Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Monday, June 7, 2010

Tanggungjawab atau satu amanah?



Seharian aku menghadiri satu kursus untuk jawatankuasa Kemas di BTN, Kem Bina Negara di Meru, Klang. Kursus pembangunan komuniti ini lebih kepada meningkatkan tahap pemahaman tugas dan peranan sebagai anggota/ahli Kemas. Hurm..macamana lah aku boleh terjebak dengan agenda2 Kemas ni yer??

Tidak seperti anak sulungku, aku menghantar Amirul ke salah sebuah Tabika Kemas di Klang. Buang segala tanggapan yg kurang elok tentang Tabika Kemas, aku tetap menaruh harapan agar anakku boleh berjaya seperti kanak2 lain yang di hantar ke sekolah2 swasta. Kebetulan, `honey' pengasuhku juga bekerja di situ sebagai pembantu tabika. Sedikit sebanyak dapat membantu aku dari pelbagai segi dan kesempatan itulah aku gunakan sebaik mungkin. Tabika yang begitu berdekatan dengan rumah pengasuh juga mengurangkan rasa kebimbangan aku tentang keselamatannya pergi dan balik sekolah.

Bila dah mempunyai anak yang bersekolah di Tabika Kemas, kenalah hadir mesyuarat PIBG. Tak di duga, aku di lantik pula sebagai salah seorang AJK yang baru bagi sesi 2010/2011 untuk menggantikan AJK lama yang telah meletakkan jawatan. Tugas sebagai AJK lebih bnyak menyelenggarakan permasalahan yang timbul dikalangan murid2. Selain daripada itu, mengendalikan pelbagai aktiviti Tabika itu sendiri untuk sepanjang tahun. Rasanya tidak terlalu membebankan cuma, waktu mesyuarat tu biasanya diadakan pada waktu malam selepas waktu maghrib. Nasib baik depan tabika tu ada deretan kedai makan. Kalau masih tak kenyang dengan hidangan semasa mesyuarat, aku lebih suka melepak di kedai2 tersebut.

Kembali berbicara tentang kursus yang kuhadiri. Agak kalut juga bila memikirkan pakaian apakah yang bersesuaian untuk menhadirinya. Maklumlah, biasanya kalau pergi mana2 kursus, pasti ada etika utk pakaian. Agak2 ada aktiviti luaran ker? Hurm......sebaik sahaja tiba di lokasi, kelihatan ramai otai2 ataupun lebih mudah dikatakan, ramai yg hadir itu dari golongan orang2 lama yang kebnyakkannya terdiri daripada surirumah sepenuh masa. Dan apa yang aku tahu, mereka bukan sekadar AJK tabika kemas sahaja, malah datang dari pelbagai jawatan seperti guru malah kakitangan Kemas itu sendiri. Dan dari situ aku jauh mengenali fungsi Kemas dan apa intipati Kemas itu sendiri yang mgkn agak terpinggir kewujudannya dari pandangan masyarakat dewasa ini. Mampukah membuang tanggapan negatif mereka yang selalu memandang rendah tentang kapabiliti tabika Kemas?

Seiring dengan perubahan waktu, banyak perkara yang menyumbang kepada perubahan taraf pendidikan di tabika Kemas. Kalau semasa kecilku dulu, orang selalu beranggapan bila bersekolah tabika kemas, hnya semata2 menyanyi dan makan2. Tapi, persepsi masyarakat perlu di ubah. Guru2 yang mengajar di Tabika kemas juga cukup bertauliah dan bukan sekadar tangkap muat. Pastinya mereka terdiri dari yang terlatih dan berpengalaman. Mereka ada syllybus mereka sendiri dengan menggunakan kurikulum prasekolah kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Apabila tiba waktu cuti persekolahan, guru ini akan mengisi waktu dgn kursus yang disediakan oleh pihak Kementerian.
Bukan mudah untuk mengajar kanak2 kecil. Kalau tanggungjawab itu diberikan kepada kita belum tentu dapat untuk melaksanakan dengan sebaiknya.

Setiap tabika juga ada menghantar wakil masing2 untuk aktiviti seperti hari potensi dan tokoh kanak2. Amirul merupakan antara pelajar yang terlibat dalam acara hari potensi bagi peringkat daerah Klang. Walaupun hanya mendapat saguhati, namun penyertaannya cukup membuktikan kepada aku tentang perubahan yang cuba di ketengahkan oleh pihak kementerian kepada masyarakat sekeliling.

Penglibatan semua lapisan masyarakat menarik minat aku tentang Kemas. Ketika aku diperkenalkan dengan rakan2 sekursus, banyak yang aku tahu tentang Kemas yg penuh dengan pelbagai aktiviti terutama bagi golongan wanita khususnya dalam usaha menjana ekonomi keluarga. Peluang untuk belajar memasak, menjahit dan kraftangan juga di dedahkan. Itu belum lagi dengan kursus2 yang disediakan bagi meningkatkan hubungan dan juga kemahiran bagi individu itu sendiri. Aku cukup tertarik. Tentu bnyak perkara yang boleh aku pelajari di sini, selain dari penglibatan aku dgn masyarakat secara tak langsung.

Selaku AJK Tabika kemas, sekalung ucapan terima kasih kerana mmberi peluang terlibat dalam agenda ini dan turut melibatkan aku dalam apa2 kursus yang disediakan. Sekurang2nya aku dapat mengenali dunia luar yang selain dari bidang tugas di tempat kerja. Pasti kehidupan ini lebih menarik lagi dengan aktiviti2 sedemikian. Malah dapat berkenalan dengan ramai lagi orang2 di luar sana.

Hati itu umpama kaca...jangan biar ia retak, Akal itu umpama air..jangan biar ia kering, Iman itu umpama debu..jangan biar ia hilang dan persahabatan itu pula umpama tali....jangan biarkan ia putus..maka erat2kanlah silaturrahim sesama insan...yang jauh kita dekatkan dan yang dekat kita rapat2kan.....

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.