Panduan Memilih Bakal Isteri
PERTAMA: Dari keturunan baik-baik Maksud dari keturunan orang baik-baik ialah perempuan yang diketahui berketurunan ulamak atau orang-orang soleh .Islam menggalakkan seorang lelaki agar berkahwin dengan perempuan dari keturunan alim ulamak dan orang-orang soleh. Kerana orang-orang soleh akan mengasuh dan mendidik anaknya kepada kebaikan.
HUKUM MENGAHWINI ANAK HARAM Adalah dimakruhkan mengahwini anak haram (anak zina), anak orang fasik, anak pungut atau anak yang tidak diketahui ibubapanya .
KEDUA: Cantik Iaitu perempuan yang mempunyai rupa paras yang memberi keinginan kepada lelaki. Imam al-Ghazali menyatakan , iaitu kecantikan yang dapat menarik kemesraan dan kasih sayang.Sabda Rasulullah s.a.w. : Ertinya: Sebaik-baik wanita ialah, apabila engkau melihatnya dia menyenangkan hatimu... Atas maksud inilah maka Islam mengharuskan melihat terlebih dahulu seorang wanita yang kahwini . Kerana kecantikan rupa paras dapat mententeramkan jiwa dan mampu memejamkan mata dari melihat perempuan ajnabi.
HUKUM MENGAHWINI PEREMPUAN YANG TERLALU CANTIK Makruh hukumnya mengahwini seorang perempuan yang terlalu cantik rupa parasnya. Menurut imam al-Mawardi perempuan tersebut akan sombong dengan kecantikan yang dimilikinya . Menurut imam Ahmad pula: "Tidak terlalu cantik (ketika memilih calon isteri) kerana dia kurang tunduk kepadamu ".
KETIGA: Tidak dari kaum kerabat yang hampir Maksud kaum kerabat yang hampir ialah anak perempuan kepada bapa saudara atau emak saudara (sepupu) samada dari pihak ibu atau bapa. Islam tidak menggalakkan perkahwinan dengan kaum kerabat yang hampir ialah kerana ia telah menyimpangkan dari maksud asal perkahwinan iaitu memperhubungkan satu puak dengan puak yang lain
KEEMPAT: Anak dara Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Jabir r.a. yang telah menikahi seorang perempuan janda: Ertinya: Mengapa engkau tidak mengahwini anak dara supaya engkau dapat bergurau senda dengannya dan dia dapat bergurau senda dengan engkau.(Riwayat jamaah)
Terdapat beberapa sebab mengapa Islam menganjurkan agar umatnya mengahwini anak dara, antaranya ialah:
1. Manis dan lemah-lembut tutur katanya
2. Banyak anak
3. Redha dengan sedikit jimak
4. Jauh dari sifat-sifat kejahatan
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam perbualannya dengan Saiyidah Aisyah r.a.: Ertinya: Wahai Rasulullah s.a.w., seandainya engkau tiba di sebuah lembah, dan di lembah itu terdapat tanaman yang sudah dimakan dan terdapat pula tanaman lain uang belum pernah imakan, di manakah engkan akan menggembalakan unta engkau? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Di tempat yang belum pernah digembalai orang." Saiyidah Aisyah r.a. berkata: "Akulah tempat itu." Di dalam hadis di atas, Saiyidah Aisyah r.a. ingin menyatakan keutamaan dirinya kerana beliaulah satu-satunya gadis yang pernah dikahwini oleh Rasulullah s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: Ertinya: Kahwinilah anak dara kerana sesungguhnya mereka itu manis mulutnya,, ramai melahirkan anak tidak banyak kerenahnya dan redha dengan kerja yang lebih ringan dan mudah.
HUKUM MENGAHWINI JANDA Seorang lelaki dimakruhkan berkahwin dengan seorang janda melainkan jika mempunyai keuzuran seperti tidak berkemampuan untuk memecahkan dara disebabkan oleh lemah tenaga batin.. Seseorang itu disunatkan mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki yang belum pernah berkahwin .
KELIMA: Ramai anak Seorang lelaki boleh mengetahui bahawa perempuan itu akan mempunyai ramai anak dengan melihat kepada kaum kerabatnya. Jika kaum kerabatnya mempunyai ramai anak, maka insyaallah perempuan itu juga akan mempunyai ramai anak . Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: Berkahwinlah dengan wanita yang penyayang dan ramai anak. (Riwayat Abu Daud dan Nasi'i dari Ma'qil bin Yasar)
KEENAM: Tidak mempunyai anak dari lelaki lain Disunatkan mengahwini perempuan yang tidak mempunyai anak dari lelaki lain, kecuali jika terdapat maslahat seperti kerana mahu memelihara anak perempuan tersebut . Rasulullah s.a.w. sendiri telah mengahwini Ummu Salamah yang ketika itu telahpun mempunyai anak. Tetapi Rasulullah s.a.w. mengahwini Ummu Salamah kerana maslahat .
