" Sesungguhnya bapa mempunyai hak yang mesti ditunaikan oleh si anak, begitu juga hak yang mesti ditunaikan oleh si bapa......Hak bapa dari anak ialah mentaatinya dalam semua perkara kecuali maksiat kepada Allah s.w.t. Hak anak dari bapa pula ialah memberikan nama yang baik, memberi nafkah,membentuk peribadinya supaya berakhlak baik dan mengajarnya Al-Quran "
Pada 20 Jun 2010, Ahad yang lepas, seluruh dunia meraikannya. Pasti tercatat di kalendar tahunan. Ia merupakan satu hari cuti sekular yang bermula pada awal abad ke-12 sebagai tanda penghormatan dan penghargaan terhadap insan yang digelar bapa.
Ayah..abah...babah...papa...daddy...abi..dan biar apapun panggilan yang diberi namun insan bergelar bapa ini turut sama diberikan pengikhtirafan setaraf ibu. Sayangkn anak tinggal2kan. Pengorbanannya membanting tulang, mencari rezeki tanpa mengira masa demi keluarga tercinta. Tiada tandingan. Tak mmpu kita sebagai anak untuk membalasnya. Pengorbanannya tidak harus di pndang sepi kerana peranannya semakin mencabar berbanding dahulu. Tenaga yg dicurahkan dan wang yg dibelnjakan utk keluarga adalah sedekah. Balasan pahala amatlah besar. Ia sebahagian drp jihad dalam mnjadi satu ketua pemimpin keluarga. Seorg bapa perlu bersikap rasional bukan emosional. Kematangan seorang bapa, mampu mewujudkan keharmonian sesebuah keluarga.
Bila bercerita tentang bapa, aku teringat tentang bapaku. Kuat bekerja. Tak cukup kerja kerajaan sebelah pagi, petang dia akan bertungkus lumus di kebun yang tidak jauh dari rumah. Dengan hanya basikal tua, dia terus mengayuh dengan gagah agar segalanya cukup sempurna buat keluarga tercinta. Ketika itu hanya bapa seorang yang bekerja demi adik beradikku yang seramai 8 orang. Masing2 memerlukan perhatian. Perlukan pembiayaan agar terjamin masa depan. Apabila seorang2 memijak menara gading, maka semakin meningkat keperluan hidup. Semua bapa lalui dengan semangat. Tak pernah mengeluh. Walaupun bapa cukup tegas dan garang dalam mendidik kami adik beradik, namun terselit kelembutan. Sesekali ada gurau senda yg bermain di mulut tuanya.
Kini baru ku mengerti, setelah kedewasaanku dan mempunyai keluargaku sendiri. Mendidik anak juga terpikul bawah tanggungjawab bapa. Bapalah nakhoda kapal. Kalau tersilap haluan. Tersalah kemudi. Maka karamlah kapal. Ilmu agama yang di terapkan mnjadi satu amalan dan tiang buat pendinding diri ketika meniti kedewasaan. Itulah ilmu buat bekalanku dan adik beradikku semua. Alhamdulillah...Memang diakui bapa kurang rapat dengan kami adik beradik. Mungkin kerana ketegasannya buat kami gerun dengan bapa. Sebalik dari semua itu, kami jadi anak2 yang patuh. Tidak melawan, apatahlagi menjawab. Pantang orang2 tua bila anak2 mencelah atau menjawab ketika orang tua berbincang. Nak pasang telinga pun takut. Jadi, kalau nak bermain jauh2. Duduk pun jauh2. Aku pasti jika anda lahir ketika zaman2 dahulu pasti anda tahu bagaimana sifat bapa2 dahulu. Sukar dilihat kasih sayangnya dengan mata tapi dapat di teliti dari sudut hati. Itulah bapa.
Tapi zaman telah berubah. Sikap bapa sekarang bnyak terbuka. Ada sesetengahnya yang perhubungan seperti kawan rapat. Tak dapat di sangkal lagi. Apapun peranan mereka terlalu besar buat kita kita semua. Buat bapaku...semoga dirimu kan terus tabah dalam meniti usia emasmu. Pastinya anak2mu akan mendoakan kesejahteraan kesihatanmu. Kerana kami adalah anak2mu.
Buat suamiku. Buat rakan2ku, maupun saudara lelakiku dan sesiapa sahaja yang bergelar bapa. Jadilah bapa yang terbaik. Kerana bapa adalah ketua pemimpin dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Laksanakan dengan penuh tggjawab. Keimanan dan ketakwaan. Moga sejahtera hendakNya..amin. Tidak terlewat jika kukatakan SELAMAT HARI BAPA
Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu
Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan
Kau pendorong bukanlah pendesak apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak apalagi rasa terdera
Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa
Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..
Related Articles :