"Benci.....". Satu lontaran rasa yg pedihnya rasa berapi. Satu p'kataan yg m'zahirkan remuk dendam dihati. Ia m'wakili getir k'marahan b'api yg kini padam sepi. Ia m'gambarkan harapan tinggi yg kini telah basi. Ia m'rupakan kemuncak gelora hati yg masih b'darah lagi. Ia hanya m'sahkan seketika dulu, rindu padanya pernah b'takhta disini.
Namun, sampai bila benci dibiarkan b'raja dihati. Kapan, adakah perlu hingga dikau mati? Adakah dikau ikhlas anggap tindakan mu itu b'baloi? Setelah apa yg dihrp tak m'jadi, haruskah diri mu sendiri disengsarakan sesuka hati? Justeru, kenapa dibiarkan ianya m'nutup wajah mu yg sebenar, tanpa dikau sedari.
Hanya Dia yg lebih Mengetahui ttg Apa & Siapa yg t'baik utk dikau miliki. Tiba saat & tikanya, apa jua yg dikau miliki, pasti akan b'lalu pergi. Ianya adalah sunnatullah yg dikau perlu akui. Samada dgn redha atau marah b'api. Ianya pasti t'jadi. Yg telah b'lalu, biarkan ia/dia pergi. Usahlah dikau b'kecil hati. Tanpa subur perasaan benci.Tanpa rasa ingin b'musuhan & b'kelahi.
Yakinkan diri mu, apa/siapa jua yg sudah b'lalu pergi. Yg lebih baik pasti sdg m'nanti. Selagi dikau belum pasti, usahlah subur rasa benci. Karena yg m'merhati pasti m'yedia yg t'baik sebagai ganti. Meskipun ianya, bukan 100% gerenti sebagaimana citarasa hati. Tapi, dgn redha & b'lapang dada pd yg pergi, akan terbit sabar sejati. Pasti jiwa mu tenang kembali. Lantaran, kasih sayang nan ikhlas kini m'rajai sanubari.
Kasih sayang adalah sebaik penawar kpd benci yg m'jadi barah dihati. Hanya kasih sayang yg mampu m'gembalikan sanubari mu pada jalan hakiki. Lantaran, dari sisi-Nya jua terbit kasih sayang ini. Sebagaimana yg t'tera pd asma-asma-Nya yg suci. Allah sendiri ada m'negaskan sesiapa benci b'jumpa dgn-Nya, org itu tak kan dpt b'jumpa selama-lamanya dgn-Nya kerana Dia juga akan benci. Alangkah rugi tidak t'peri, dikemudian hari Neraka menanti.
Namun, jk benar kamu perlu m'benci. Bencilah kerana Allah, sebagaimana dikau cinta kerana Illahi. Tanpa nawaitu kepada-Nya, benci itu tak b'erti, kerana syaitan jua yg akan m'rajai hati. Benci & cinta kerana Allah, adalah gambaran betapa mekar iman dihati. Kata bbrp org ulama lalu, Iman itu adalah antara Cinta & Benci.
Hayati firman Allah dlm surah Al-Hujuraat-49 : ayat-7 sebagai panduan "......akan tetapi Allah menjadikan Iman suatu perkara yang kamu Cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu Benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus."
Rasulullah saw pula ada bersabda, ”Wahai hamba Allah! Cintailah (seseorg) kerana Allah, dan bencilah kerana-Nya. Tolonglah (seseorg) karena Allah dan perangilah kerana-Nya. Sesungguhnya seseorg tidak bakal m'dapatkan p'tolongan Allah kecuali dengan melakukannya. Dan seseorang tidak akan m'rasa nikmat keimanan solat dan puasanya sehingga dia sendiri berbuat demikian."
Jadi, ketuk pintu hati mu, masih perlukah benci hadir disitu ?
3 days ago