Sehari di HQ menjalankan tanggungjawab yang belum selesai. Dalam kesibukan waktu masih ada ruang2 untuk berbicara dengan rakan2. Kasihan melihat kesihatan yang agak terganggu buat kedua sahabatku yang berbadan dua itu. Harap Afida dan Puspa akan sentiasa di lindungi Allah...sihat walafiat dalam menjalani kehidupan sebagai bakal ibu. Tabah dengan dugaan2 mahupun kesan2 awal bergelar bakal ibu. Doaku, kalian akan terus sihat sehingga saat melahirkan sikecil yang comel.
Bila datang HQ, pasti kedai makan yang menjadi pilihan, Anuar Seafood. Itu cadangan kawan2. Hurm...memang sedap. Cubalah. Tidak jauh dari pejabat. Berjalan kaki sahaja. Tapi waktu lunch memang agak panas. Perbualan agak menyeronokkan. Eheh..sempat meninggalkan sedikit petua dan peringatan buat bakal ibu. Macam mak nenek pula aku nih....Tapi lebih rancak lagi bila bertemu dengan Si Anne. Ada sahaja topik yang diperbincangkan. Itulah mereka yang selalu mnjadi temanku di saat aku berada di HQ. Taklah keseorangan. Teman makan dan teman berborak. Teman bekerja. Eheh..teman bergossip ada jugak ker? Jawab.....jgn tak jawab
Macam biasa, aku pulang dengan LRT dari Kg Baru dan transit di KL Central sebelum meneruskan komuter utk balik rumah. Sempat layan lappy, buka facebook dan update blog. Ada cerita ker? Sambil2 tu..masih pack pakaian dan kelengkapan buat terakhir. Check list. Takut ada yang tertinggal. Bukan 1,2 km...lebih 5ookm tuh....
Agak tersentuh dengan beberapa sms dari seorang sahabat. Tentang erti sebuah persahabatan. Terharu. Dia antara sahabat yang terbaik dalam hidupku. Biar siapapun dia, yang lebih penting dia masih menerima aku sebagai sahabat. Aku bukanlah insan yang mudah menjatuhkan hukuman. Kerana aku juga bukanlah sahabat yang sempurna. Aku lebih jauh serba kekurangan. Dan bila dia menerima aku, ia sudah merupakan satu penghargaan terbaik buatku. Sesungguhnya, aku tak melakukan ape2 sahabat.....CUMA...kerana kita sahabat. Itu sahaja yang mampu aku perkatakan. Biar apepun senarionya..apa pun situasinya...aku tetap mendoakan agar segalanya akan kembali seperti biasa. Terima kasih sahabatku. Moga kau kan terus tabah menghadapi setiap dugaan. Cuba katakan, andainya aku mampu untuk melakukan....sebagai sahabat?
Malam ini aku perlu bersiap. Memulakan perjalanan yang jauh dari pantai barat hingga ke pantai timur. Meniti hari2 yang penuh dengan kesibukan. Kerja dan kerja. Dan kini masanya pula untuk aku mengakhirinya dengan percutian yang penuh bermakna...saat2 melampiaskan kerinduanku kepada alam dan pada anak sulungku yg jauh di sana. Mgkn sempat berhenti di Cherating melayan Brazil menentang korea utara. Minum segelas kopi menghilangkan lelap mata. Kini, hilang idea. Tak sabar nk pulang. Yeah...aku pulang.......!! Doakan keselamatanku pergi dan balik.
3 days ago