Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Friday, June 4, 2010

Tekanan darah rendah



Tekanan Darah Rendah
Kita sering sangat mendengar penyakit tekanan darah tinggi, pernahkah anda mengetahui mengenai tekanan darah rendah..mungkin tekanan rendah tidak dikhutir sangat sehingga kita jarang mendengarnya. saya mengetahuinya kerana saya salah sorang yang sering mengalami tekanan darah rendah.. disini saya ingin kongsi sedikit maklumat mengenai tekanan darah rendah

Apa itu Tekanan Darah Rendah ?
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, shingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Faktor yang mempengaruhi tekanan darah
Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-
usia
aktiviti seharian
perasaan
ubatan
pendarahan
infeksi

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-

stroke
penyakit jantung
penyakit pada mata
pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah

Gejala Tekanan Darah Rendah
Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-

cepat lelah
pening kepala ketika posisi badan berubah terutamanya semasa ingin bangun berdiri dari tempat duduk
sukar untuk berkonsentrasi
mata berkunang-kunang
mual
kulit berasa dingin, pucat dan lembap
pernafasan cepat dan pendek
defresi
berpeluh dengan melampau
cepat haus
kelihatan pucat
berasa ingin pitam
kekurangan tenaga

Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.

Tekanan darah terlalu rendah menyebabkan

pening dan pingsan
menjadi indikasi adanya kerosakan jantung, endokrin, maupun saraf
menyebabkan otak dan organ-organ tubuh kekurangan oksigen dan nutrisi penting lainnya, sehingga tubuh menjadi terkejut dan akhirnya dapat mengakibatkan kematian.

Penyebab Tekanan Darah Rendah
Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara,iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-

Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
keadaan otot yang lemah
Langkah yang perlu diambil oleh penderita tekanan darah rendah
Minum banyak air putih dan mengurangi alkohol
Alkohol, meskipun diminum dalam jumlah sedikit, akan membuat tubuh menjadi dehidrasi yang mengakibatkan tekanan darah menurun. Minum cukup banyak air akan mencegah dehidrasi dan meningkatkan volume darah dalam tubuh.

Menjalani pola makan dengan gizi seimbang
Nutrisi yang diperlukan tubuh dengan cara memakan berbagai variasi makanan seperti biji-bijian, buah-buahan, sayur, daging, ikan, dan ayam dengan kandungan gizi yang cukup dan seimbang

Melatih tubuh untuk lebih hati-hati dalam bergerak
Biasanya rasa pening ringan?akibat tekanan darah rendah terjadi ketika kita berpindah posisi, misalnya dari posisi tidur ke berdiri. Sebaiknya pada posisi tersebut, jangan terus berdiri dari tempat tidur di pagi hari, bernafaslah dalam-dalam selama beberapa minit dan duduk pelan-pelan sebelum berdiri. Tidurlah dengan posisi kepala yang diganjal dengan bantal sehingga kepala terangkat sedikit untuk memerangi kesan grativiti. Atau letakkan satu kaki di atas bantal dan condongkan tubuh sejauh mungkin?untuk mendorong darah mengalir dari kaki ke jantung.

Kurangkan makanan karbohidrat
Agar tekanan darah tidak turun secara dratik setelah makan, makanlah dalam kuantiti yang kecil tetapi sering. Kurangkan makanan berkarbohidrat tinggi seperti kentang, nasi, pasta dan roti. Minumlah kopi dan teh untuk meningkatkan tekanan darah secara sementara, namun waspadalah dengan kandungan kafein yang terdapat dalam kopi.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.