KETUJUH: Berakal Iaitu seorang perempuan yang bijak dan pintar dalam menguruskan segala hal ehwal rumahtangga. Dia bijak membelanjakan wang dan harta suaminya agar tidak berlaku pembaziran dalam berbelanja, pintar melayan kehendak suami hingga menyebabkannya tidak pernah jemu dan bosan. Dia menggunakan kebijaksanaannya untuk menjadikan rumahtangganya aman bahagia dan diredhai oleh Allah SubhanAllah Wa Taala.
KELAPAN: Berakhlak mulia Mengahwini perempuan yang berakhlak mulia akan membAntu suaminya melakukan ibadah dan mendirikan hukum-hakam agama.
KESEMBILAN: Murah mas kahwinnya Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: Daripada Aisyah r.a., bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda: Sebesar-besar keberkatan manusia itu ialah yang murah maharnya.
JAUHI PEREMPUAN INI!
Sebahagian daripada ulamak Arab telah berkata: Janganlah kamu mengahwini perempuan yang mempunyai enam sifat di bawah ini :
1. Perempuan yang sentiasa keluh-kesah dan mengadu mengenai dirinya itu dan ini. Di samping itu juga dia gemar menghiasi dirinya agar kelihatan cantik. Dalam perkahwinan, perempuan ini akan menyakitkan hati dan tidak akan memperoleh sebarang kebajikan darinya.
2. Perempuan yang suka mengungkit-ngungkit setiap kebaikan yang telah dilakukan terhadap suami. Katanya kepada suami: "Aku telah melakukan kebaikan begini dan begitu kepada engkau tetapi engkau tidak pernah melakukan suatu apapun kebaikan padaku."
3. Ingin kepada lelaki lain dan ingin kepada anak dari suaminya yang lain. Perempuan yang bersifat begini wajib
dijauhi daripada dikahwini.
4. Perempuan yang materialistik. Dia mahu membebankan suami dengan menyuruhnya membelikan untuknya itu dan ini.
5. Perempuan yang mempunyai dua sifat, iaitu:
i. Perempuan yang gemar bersolek agar dirinya kelihatan cantik dan bergaya. Kemudian dia keluar ke sana sini untuk memperaga kecantikannya.
ii. Perempuan yang cerewet terhadap makanan dan tidak makan kecuali bersendirian. Ditambah pula dengan sikapnya yang tidak pernah merasa cukup terhadap pemberian suami.
6. Perempuan yang banyak cakap atau becok mulutnya
SIFAT YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN DAN SEBALIKNYA BAGI LELAKI
Menurut saidina Ali r.a. pula : Terdapat tiga sifat yang tidak baik seandai ada pada seorang lelaki, tetapi ia adalah paling baik seandainya ada pada seorang perempuan, iaitu:
1. Bakhil atau kedekut, kerana apabila seorang perempuan bersifat demikian akan terpeliharalah harta suaminya .
2. Membesar diri, kerana apabila seorang perempuan itu membesar diri maka dia tidak akan bercakap-cakap dengan seseorang menggunakan kata-kata yang lemah lembut. Dengan ini terpeliharalah perasaan cemburu suaminya.
3. Penakut, kerana apabila seorang perempuan itu bersifat penakut maka dia tidak akan keluar dari rumahnya. Dengan ini sifat cemburu suaminya dapat dikawal.

Ciri-ciri wanita solehah
1. Kecantikan Dalaman~Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya.Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.
2. Keanak-anakan~Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka.Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.
3. Cantik~NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya,AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya,HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.
4. Berakhlak Mulia~ "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah"Sebagai ibu, terukir di paparan dada.Sebagai isteri, pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika.Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin.~Ciri-ciri wanita yang solehahTaat kepada Allah.Berbuat baik kepada ibu bapa.Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati.Menutup dan menjaga aurat.Tidak berhias apabila keluar rumah.Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram.Berbuat baik dengan jiran tetangga.Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.
5. Berpegang pada agama~"Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama"
6. Dari keturunan yang baik-baik.~Seorang wanita yang dari keturunan yang baik2 mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.
7. Bijaksana~ Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha' (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan.~Wanita idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjukpandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.
8. Tidak mempamerkan keseksian~"Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga"(Hadis Riwayat Muslim)
9. Tidak Cerewet~ Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.
10. Memahami lelakiContoh: Yang berlaku: "Itulahabang! Asyik bekerja aje. Mementingkan diri sendiri... Tak ingat nak balik rumah... Tak abis-abis layan kawan.. kawan.. kawan... Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!"Yang sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7 malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.
11. Tidak terlampau cemburu~"Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain" (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
12. Sejuk mata memandang.~Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka~ Sentiasa senyum~Menutup aurat~Ramah dan mesra~Menundukkan pandangan.
13. Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi~Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.
14. Canggih~Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.
15. Mempunyai persamaan yang bermakna~Suatu hari, Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,"Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama". Ketika burung itu terbang, beliau melihatkeduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata, "Sebab itulah burung itu dapat bersatu".
16. Pemaaf~Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.
17. Seimbang~ Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa.
18. Berkeyakinan diri19. Mempunyai 'body language' yang baik.
Nota Rujukan : Petua Membuat Orang Jatuh Cinta (DATO' DR. FADZILLAH KAMSAH, HAJI MUHAMMAD ZAKARIA, FATIMAH SYARHA NOORDIN)
Related Articles :