Hidup manusia di dunia sememangnya memerlukan sahabat untuk berada disisinya, samada di waktu susah ataupun senang. Bak kata pepatah kawan ketawa ramai di sisi TETAPI kawan menangis sukar sekali untuk dicari.
Begitu juga dengan saya, saya pun memerlukan sahabat-sahabat supaya dapat menolong saya untuk terus menyusuri lorong-lorong gelap dalam meniti kehidupan yang penuh berliku ini, sahabat memanglah antara faktor yang mendorong diri saya untuk terus tabah menghadapi cabaran mendatang & meneruskan perjuangan dalam bidang penulisan artikel-artikel dakwah samada dalam kelompok Masyarakat setempat, Surau-surau, di Affin Bank/Affin Islamic/Majalah2 atau pun di ruangan akhbar2 tabloid.
Senyuman mereka, hilai tawa mereka, tangisan mereka, kritikan mereka, sokongan mereka, ketabahan mereka, kekuatan mereka kadangkala menjadi antara sumber inspirasi saya selain dari sokongan ahli keluarga terdekat. Kadangkala, kata-kata mereka yang sinis pun dianggap bermakna untuk saya walaupun kadangkala ianya amat menusuk kalbu ini...tapi biasalah adat dalam berkawan...bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora & pasangan mana yang tidak pernah bertelagah begitu juga hubungan antara sahabat dengan sahabat yang lain, mesti kadangkala ianya juga ada perselisihan pendapat walaupun melibatkan perkara yang kecil.
Apa yang saya ingin nukilkan di sini ialah hubungan kita dengan rakan-rakan sekerja di pejabat, ada yang terlalu baik & ada juga yang suka menikam dari belakang sahabatnya sendiri..seperti dalam artikel saya sebelum ini yang menyentuh tentang budaya politik pejabat yang telah wujud sejak sekian lama & di mana-mana pejabat sekalipun.
Berkawanlah selagi ianya tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh syarak. Apa yang saya dapat lihat ada di antara kita yang mempunyai sahabat baik…semua perkara dilakukan bersama-sama daripada keluar makan, hisap rokok, berchatting, solat jemaah, menelefon, bergurau senda, bergelak ketawa, bersukan semuanya dilakukan bersama-sama hatta nak pergi ke tandas pun nak kena berjemaah jugak TETAPI… apa yang dah jadi sekarang???…sahabat yang paling akrab dengan kita sudah bermasam muka dan sekarang semuanya hanya tinggal KENANGAN YANG TERINDAH (tajuk lagu sebuah kumpulan) hanya disebabkan perkara2 kecil sahaja…x perlulah saya nyatakan sebabnya kerana mereka2 yang mengalaminya sahaja yang mempunyai jawapan kepada soalan tersebut.
Anda mengalaminya, begitu juga dengan diri saya, begitu jugalah dengan orang lain x kiralah pegawai bank ke, ahli politik ke, golongan artis ke, golongan ulamak ke & bermacam kelompok lagi di luar sana. Mestikah hanya kerana satu sebab saja kita sanggup memutuskan hubungan persahabatan yang telah terjalin sejak sekian lama…..berbaloikan tindakan kita itu..fikir-fikirkanlah..sekejap lagi saya akan titipkan beberapa hadis nabi saw & dalil Al Quran mengenai hubungan silaturahim sesama muslim
Pada saya, sahabat itu tidak hanya dihubungkan dengan harta kekayaan, paras rupa mahupun apa sahaja perkara materialisma dunia. Tetapi pada saya, yang digelar sahabat itu, adalah yang dihubungkan dengan kasih sayang. Kasih sayang itu, bersumberkan satu punca.
Punca itu adalah keimanan kepada Allah SWT.
Sahabat yang hadir dari sumber itu adalah sahabat yang terindah.
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara…” Surah Al-Hujurat ayat 10.
Melihat ayat ini, keimanan itu adalah punca utama persaudaraan. Bagi manusia yang memahami ayat ini, maka dia akan mencintai sahabatnya, seperti mana dia mencintai dirinya. Hal ukhuwwah berkait rapat dengan keimanan ini, ditegaskan pula oleh Rasulullah SAW dalam sabda baginda:
“Tidak beriman seseorang kamu, selagi mana dia tidak mencintai sahabatnya, sebagaimana dia mencintai dirinya”
Sekali lagi, keimanan itu dikaitkan dengan ukhuwwah, kasih sayang antara sahabat.
