan 50,000 kaki persegi, Snow Walk yang merupakan taman tema bersalji mula dibuka pada Januari 2011 sebagai salah satu tarikan pengunjung. Ia juga menggunakan teknologi dari China dan Korea yang terkenal dengan negara Winter Sonata. Melibatkan pelaburan RM 10 juta dan dilengkapi dengan kilauan lampu LED serta 100 ukiran ais juga didatangkan khas dari negara China.

Dengan suhu serendah -5 darjah celcius, salji tiruan yang menyelubungi Snow Walk ini hampir 90% menyamai salji semulajadi. Salji setebal 100mm yang diimport khas ini ternyata lebih ringan halus dan lembut. Air yang digunakan untuk menghasilkan salji ini juga ditulenkan dan ianya selamat unutk di rasa mahupun di makan.

Mesin2 canggih yang di bawa masuk ke Malaysia ini dikatakan mampu menghasilkan 1.2 hingga 1.5 tan salji tiruan setiap hari. Ia mempunyai tiga komponen, iaitu mesin penyejuk yang berfungsi untuk menyejukkan air daripada suhu bilik kepada 15 darjah celsius. Komponen kedua ialah unit kondenser (mesin pemeluwap) yang berfungsi untuk menyejukkan tong dram yang bakal menghasilkan salji dan komponen ketiga ialah 16 unit tong dram yang akan digunakan untuk menghasilkan emping2 salji.

Rumah iglu

Tarikan lampu2 yang pasti menggamit perasaan untuk berposing

Ada gelongsor ais....boleh cuba kalau mahu

Sejuk sesangat...seelok2nya pakailah sarung tangan....

Dekorasi cantik mata memandang..

Gelongsor lagi??

Takkan nak lepaskan peluang??

Kesilapan....sebaik sahaja keluar dari Snow Walk...(kamera beku..!!)

Sebaik sahaja keluar dari Snow Walk, terdapat beberapa bahagian bangunan yang sesuai untuk mereka yang berminat dengan game2 outdoor seperti taman tema di Genting Highland. Ada juga mini zoo yang boleh dikunjungi. Ada beberapa bahagian yang masih under construction, kelihatan seperti roller coaster dan pelbagai lagi yang kemungkinan bakal mampu menyaingi Genting Highlands. Ketika kunjungan SJ kali ini, I-City sedang mengadakan `Fiesta Lagi Shake Lagi Riang' bersama Lipton Ice tea. Konsert dengan beberapa artis seperti kumpulan Hujan, Bunkface dan beberapa celebriti terkenal turut memeriahkan pengunjung pada malam itu. Selain dari itu, Lipton dengan bermurah hati telah memberikan minuman percuma kepada pengunjung. Usahkan segelas ice tea ataupun hot tea, malah sebotol besar ice tea. Terima kasih Lipton !!

Konsert sedang berlangsung...

Pengunjung beratur...sebotol ice tea dari Lipton..Free..

Gerai makanan

Info :
Tiket masuk : RM 10 (per kereta)
Tiket Snow Walk : RM 25 dewasa RM 20 kanak2 (Diskaun RM10 - tiket parking kereta)
(tiket termasuk baju sejuk
Waktu di buka : 10:00 am - 01:00 am
Tiket zoo : RM8 dewasa RM 5 kanak2

I-City Shah Alam
Jalan Multimedia 7/A, CityPark, i-City, 40000 Shah Alam, Selangor
Selangor, 4000003-5521-8800

p/s : Rasanya...I-City bakal mengalami beberapa perubahan lagi sebagai pusat komersial yang terdapat di bandaraya Shah Alam. Ada kemungkinan untuk SJ sekeluarga selalu2 mengisi waktu2 cuti di sini gamaknyer.....


Sunday, June 12, 2011

Piala FA 2011 Milik Terengganu


Terasa nak juga join final Piala FA di Bukit Jalil malam tadi. Macam game2 biasa yang SJ tengok kat stadium. Tapi atas sebab2 tertentu maka SJ melupakan sahaja hasrat SJ itu. Hehe...apepun tahniah buat pasukan Terengganu kerana berjuang sehingga kesaat2 terakhir bagi memastikan Piala FA berada di dalam genggaman. SJ pernah kata kat hubby ketika kekalahan Terengganu 0-3 dengan Kelantan dalam saingan liga super kelmarin bahawa pada final Piala FA, pasti Terengganu tidak pulang dengan tangan kosong. SJ tahu corak permainan pasukan Terengganu ini. Betul juga ramalan SJ ye. Hurm...seronok juga melayan stadium astro di rumah dengan anak2 sambil mengunyah nugget, keropok dan mocha ice blended hasil buatan izryn (En hubby dah awal2 berkampung di Bukit Jalil).

