Seorang ulama yang angkuh berlayar dengan perahu.
"Pernahkah engkau mengkaji kitab-kitab, saudaraku?"
Dia bertanya kepada tukang perahu.
"Tidak."
Muncul jawapan yang agak memalukan.
"Kalau begitu hidupmu sampai sekarang telah sia-sia."
Kata sang ulama itu.
Tiba-tiba, pusaran air menarik perahu itu ke dalam arusnya.
"Pernahkah Anda belajar berenang Tuan?"
Tanya tukang perahu.
"Tidak. Aku tidak ada masa untuk senang-senang sebegitu."
Jawab ulama itu.
"Kalau begitu, hidup Anda sejak sekarang telah pun sia-sia, kerana kita akan tenggelam."
صلوا على النبي و اله
اللهم صل على محمد و ال محمد
3 days ago