Hanya manusia yang bersih keimanannya sahaja, akan mampu menjaga sahabatnya seperti mana dia menjaga dirinya. Hal ini kerana, persahabatan itu akan ada dugaannya, akan ada cabarannya. Sampai satu masa, kita akan perlu melakukan pengorbanan.
Pengorbanan, tidak akan mampu dilakukan, melainkan apabila kita benar-benar beriman dengan apa yang Allah SWT janjikan, dan apa yang Rasulullah SAW ajarkan.
Sahabat yang berjaya menghayati keimanan inilah sahabat yang terindah.
Saya, tidak dapat mengukur keimanan keimana seseorang itu tetapi saya dapat merasakan kehangatan sahabat-sahabat saya. Saya dapat merasakan, saya ada ramai orang sahabat dalam hidup saya ini, mereka itu lah sahabat2 terindah saya.
Kalau hendak disebut, mungkin terlalu ramai samada di dalam bank ini mahupun di luar sana tetapi mereka-mereka inilah yang senantiasa menyokong perjuangan saya sejak dari dulu hinggalah sekarang
Tapi, apa yang hendak saya katakan di sini, hendak menyedari bahawa sahabat itu adalah sahabat terindah, bukan mudah. Pelbagai halangan, cabaran perlu dihadapi.
Kadangkala berulang kali berselisih faham, kadangkala beberapa kali bermasam muka. Namun, kalau benar ukhuwwah itu dibina atas dasar iman, maka ia akan kembali semula bersatu. Carik-carik bulu ayam, akhirnya tercantum semula. Kerana jika iman itu benar, ia akan menjadi seperti magnet, membuang segala rasa buruk di dalam hati, meringankan diri untuk meminta maaf dan saling memaafkan pada setiap masa…sebab itu setiap kali berkarya, saya akan memohon maaf kepada setiap pembaca yang membaca artikel saya x kiralah samada di awal, tengah2 atau pun di akhir kata penutup…x rugi & x salah kiranya kita sering meminta maaf pada setiap orang walau pun pada hakikatnya kita tidak pernah membuat sebarang kesalahan kepada orang2 tertentu. Seperti kata pakar motivasi kita Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, sebelum kita tidur atau lelapkan mata…tolong maafkan semua orang yang kita kenal..x kiralah samada ada orang itu dekat dengan kita atau sebaliknya.
Ada orang yang menyangka, berselisih faham, bermasam muka adalah keburukan. Itu tanda ukhuwwah tidak kuat.
Ya. Dari satu segi. Memang itu semua keburukan. Tetapi, sedar atau tidak, itu adalah satu tapisan, ujian daripada Allah SWT. Ujian untuk menguji sejauh mana kebenaran ukhuwwah yang dibina di atas dasar iman itu. Apabila kita berjaya melepasi segala dugaan dan cabaran itu, barulah kita akan menyedari, betapa indahnya apabila iman itu menjadi perlembagaan persahabatan kita, barulah kita akan nampak bahawa, sahabat kita itu adalah sahabat yang terindah.
Sebab itu, apabila kita melalui ujian-ujian ukhuwwah, kita perlu muhasabah diri kita terlebih dahulu. Jangan lihat pada sahabat kita. Lihat apa yang kurang dengan diri kita, apa kesilapan yang kita telah lakukan, apa keburukan yang telah kita buat pada sahabat kita. Kalau benar iman menjadi perlembagaan ukhuwwah, maka kita akan berlapang dada, senang memaafkan. Kita akan berani, tabah meminta maaf pada sesiapa saja tanpa rasa segan & malu.
Namun, siapa yang telah melihat kekurangan dirinya terlebih dahulu sebelum dia menilai sahabatnya?
Sebab itu, saya teringat akan kata-kata pensyarah saya ketika dia menyampaikan kuliah:
“Apabila kebaikan kita tidak dibalas oleh sahabat kita, maka janganlah kita mencacinya. Hal ini kerana, kebaikan kita kepadanya, adalah tanggungjawab kita kepada Allah SWT. Manakala kebaikannya kepada kita, adalah urusan dia dengan Allah SWT. Kita perlulah melaksanakan tanggungjawab kita”
Siapa yang nampak, kebaikannya kepada sahabatnya, adalah tanggungjawab dia kepada Allah SWT?
Hanya orang beriman sahaja yang boleh melihat perkara ini.
