Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Friday, June 4, 2010

JANGAN....



*JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

*JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

*JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

*JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

*JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi² itu membuka pintu berkat).

*JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

*JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut² kita mati dalam perjalanan.

*JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

*JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

*JANGAN bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

*JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila² masa.

*JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

*JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

*JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

*JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

*JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

*JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri² munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

*JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

*JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

*JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan umatnya jua.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.