Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Monday, June 14, 2010

Jerman Unggul di kumpulan D


Bila Piala Dunia 2010 dah bermula pada 11 Jun lalu, makan bola, minum bola tapi tidur? tak boleh tahan.....bola tengok aku...kalau perlawanan pukul 8 malam hingga 12 malam, masih mmpu lagi ku sekangkan biji mata. Tapi kalau pukul 2 pagi?

Bila dah mngadap tv, tak mahu bergerak seinci pun. Pastikan kerja rumah semua dah siap. Landing atas sofa atau atas lantai berlalaskan bantal. Dan kalau nak menjerit pun...jeritlah. Rasanya semua jiran melayan bola lagi2 perlawanan dari team2 terkenal seperti Brazil, Portugal, England, Argentina, Jerman mahupun Sepanyol. Pasti tak mahu lepaskn peluang melihat aksi Kaka, Messi, Teves, Rooney, Lampard, Gerrard, Torres, Klose, Ronaldo dan beberapa lagi yang tak kuingat nama2 mereka. Mahu penuh page ni kalau nak sebut satu2..

Ntah kenapa, dari dulu Jerman mnjadi team faveret. Bila Jerman menjadi juara piala dunia1990, aku masih ingat dengan player Klinsman beraksi di padang. Aku masih lagi bersekolah ketika itu. Tapi piala dunia menjadi kegilaan bila abang2 ku sedia mengadap tv di hujung katilku untuk menyaksikan perlawanan bolasepak. Sejak itu aku kenali siapa player2 dunia.

Pukul 2 pagi tadi tak boleh menahan kantuk. Tapi time inilah, team Jerman beraksi menentang Australia. Dan aku akhirnya, tertewas juga namun aku dapat lihat babak2 cemas itu disebalik mataku yang terkatup2. Walaupun sedikit agak kecewa dengan aksi dan keputusan perlawananArgentina dan England sebelum itu, aku tetap mengharapkan hasil yang terbaik dari anak buah Joachim Loew. Sedikit kesal kerana perlawanan ini pada awal pagi. Hari pertama bekerja pula. Takkan nak ambil cuti pula. Hurm...

Tidak mengecewakan. Ternyata Jerman mampu membuktikan persembahan yang terbaik dalam Piala Dunia setakat ini dan mengungguli Kumpulan D apabila berjaya membelasah Australia 4-0. Gol hasil rembatan Lukas Podolski, Miroslave Klose, Thomas Mueller dan pemain gantian Cacau memaksa Australia bertahan sepanjang perlawanan.

Tim Cahill menerima kad merah dan dibuang padang pada minit ke-56 apabila mengasari Bastian ketika kedudukan 2-0 menambah malang buat Australia. Ini merupakan kad merah yang ke-2 dari beberapa perlawanan yang telahpun berlangsung 3 hari.

Pastinya, aku mengharap yang terbaik buat team faveret ku ini. Juara Piala Dunia tetap menjadi target utama walaupun tnpa kehadiran kapten utama, Michael Ballack.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.