Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Friday, June 4, 2010

Apa itu Migrain/Sakit Kepala



Argh Magrain…
Sapa antara anda yang menghidapi atau pernah mengalami sakit kepala yang dikenali sebagai migrain? Saya memang salah seorang penghidap penyakit magrain ni..huh memang payahlah klu penyakit ni datang..bila datang sakitnya, aduh tak dapat buat keja.. yang mampu dibuat hanya terbaring, pejam mata, dan berada di tempat sunyi.. klu boleh nak tido jak, biar tak rasa sakit.. tapi yang tak syoknya bila sakit datang ditempat keja.. terpaksalah tahan.. dahlah keja saya ni memang banyak guna otak.. teringat kata kawan baik saya, da keja ko tu memang menyakitkan kepala, kena fikir selalu.. apalagi bila dkt dateline hantar projek huhu.. tapi kadang2 tak buat keja, bosan yang memanjang pun buat migrain juga..huh

Apa itu Migrain?
Mungkin ada yang tahu, dan ada yang kurang tahu.migrain sering kali dikaitkan dengan sakit kepala.. itu sesuatu yang umum diketahui.
Migrain
Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas.
Punca sebenar tidak diketahui dengan jelas tapi di percayai berlaku akibat kelainan/perubahan salur darah di dalam otak yang sebabkan rembesan bahan kimia tertentu dan gangguan system saraf autonomik.
Sakit dirasai di sebelah bahagian kepala sahaja pada satu-satu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.
Migrain terbahagi kepada dua jenis iaitu migrain yang wujud bersama aura dan migrain tanpa aura.
Aura ialah perasaan ataupun fenomena yang subjektif dialami individu sebelum mendapat serangan penyakit. gejala seperti
pandangan menjadi kabur dan nampak garisan seperti zig-zag ataupun gelombang seperti situasi yang dialami apabila berada di tengah jalan dalam cuaca panas terik.
penglihatan pesakit juga terhalang dan keadaan menjadi lebih teruk apabila pesakit tidak dapat melihat buat sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai skotoma.
mengalami kebas sebelah tangan ataupun lemah anggota badan, terutama kaki dan tangan.
Aura selalunya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam. Pesakit kadangkala mendapat migrain selepas satu hari mengalami aura.
Ada juga yang tidak mengalami aura dan terus mendapat migrain.
Sakitnya berdenyut-denyut dan selalunya berlaku secara perlahan-lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama.
Sebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut , biasanya di bahagian kepala yang sama, berulang ulang disertai rasa loya, terlebih sensitif dengan bunyi dan cahaya dan juga gangguan pandangan.
Sakit mungkin menyerang sekali dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan. Migrain biasanya berlarutan selama beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari.
Sakit yang mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alkohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan seringkali disertai rasa loya dan muntah-muntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini. Sakit ini juga boleh berlaku semasa haid.
Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap migrain.
factor pencetus ni berlainan anatar individu..ada yang tak boleh minum kopi..ada yang tak boleh minum coklat..ada yang tak boleh kena silau.Antaranya

Factor persekitaran- cuaca sejuk/panas, ketinggian, perubahan zon masa
Factor makanan-makanan ada kafein-coklat,kopi, MSG..makanan ada nitrate banyak dalam makanan *siap proses/dalam tin
Glare- cahaya silau
Stress, kurang rehat, kurang tidur. Lapa
Perubahan hormone pada perempuan. – Sebelum atau selepas datang haid
Ubat-ubatan
Cara mengelakkan atau mengurangkan sakit magrain
Elakkan minum minuman yang mengandungi cafein
Elakkan terkena cahaya silau, dan panas berpanjang
Berehat dan tenangkan fikiran
Melakukan senaman ringan
Perhatikan ubat yang diambil,jangan mengambil ubat sembarangan
Apa yang dinyatakan diatas adalah serba sedikit maklumat mengenai penyakit magrain.. harap anda mendapatmanfaat melalui maklumat tersebut..

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.