Rentak permainan nampak seimbang dengan adegan serang menyerang dari kedua pasukan. Pada awalnya kelebihan nampak memihak kepada Kelantan. Layangan beberapa kad kuning, kekasaran demi kekasaran memuncakkan tekanan kedua belah pihak. Hero2 dalam pasukan gagal menyerlahkan corak permainan sebenar. Manakala, pada seperuh masa kedua, permainan semakin rancak dengan beberapa hantaran yang cantik. Kedua2 pasukan bangkit dan persembahan permainan dalam suasana begitu dramatik sekali.

Kelihatan ada penyokong2 yang seakan2 cuba membuat provokasi di stadium. Pancaran laser sesekali mengenai wajah beberapa pemain Terengganu khususnya Sharbinee Alawee dan sesekali juga cahaya itu melimpah ke muka Joseph Kallang. Permainan juga dihentikan seketika gara2 ada balingan mercun yang menghampiri pintu gawang Terengganu di mana Sharbinee Alawee bertindak sebagai penjaga gol. Beberapa objek juga di baling ke kawasan padang sebagai tanda tidak berpuas hati mereka. Ini menandakan sikap penonton dan penyokong yang tidak profesional dalam perlawanan. Nampaknya ada penonton yang langsung tiada rasa hormat dengan kehadiran orang2 kenamaan seperti Sultan Terengganu, Sultan Kelantan, Menteri Besar Kelantan dan juga Menteri Besar Terengganu.

Counter attack yang dilakukan dengan kekemasan penjagaan pintu gawang oleh Khairul Fahmi Che Mat, tidak memungkinkan kejayaan buat Kelantan lebih2 lagi dengan sepakan gol pertama oleh Nurul Azwa Roya dan menewaskan Sharbinee selaku penjaga gol Terengganu pada minit ke-79. Ia bukanlah penamat buat Terengganu. Walaupun kelihatan Kelantan cuba melengah2kan masa tetapi terengganu terus membuat asakan tanpa mengenal putus asa. Semangat juang Terengganu akhirnya berbaloi. Gol sepakan Abdul Manaf Mamat yang cuba diselamatkan oleh Daudsu Jamaluddin memberikan petanda malang buat Kelantan. Tandukan Daudsu telah menyebabkan bola meluru ke dalam gawang dan Kelantan senyap dari pesta kegembiraan ketika saat2 kejayaan semakin menghampiri dengan menjangkakan Piala FA mutlak menjadi milik mereka. Gol ketika masa kecederaan yang diberikan iaitu (90'+), 4 minit itu memberi semangat buat pemain2 mahupun penyokong2 terengganu. Ada di antara mereka yang telah mengosongkan kerusi2 di stadium kembali semula menyemarakkan semangat buat pasukan kesayangan mereka. 90 minit masa sebenar permainan terikat dengan keputusan seri 1-1.

Bermain dalam masa tambahan kelihatan Terengganu menguasai permainan. Pemain yang menggantikan Ismail Faruqi, Ahmad Nordin Alias menjadi wira penamat ketika bermain dalam masa tambahan pada minit 109. Hasil hantaran dari Mohd Ashaari itu telah menenggelamkan lagi gema sorakan Kelantan. Keadaan kekal sehingga tamat perlawanan dengan keputusan 2-1. Pemain terbaik malam itu menjadi milik Kapten pasukan Terengganu, Mohd Marzuki Yusof. Buat Kelantan, mungkin rezeki untuk Piala Juara Liga Super dan Piala Malaysia bakal milik anda? Siapa tahu......

p/s : rindukan saat2 kegemilangan Selangor `RED GIANT' kembali menyinari pentas final dalam MSL. Hidup Merah Kuning.....!! (lepah nih kenduri kepok lekor ler plak......)


Wednesday, June 8, 2011

Mengintai 308 RCZ Peugeot


Bila sahaja ada tugasan di luar selalunya SJ akan ambil kesempatan melihat kereta2 model yang begitu menarik perhatian. Kali ini, sempatlah SJ meneliti setiap sudut model keluaran baru 308 RCZ Peugeot. Mungkin ada sesetengah peminat2 kereta French yang masih tidak mengetahui tentang model pasaran tempatan, RCZ yang di bawa masuk oleh anak syarikat kumpulan Naza, Nasim Sdn bhd (Pengedar Peugeot Malaysia) ini dan telahpun dilancarkan pada penghujung Mei 2011 yang lepas.

