Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Friday, June 4, 2010

Jangan Bersedih



Jangan Bersedih
Jangan bersedih setiap musibah pasti ada jalannya. Saya ada satu buku jangan bersedih yang dikarang oleh Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni. M.A. Buku yang saya beli tu warna kuning, kulit biasa jak, penterjemahnya saya dah lupa. Buku ni kira motivasi berdasarkan islam, ketuhanan dan keadaan sekeliling.
Hidup kita sentiasa ditimpa dugaan, yang bezanya besar atau kecil masalah dan dugaan tersebut. Setiap manusia tidak akan dapat lari dari perasaan sedih, marah dan benci. Tapi haruskah kita untuk hidup dalam keadaan begitu seumur hidup. TIDAK! Kita hidup untuk mencari keredhaan Allah, dan berbahagia dengan kehidupan kita, selagi kita tidak melanggari batas2 dan larangan-Nya.


Dulu saya cepat marah dan rasa sedih, satu ari ni saya terbaca buku ni yang dipinjam dari library oleh kawan saya. rasa syok plak buku ni, membuka minda saya untuk berfikir dan bersyukur. Pastu saya plah cari buku ni d kedai dan membelinya. saya mula membaca buku ini, dan saya terasa bersemangat bila membacanya, banyak pengajaran yang diselitkan. Setiap kali saya marah atau sedih saya akan membaca buku ini, bila membaca buku ini saya akan ingat kepada Allah, dan perasaan kembali tenang. Kita bersedih dan diberi ujian kerana Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita, sejauh mana kita redha di atas ujian-Nya, dan sejauh mana kita mampu menjadi seorang hamba yang taat kepada-Nya. Bila kita bersedih kita akan ingat pada Allah dan akan mendekatinya, itu yang seharusnya bukannya bertindak menurut kata hati sehingga ingin melakukan perkara yang bukan2. Jika anda menyesal atas perbuatan anda, dan terasa anda tiada guna untuk hidup, maka berfikirlah kembali. Saat kita rasa kita tidak punya sesiapa, tapi Allah sentiasa ada untuk kita, sentiasa menerima kita, jika kita benar2 ingin berubah dan bertaubat.


Hidup tidaklah seindah yang diimpikan, tapi hidup boleh menjadi indah jika kita mensyukuri segala apa yang ada pada kita. Hidup bukanlah senang sentiasa, tapi kita tidak harus hidup dalam kesusahan. Tanggisan boleh, tapi jangan hingga melemahkan semangat diri kita. Jadi klu mau bersedih, janganlah ikut kata hati ;).

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.