Sabda Rasulullah SAW, yang mafhumnya: “Kamu tidak akan masuk syurga selagi mana kamu tidak beriman, kamu tidak akan beriman selagi mana kamu tidak berkasih sayang…”
Siapa pula yang berusaha menjadikan dirinya sebagai sahabat terindah kepada sahabatnya?
Saya melihat & muhasabah diri, terfikir-fikir akan diri saya..banyak betul dosa saya dengan kawan-kawan yang telah saya lakukan tanpa saya sedari.
Dalam sepotong hadis yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi, diceritakan daripada seorang sahabat Nabi saw yang bernama Abu Ayyub Al-Ansari bahawasanya Nabi saw bersabda,
Maksudnya : Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak menegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari, berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ketempat lain. Yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam.
Daripada hadis ini dapat kita pengajaran bahawa orang Islam sesama Islam jika bergaduh tidak boleh tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari. Menurut Imam An-Nawawi rhm, jika seseorang itu tidak bertegur sapa dalam tempoh 3 hari, perbuatan itu dimaafkan, kerana tabiat manusia itu memang ada sifat marah dalam dirinya, moga-moga dalam tempoh tiga hari itu api kemarahan masing-masing akan hilang dan kembali sejuk untuk berdamai. Tetapi sekiranya lebih daripada tiga hari, masing-masing masih tidak bertegur sapa maka hukumnya adalah HARAM dan kedua-duanya dikira berdosa besar kerana memutuskan hubungan silaturahim sesama muslim.
Jika seseorang memberi salam tetapi tidak bertegur sapa, apakah itu juga dikira berdosa ? Menurut Imam Syafie dan Imam Malik rhm, berpandukan hadis di atas, memberi salam itu sudah memadai kerana bahawasanya salam itu sudah menepati maksud memulakan bicara.
Manakala tidak bertegur sapa dengan ahli maksiat itu hukumnya adalah harus, sekiranya setelah diberi nasihat berkali2 tetapi masih berdegil juga tidak mahu meninggalkan perbuatan maksiatnya. Tetapi sekiranya ahli maksiat itu telah bertaubat maka wajiblah kita bertegur sapa dengannya & terus membimbingnya ke jalan yang lurus lagi diredhai oleh Allah swt.
Mana-mana umat Islam yang tidak bertegur sapa, akan ditutup pintu syurga ke atas mereka sehinggalah mereka berdamai. Sabit dengan keterangan hadis sahih yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi,
عن أبى هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : تفتح أبواب الجنة يوم الأثنين والخميس فيغفر فيهما لمن لا يشرك بالله شيئا الا المهتجرين يقال : ردوا هذين حتى يصطلحا
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah saw bersabda : Telah dibuka pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis, maka diberi keampunan pada kedua-duanya bagi mereka yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu melainkan ke atas dua orang yang tidak bertegur sapa.. Maka dikatakan kepada pintu syurga, tolaklah kedua-dua orang itu sehinggalah mereka kembali berdamai. dan menghapuskan dosa.
Daripada hadis –hadis di atas dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa orang Islam sesama Islam jika bergaduh tidak boleh tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari.
Antara faktor-faktor yang saya dapat lihat terjadinya perselisihan faham yang terjadi di pejabat ialah :-
1) Keluar lunch sendirian, tak ajak kawan & bagitahu kawan karib
2) Bergayut di telefon terlalu lama yang menyebabkan ada rakan-rakan yang marah
3) Mengambil barang-barang peribadi & alat tulis sahabat yang dibelinya tanpa kebenaran beliau
4) Cemburu dengan penampilan sahabat atau pakaian berjenama yang dipakainya
5) Saling mengumpat keburukan sahabat yang lain sehingga perkara yang diumpat itu sampai ke telinganya semula
6) Politik pejabat- saling menjatuhkan sahabat dengan cara yang dilarang oleh agama iaitu suka mengapi-apikan pihak atasan kononnya sahabat kita ni x pandai buat kerja & sebagainya
7) Asyik mintak/ambil rokok kawan setiap hari tapi nak beli sendiri malas sbb kononnya dalam proses nak berhenti merokok
8) Suka berhutang duit tapi bila time nak bayar terlalu kerap bagi bermacam alasan yang x relevan
9) Bercakap perkara-perkara yang tidak disukai oleh sahabat kita walaupun ianya dah ditegah berulang kali
10) Suka bercakap lucah atau suka melakukan gangguan seksual kepada rakan sekerja wanita
11) Suka membandingkan harga kosmetik berjenama yang dibeli dengan jenama biasa yang dimiliki oleh sahabat kita
12) Suka bercakap besar & suka meninggi diri dalam setiap perbualan sehingga menimbulkan kebencian kawan-kawan
13) Terlau suka mengambil tahu hal-hal peribadi sahabat (rumahtangga) pada setiap masa & hari
14) Suka bergurau dengan cara yang agak kasar seperti suka menepuk-nepuk kepala & belakang sahabatnya walaupun tanpa niat untuk menyakitkan sahabat
15) Bila bercakap suka menjuih-juih bibir, perli-memperli sesama sahabat sambil menunjukkan jelingan & riak muka yang tidak menyenangkan
16) Suka menyebarkan fitnah kepada kawan-kawan sepejabat hanya kerana tidak sependapat dalam sesuatu perkara yang dibincangkan.