Model pertama yang lari daripada kebiasaan, jentera yang tergolong dalam segmen sport coupe ini tidak lagi menggunakan nombor sebagai rujukan modelnya. Sebaliknya, Peugeot mengaplikasikan tiga abjad yang kemudiannya memberi gambaran kepada hala tuju rekaan dan perkembangan teknologi Peugeot, Jenama Eropah No.1 di Malaysia.


RCZ merupakan satu pernyataan rekabentuk daripada Peugeot. Rekaan luaran futuristik, ruang kabin yang mewah dan enjin penuh kuasa. Ia pasti dapat memenuhi ekspektasi sesiapa yang gemar memandu dan mendapat perhatian ramai. Setakat ini, tempahan diterima mencecah 35 unit dan Nasim meletakkan sasaran jualan sebanyak 100 hingga 150 unit RCZ menjelang akhir tahun ini.


RCZ merupakan kesinambungan kenderaan gaya hidup keluaran Peugeot selepas Nasim melancarkan model 308 CC. Mula dipertontonkan kepada khalayak di Frankfurt Motor Show 2007. Berdiri atas nama 308 RCZ Concept, ia kemudian mengalami revolusi untuk menjelma sebagai sebuah jentera yang boleh dipandu di atas jalan raya setelah menerima maklum balas yang positif.


Bumbung dan cermin belakang berbentuk ‘double bubble’ yang diperbuat daripada kaca atau karbon fiber. Penampilan sporty itu diserlahkan lagi dengan rim aloi 19 inci, rel sisi perak dan bumbung berwarna hitam.


Diimport terus dari kilang Magna Steyr di Graz, Austria, RCZ ditawarkan dengan dua konfigurasi enjin. Biarpun sesaran enjinnya sama iaitu 1.6 liter, kuasa yang dijananya adalah berbeza. Spoiler belakang yang unik. Bagi unit yang dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan, enjin petrol twin-scroll turbocharged itu berupaya menjana sehingga 156 bhp dan 240Nm tork.



Diambil daripada keluarga enjin Prince, janaan kuasa bagi varian bertransmisi manual enam kelajuan pula jauh lebih tinggi iaitu 200 bhp dan tork puncak 275Nm. Enjin yang juga bersesaran 1.6 liter itu ditambah dengan variable valve lift berbanding sistem VVT standard. Kuasa enjin itu diselarikan dengan teknologi penambahbaikan aerodinamik Peugeot yang unik.



Spoiler belakang yang ada pada RCZ direka supaya dapat dinaik dan diturunkan kepada dua posisi bergantung kepada tahap kelajuannya. Ini bagi memastikan keseimbangan yang ideal antara penggunaan bahan api dan cengkaman ketika meluncur laju di atas jalan raya. Pada posisi pertama, spoiler belakang itu akan berada pada kedudukan 19 darjah apabila pemandu memecut RCZ melepasi kelajuan 85 kilometer sejam (km/j). Pada kelajuan melebihi 155 km/j pula, ia diletakkan pada kedudukan 34 darjah dan akan kembali kepada posisi 19 darjah apabila bergerak selaju 145 km/j ke bawah. Pemandu juga boleh mengaktifkan spoiler belakang itu secara manual dengan hanya menekan satu butang yang ada pada konsol tengah.

Karekteristik luar RCZ turut diserlahkan dengan lampu utama jenis xenon dengan ciri dinamik arah dan lampu belakang LED. Di ruang kokpitnya pula, kulit nappa membaluti tempat duduk dan papan pemukanya. Sistem audio jenama JBL yang disambungkan dengan enam pembesar suara dan amplifier berkuasa 240 watt. Ia juga memiliki ciri Bluetooth dan sambungan AUX. Sebagai sebuah sport coupe sebenar, RCZ dilihat menjadi saingan sengit buat model2 Audi TT atau Honda CRZ. Hanya setinggi 1.36 meter, model itu mengetengahkan setting tempat duduk 2+2. RCZ boleh dimiliki pada harga RM218,888 (automatik) dan RM223,888 bagi transmisi manual. Ternyata yang manual lebih mahal kerana ia dilengkapi dengan cakera brek lebih besar dan bar penstabil, di samping beberapa tambahan kecil yang lain.

p/s : Bersyukur apa yang ada....


