Pelbagai kisah...berbagai cerita..ada duka...ada manisnya..dan perjalanan hidup akan tetap berterusan selagi nadi masih berdenyut....selagi jantung masih berdegup. Bila kepulangan penuh rasa gembira. Tapi mengapa ada kepulangan yang juga disayuti rasa duka. Dan...penyu menangis siapalah yang tahu. Andai begitu takdirnya. Apalah daya.
Biar beratus2 kilometer...kuharungi dengan gagah. Biarpun lewat dinihari. Kelam. Gelap. Malam. Pekat. Namun segalanya mampu dilewati demi sebuah kerinduan. Takkan ada yang mengerti. Biar terpendam di sudut hati. Biar. Takkan sesekali kuperlihatkan. Biar mereka menuding salah ke arahku. Biarkan mereka menghukum dgn seribu pertnyaan. Takkan goyah. Aku tetap aku. Dalam kelembutan tetap ada keazaman dan kekuatan. Kukumpul semangat yang ada. Mengalah bukan bermakna kalah. Tidak juga bermakna tewas. Kerana semuanya ada hikmah yang tersembunyi. Hanya Allah yang mengerti.
Berat bebanan hati. Tak mampu terluah dengan mata. Akhirnya terus terbenam di sudut hati yang paling dalam. Dan air mata itu terus ada di situ. Aku pasti, dia memahamiku. Dia tahu nilai kasih sayangku. Harga kerinduanku. Aku jua tahu dia mengerti tentang sebuah pengorbanan. Pengorbanan yang pasti begitu mahal ganjarannya. Andai itu yang mampu ku harapkan. Apa yang penting, aku mahu dia tahu bahawa aku terlalu menyayanginya.
Kasih sayangku tidak pernah berbelah bagi. Sama adil. Sama rata. Tidak melebihkan yang lain. Aku tidak mahu sedikit pun kasih sayangku berkurangan kerana aku bimbang kehilangannya kerana kekeliruannya. Aku tidak mahu dia merasa terpinggir kerana aku tiada di sampingnya. Aku mahu dia sentiasa merasakan bahawa aku tetap bersamanya wpun realitinya aku jauh.
Teringatku pada kisah seorang sahabat lamaku. Begitu terpinggirnya dia. Terusik perasaan kecilnya bila tidak menerima kasih seadilnya dari ayah ibunya berbanding adik beradik yang lain. Dan setelah berumahtangga suami dan anak2nya turut menerima sedikit tempiasnya. Adilkah? Adakah kerana kurangnya bijaksana atau tuah yg tidak menyebelahinya maka dia mnjadi mngsa keadaan seperti itu. Sehingga adakala adik beradik sndiri meminggirinya? Itulah kehidupan. Tak semua orang akan menerima nasib yang serupa. Terpulang kepada hati samaada menerima perjalanan hidup yg penuh dugaan itu secara postif ataupun tidak. Dan aku sebagai salah seorang sahabatnya, tetap akan mendoakan kebahagiannya. Aku memang ingin melihat dia bahagia. Mudah2an satu hari nanti ada sinar buat sahabatku itu.
Dan kerana itu aku cuba sedaya upayaku agar tidak mmbuat hatinya terluka. Hati kecilnya tersisih. Terpinggir. Lalu menyisihkan diri. Kanku lakukan apa sahaja demi kasihku terhadapnya. Kerana dia adalah darahku. Dia adalah jantungku. Dan dialah yang menyempurnakan hidupku selama ini. Akukan cuba jadi yang terbaik.
Tika meniti hari2 bersamanya..begitu indah sinar matanya. Bulat merenungku. Disitu ada kasih sayang. Di situ ada kerinduan yang terlalu dalam. Adakalanya gelak ketawa sentiasa menghiasi bibirnya. Kulit cerahnya semakin kusam. Bnyak berjemur di panas mentari. Mgkn mngisi bnyak masa2 senggang yg penuh kebosanan. Tapi memang cuaca agak panas dan bahang sekali di bumi ini. Silap aku kah bila semua ini terjadi? Tidak perlu menyalahkan takdir atau sesiapapun. Setiap perjalanan pasti ada persimpangan yg kadang2 mngelirukan. Cuba2lah belajar bersyukur. Sesungguhnya dia bukan dengan sesiapa. Dia selamat di bawah jagaan insan kepercayaan.
Dan hari2 yang berlalu begitu pantas kurasakan. Dan tidak mahu ianya segera berakhir. Itulah tuntutan. Tanggungjawab yang harus di bina demi sebuah keluarga yang sempurna. Dia kutinggalkan lagi. Dengan linangan air mata. Terasa jauh perjalanan kurasakan bila semakin jauh dia kutinggalkan. Tumpuan sering gagal bila khayalan memenuhi fikiran. Terasa kosong jiwa ini. Seolah2 ada sebahagian yang kutinggalkan. Namun dengan sedikit semangat...doa dan harapan. Tunaikan kewajipanmu sayang. Lakukan sedayamu demi pelajaranmu. Kerana kau adalah Gadisku. Sempurna.
Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
kau membuat diriku akan slalu memujimu
Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu
Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..
Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku
3 days ago