17) Suka mengambil kesempatan atas kesusahan yang dialami oleh sahabat yang lain.
Itulah di antara sebahagian perkara2 yang menyebabkan selalu terjadinya bermasam muka & tidak bertegur sapa antara rakan-rakan sekerja di pejabat...banyak lagi sebenarnya yang saya nak sebut di sini tetapi keadaan mata saya yang sudah tidak mengizinkan saya untuk terus berkarya disebabkan jam sudah pun menunjukkan jarumnya ke angka 1.23 pagi sementelah bantal kesayangan saya pun dah ada disisi yang hanya menunggu untuk saya melabuhkan kepala di atasnya, isteri pun rasanya dah lama hanyut di buai mimpi...entah2 dah pun sampai ke Benua Afrika..kadangkala timbul rasa kesian pada isteri yang kadangkala terpaksa menunggu & menjenguk saya di ruang tamu hampir setiap malam bagi memastikan saya tidak terlelap di atas Laptop seperti mana kelazimannya. Semoga Allah membalas jasa & pengorbanan beliau kepada saya selama ini.
Kesimpulan & penutup
Bermaafan lah sesama kita pada setiap masa, buangkanlah segala sifat tercela yang ada dalam diri masing-masing..cari kesalahan diri kita terlebih dahulu sebelum kita mencari kesalahan orang lain. Bermuhasabahlah pada setiap waktu demi mencari keredhaan dariNYA. Buang yang keruh & ambilah yang jernih, cuba kenang2kan & fikir2kan kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan oleh sahabat kita pada kita pada suatu masa yang lalu. Setiap permasalahan yang yang berlaku mesti ada jalan penyelesaiannya.
Begitu juga dengan diri saya & anda juga, mesti ada kelakuan2 kita yang tidak menyenangkan hati sahabat yang lain, bukan senang untuk menyenangkan hati semua pihak dalam satu-satu masa.
Yang penting sekarang ni, kepada sapa-sapa yang ada bermasam muka dengan sahabat-sahabatnya sebelum ini...hayatilah & renungilah kembali kepada hadis2 nabi yang telah saya nukilkan di atas. Fikirkan kembali segala kebaikan yang telah masing-masing lakukan sebelum ini. Janganlah kita sengaja mencari laknat & kutukan Allah, Malaikat & rasul pada setiap masa, kerana perbuatan memutuskan hubungan silaturahim sesama sahabat/Islam dengan sengaja adalah berdosa besar di sisi Islam
Tanpa sahabat di sisi…siapalah diri kita ini sekarang….hulurkan tangan memohon kemaafan sesama kita atas kesilapan diri masing2 yang telah berlalu pada sedikit waktu dulu. Saya doakan agar hubungan & tali persahabatan yang telah terputus akan kembali bertaut & ceria seperti sebelumnya, Insya Allah..mudah2an Allah makbulkan doa kita & abadikan ianya sebagai satu KENANGAN YANG TERINDAH.
Apa yang baik itu semuanya datang dari Allah s.w.t & yang buruk, lemah lagi dhaif itu sesungguhnya datang dari kelemahan diri saya yang serba kekurangan. Maafkan atas segala kesalahan fakta & tutur bicara kiranya ada yang meyinggung & menguris perasaan pembaca-pembaca semua.
Wallahu Ta’ala A’lam
Salam hormat dari saya
Noor Hisham Ismail – Rabu - 13/04/2010 @ 1.37 pagi
3 days ago
1 comments:
Adakah diperbolehkan untuk tidak bercakap dengan seseorang itu kerana dirinya sudah tidak suka dengan kita walaupun sudah meminta maaf??
Post a Comment