Saturday, June 4, 2011

Simboliknya `Kongsi'


Telah sebulan filem ini berlabuh di pawagam. Kemudian berjaya pula mencatat rekod sejarah tayangan filem Malaysia, 1.1 juta untuk tayangan pertama di pawagam. Macam menarikkan? Tapi SJ baru sahaja dapat menontonnya selepas menempah Astro first HD di saluran 487. Berpawagamlah SJ di rumah. Sengaja membuat unsur2 di dalam pawagam, seolah2 di TGV, SJ bergelap selama 1 jam 1/2. Nampaknya, selama dua hari SJ dan keluarga menonton sampai muntah2. He3...Tapi perlu di ingat, filem ini untuk 18 tahun ke atas kerana terdapat aksi yang agak ganas.

Kongsi. Sebuah filem genre aksi komedi arahan Farid Kamil dan diterbitkan oleh David Teoh memang berbaloi. `My name is Tumulak..I come from Thailand...KL nih, kawe Legend...' dialog ni paling menarik sekali sebelum Tumulak terjun ke Sungai Kelang. Watak pembunuh upahan yang di lakonkan oleh Sam Shaheizy memang menarik. Diutuskan oleh Kimpedu (Bront Palare) untuk mengkucar kacirkan kumpulan kongsi2 gelap di Malaysia. Mewakili kaum2 utama di Malaysia, Pak Maliki (ketua kongsi gelap melayu), Victor (ketua kongsi gelap India) dan Jimmy Chew (ketua kongsi gelap China. Kemudian polis yang diketuai oleh Shariff pula memainkan peranan, berusaha dan menyiasat beberapa siri pembunuhan yang melibatkan ahli2 kongsi gelap tersebut. Tapi apa kaitan Shariff dengan Tumulak pula?

Plot agak sedikit longgar jika hendak dibandingkan dengan filem2 aksi komedi Hong Kong namun satu pujian memang patut diberikan buat pengarah muda, Farid Kamil kerana berjaya menghasilkan cerita yang hampir serupa dengan bumi Disneyland Asia itu. Idea yang segar, tidak seperti sesetengah filem2 lain yang seperti copyright dari hasil orang lain. Jalinan mungkin agak kurang kemas. Sesetengah penonton pasti tertanya2 apa tujuan Tumulak ke Malaysia dan membunuh beberapa ahli kongsi gelap. Sebagai penonton, perlu pula kita mencari jawapannya sendiri. Garapan memang memuaskan. SJ sebagai penonton, tertanya2 juga dan ingin mengetahui kisah selanjutnya. Filem terasa terlalu singkat kerana penuh dengan adegan2 aksi. Syabas buat Sam Shaheizy kerana melaksanakan watak menjadi lebih menarik sekali. Memang berbaloi kutipan 8 juta. `Kongsi Gelap gapo nih..cubit sikit jerit serupe pondey..' hahaha. Mungkin ada dialog lain yang pasti menjadi sebutan anda?

Bukan sekadar hiburan semata2. Banyak yang tersurat dan tersirat di dalamnya. Cukup sederhana namun disebalik kisah menarik yang dipertontonkan, ada mesej yang ingin disampaikan bagi mereka yang memahaminya dengan lebih mendalam. Bagi SJ, kisah ini mungkin boleh diumpamakan dengan kedamaian dan perpaduan Malaysia yang mana menjadi slogan utama yang diperkatakan selama ini, 1 Malaysia. Ia mewakili 3 kaum utama yang menjadi tunjang simbol perpaduan di Malaysia. Namun kehadiran anasir luar telah berjaya melonggarkan perpaduan sesama kaum. Saling tuduh menuduh. Bergaduh. Jika di teliti bukankah itu yang terjadi di Malaysia kini. Itulah satu kejayaan anasir jahat dari luar yang mahu melihat Malaysia kucar kacir. Apabila tunjang negara musnah maka hancurlah ekonomi, malah sosial dan politik juga tunggang langgang. Hanya kesilapan kecil ditambah dengan kehadiran si penangguk air yang keruh memburukkan lagi keadaan. Perpecahan dan pertelingkahan terjadi. Mahukah kita terus biarkan bumi Malaysia menjadi seperti itu? Lu langsi lu mati merupakan pengakuan bahawa mereka cuba pertahankan perhubungan sesama mereka dan menangkap orang yang menjadi dalang semua itu. Mencari `route cause' dan kembali kepada asal. Opps....SJ bukan pakar politik, hanya sedikit pandangan.

p/s : Menarik jika filem ini ada sambungan...hurm..mungkin Tumulak menjadi adiwira selepas keluar dari tahanan polis??


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.