Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Friday, June 4, 2010

Pasangan yang saling melengkapi



Anda dan Pasangan Saling Melengkapi?
Saya suka membaca sesuatu yang punya perkara yang tersirat atau kata2 yang membuka minda untuk berfikir, memberi ilham dan memotivasikan diri ini. Hari ini saya ingin bercite mengenai anda dan pasangan anda adakah saling melengkapi?

Pasangan saya bukanlah sempurna. Sudah namanya manusia akan tidak sempurna dirinya, dia juga ada kelemahan, begitu jua diri saya. Namun mengapa kita masih mencintai diri pasangan kita setelah kita mengetahui dia punya kelemahan?

Si dia yang menjadi pujaan saya, tidaklah sehensem mana tapi sedap mata memandang, sama juga seperti saya hehe.. Dia tidak suka english, dan kurang mengerti mengenai bahasa itu, saya plak kira oklah bolehlah faham2 juga, tapi mau bercakap tu yang liat lidah huhu.. Tapi dia pandai mengaji dan sudah khatam Al-quran, satu kelebihan yang buat saya kagum dengan dia. Dia insyallah akan menjadi pemimpin dunia dan akhirat buat saya. Dia juga mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, tidak seperti saya. Dia sentiasa memberi semangat buat saya dalam apa hal yang saya lakukan, semasa belajar dulu, hal keluarga dan kehidupan. Mungkin tahap pelajaran saya lebih setingkat dari dia, namun dia memiliki dan mengetahui secara mendalam dalam bidang yang saya tidak atau kurang mengetahui. Saya seorang yang sentiasa merancang dan akan khuatir dengan perkara remeh, dia plak seorang yang buat keputusan secara tiba2 dan tidak suka berfikir mengenai perkara remeh. Banyak kontra antara kami berdua tapi itu saling melengkapi perhubungan kami bukan? Tapi kami juga punya persamaan iaitu dua2 suka duduk rumah dan manja dengan ibu masing2 hehe.

Sebenarnya tiada antara kita yang begitu sempurna, kita punya kelemahan cuma cara kita mengawal kelemahan itu yang berbeza. Anda dan pasangan ditemukan untuk saling melengkapi, seperti si kudung mendapat kakinya untuk berlari, seperti si buta mendapat matanya agar dapat melihat, seperti si pekak mendapat pendengarannya kembali untuk mendengar. Kita diciptakan berpasangan bukan untuk melukakan atau terluka tetapi kita berpasangan untuk dapat meneruskan kehidupan kita dengan lebih mantap dan bahagia, menyalurkan kasih sayang dan bersama menempuh suka duka bersama. Adakah anda dan pasangan anda saling melengkapi? Cuba luaskan pemikiran dan bukakan mata anda, jika anda selama ini tidak sedar mengenai pengorbanan pasangan anda, cubalah untuk mengerti dan hargai apa yang mereka lakukan buat anda. Sama2lah kita berubah ke arah kebaikan agar hubungan anda dan saya akan baik2 saja.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.