Kenapa Ubi Kentang Baik Untuk Kesihatan Anda? Khasiat ubi kentang yang cukup terkenal dengan julukan kacang bumi ini seringkali mengisi menu enak di restoran makanan segera, lantas membuatkan ramai beranggapan ia musuh diet yang patut dijauhi. Benarkah ...begitu?
MITOS TINGGI LEMAK
Di sebalik gaya masakannya yang begitu versatil, ubi kentang turut berdepan krisis imej yang besar. Ramai yang beranggapan kentang mampu menggemukkan badan pabila melihatkan menu-menu tidak sihat seperti ‘french fries’, ‘potato chips’, kentang bakar dan sebagainya. Namun begitu, kentang sebenarnya cukup berkhasiat, malah turut tergolong sayuran yang bebas lemak. Yang membezakan nutrien dari hidangan berasaskan kentang hanyalah dari bagaimana cara anda menyediakannya.Senipis-nipis kulitnya, disitulah tersembunyi nutrien penting untuk kesihatan. Jadi, usah dikupas kulit kentang, tetapi pelbagaikanlah gaya masakan anda seperti memanggang, melenyek, merebus, stim dan gril kerana ia begitu enak dimakan begitu sahaja.
TIP MEMILIH KENTANG
-Pilih yang berbau harum.
-Elakkan yang sudah ditumbuhi ‘mata’ atau berwarna hijau kelebaman.
-Carilah kentang segar dengan kulit yang tipis.
-Simpan kentang di tempat yang sejuk, gelap dan kering, sebaiknya di dalam beg kertas serta jauh dari simpanan bawang-bawang.
-Cahaya mentari mampu membuatnya bertukar kehijauan, manakala suhu di dalam peti sejuk menukar kanji kentang kepada gula.