Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Friday, June 11, 2010

Perjalanan Kenangan


Pagi ni pergi kerja menggunakan perkhidmatan awam, LRT (Transit aliran ringan) lagi. Kemana? S.Alam ada LRT ker? Hehe...aku ke HQ di kampung Baru, KL. Aku bukan nak cerita tentang meeting aku di HQ, tapi aku sekadar nk berkongsi cerita tentang Kg Baru. Bila kena pergi KL, aku lebih suka menggunakan perkhidmatan awam dari membawa kenderaan sndiri. Selain dari tak biasa dengan laluan2 di sana, masalah nk parking dan masalah traffic jam membuatkan aku memilih perkhidmatan awam. Itulah aku.

Sewaktu mula2 join dengan syarikat aku bekerja sekarang ni, lebih sebulan jua aku berulang alik dari rumah ke KL. Hurm...memang meletihkan. Seawal pukul 6 pagi aku dah berada di dalam komuter menuju ke KL Central. Kemudian aku perlu menaiki monorel dan berhenti pula di stesen Jalan Chow Kit, tidak berapa jauh dengan HKL. Menapak sepnjang deretan kedai2 depan HKL ambik masa dalam 20 minit, barulah aku smpai ke HQ. Okeylah kan. Exercise waktu pagi dan petang. Kalau silap time, sure aku akan lewat smpai di pejabat. Sampai rumah jgn cakaplah, pukul berapa. Tnyalah orang2 yg bekerja di KL tapi tinggal di Klang, S.Alam ataupun lebih jauh lagi dari itu, pasti tahu jawapannya. Kalau komuter buat hal, mahu sampai rumah hampir tengah malam. Aduh.....begitulah dugaannya. Mujur sebulan cuma. Tapi syukur, bila aku ditempatkan di kawasan S.Alam, akhirnya. Cuma sesekali rindu pula dengan suasana KL. Biasalah, bak kata pepatah, `pahit, manis akhirnya.' Eheh !!

Pernah aku menghadiri kursus selama sebulan di HQ. Melalui seorang sahabat yang juga berulang-alik dari S.Alam ke HQ, aku mula bertukar laluan mengikuti gerak langkahnya. Aku hanya perlu menaiki LRT di Asiajaya dan terus berhenti di Kg Baru. Kebetulannya, stesen Asiajaya ini tidak jauh dgn pejabat suamiku, maka tidaklah sukar utk aku mulakan perjalanan dari LRT Asiajaya. Banyak masa yang aku dapat jimatkan tnpa perlu singgah KL Central. Malah lebih cepat tnpa komuter yang jauh lebih lmbat dari LRT. Dengan LRT dari Asiajaya ke Kg Baru hnya mengambil masa dalam 1/2 jam sahaja. Terima kasih sahabat !!

Masa ni, aku betul2 menyusuri depan dan belakang rumah penduduk Kg Baru. Masih exercise jugak tapi mengambil masa mgkin dalam 10 minit bergantung dgn gaya kita berjalan. Bila lalu di kawasan ini, segera mengingatkan aku tentang kampung. Unikkan? Bagaimana sebuah kampung boleh ada di tengah2 kotaraya. Satu penempatan orang melayu yg sangat signifikan bagi warga kota dan sangat dekat di hati melayu, walaupun di himpit dengan rentak kemajuan dan arus pemodenan serta pelbagai bngunan pencakar langi dan mercu tanda moden seperti KLCC. Suasana beginilah yang menambahkan keunikannya sebagai sebuah kampung yang tebal dgn budaya dan tradisi melayu di ibu kota.


Dan hari ini, aku mengambil LRT dari Asiajaya dan berhenti di Kg Baru lagi. Tapi laluan menyusuri rumah2 penduduk situ dah kena block, tapi masih kelihatan rumah2 kampung dan masjid jamek yg tersergam unik. Aku lebih bnyak menyusuri gerai2 dan kedai makan yang berderet di sepnjang jalan. Itulah laluan yang paling dekat. Tak perlu nak pusing2. Semua tu pun guide dari kawan2. Tanpa mereka mahu aku jauh berjalan untuk ke pejabat. Berpeluh2 juga.

Kampung Baru? Serba ringkas bagi yang tak tahu sejarahnya, ia merupakan kawasan perkampungan Melayu moden yg berada di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan pada 1900 oleh kerajaan negeri2 melayu bersekutu dan negeri Selangor semasa rancangan pembangunan semula K.Lumpur dari sebuah kampung lombong timah kepada sebuah bandar utama. Ia juga terbina dari 7 buah kampung.

Ia juga dikenali sebagai syurga pusat makanan. Terdapat banyak gerai2 makanan yang enak2 di bina di sekitar perkampungan ini. Segala2nya ada di sini dengan harga yang berpatutan. Anda takkan mati kelaparan bila berada di sini. Nasi lemak antarabngsa merupakan antara kedai yang tersohor di sini dan mula membuka cawangannya di tempat2 lain. Bila bulan puasa, ada bazar ramadhan yang sedia menanti anda. Sediakan duit, anda boleh buat pilihan menu yg anda suka. Terdapat juga gerai2 yang di buka di hadapan masjid Jamek terutama pada hari Jumaat. Pastinya, urusan jual beli ini khusus untuk ahli2 masjid yg bersolat jumaat. Percayalah, anda akan terasa berada seperti di kampung anda sendiri bila berada di Kg Baru.

Bila merentasi perkampungan ini, aku akan bertemu dgn beberapa rumah2 kayu yang terbina cantik dan masih kekal, utuh dengan ciri2 tradisional rumah2 kmpung. Itu yang menarik minat aku tentang Kg Baru. Sesuatu keunikan yang patut di kekalkan. Dalam diam, aku merasa bangga yang teramat sangat bila melihat perkampungan ini. Penduduk2nya juga cukup ramah. Setiap kali aku melalui jalan2 tersebut, pasti ada yang menghulurkan senyuman dan bertegur sapa terutamanya golongan orang2 lama. Nilai2 kampung melayu memang cukup kuat di sini. Sayu hati seandainya Kg Baru ini tiada lagi. Hilanglah salah satu keunikan Kuala Lumpur.

Harapanku, biarlah kampung ini kekal dan terus wujud sehingga bila2 pun. Ia juga boleh menjadi salah satu faktor komersial seperti pelancongan yang menjadi mercu tnda nilai sejarah dan tradisi rakyat Malaysia. Sesungguhnya, sesuatu yang unik itu perlu di kekalkan. Lihat sahaja bagaimana Thailand masih mengekalkan pasar di sepnjang sungai dan pasar yang di bina di landasan keretapi, walaupun di buru arus pemodenan. Mengapa tidak kita? Pasti generasi akan datang akan terus menghargainya kerana kebijaksanaan kita pada hari ini.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.