Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Tuesday, August 31, 2010

Jangan Jadikan Merdeka Satu Sejarah


Masih lagi di bulan2 kemerdekaan walaupun 31hb Ogos baru sahaja berlalu. Namun 31 Ogos itu akan kembali lagi dan akan terus kembali. Bukan setakat untuk meraikannya setiap tahun tetapi dengan doa dan harapan semoga tarikh itu akan tetap kita ingati sampai bila2 selagi masih ada jiwa2 merdeka dan semangat untuk terus mencintai tanahair.

Subjek kegemaran aku Sirah ataupun dikenali dengan Sejarah. Kenapa sejarah ? walau pada hakikatnya, ramai sahabat2 aku yang cukup tidak menggemarinya kerana terlalu banyak fakta yang perlu kena ingat terutama tentang tarikh dan peristiwa. Nak tahu apa itu sejarah?

Mengikut pandangan "Bapa Sejarah" Herodotus, Sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban. Aristotle pula mendefinisikan bahawa Sejarah merupakan satu sistem yang mengira kejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama, Sejarah juga adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh.

Tanpa sejarah kita takkan mampu meneroka masa depan kerana sejarah yang mengajar kita untuk terus mara melalui penambahbaikan kisah2 silam. Perumpamaan ada mengatakan, sejarah mengajar kita agar menjadi lebih dewasa.

Manakala erti kemerdekaan menurut kamus dewan adalah bebas drpd penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pd yg lain. Kemerdekaan itu sendiri menggambarkan keadaan
merdeka atau kebebasan. Kebebasan bersuara. Kebebasan dalam apa jua keadaan dalam suasana aman dan damai, namun masih di bawah lunas2 apa yang termaktub dalam Rukunegara.

Merdeka berkait rapat dengan sejarah. Pembebasan dari penjajahan asing. Mempunyai negara yang bebas merupakan erti sebuah kemerdekaan. Secara khususnya, kemerdekaan Malaysia pada tanggal 31 Ogos 1957 memberi maksud kebebasan Tanah Melayu yang mampu memerintah sendiri tanpa sebarang penjajahan asing dari segi fizikal mahupun mental.

Kepentingannya, bila kita kembali kepada Rukunegara. Segala2nya ada di situ. Mungkin kerana longgarnya penghayatan, maka berlakulah kecelaruan sosial, kecelaruan minda atau tidak boleh berfikir dgn sempurna. Pelbagai gejala negatif yang terjadi akibat keruntuhan moral kerana nipisnya rasa tanggungjawab mahupun sikap saling menghormati sesama insan. Semua kerana emosi yang menguasai diri. Mengikut kata hati. Malah merasa masing2 lebih hebat dari orang lain. Tanpa disedari semua ini memburukkan imej negara. Dan peliknya, dalam kita meraikan ulangtahun kemerdekaan yang ke-53, ada negara yang sanggup menghina dgn membakar dan memijak jalur gemilang yang menjadi kebnggaan kita semua. Sedihnya. Bukankah kita serumpun dan sebngsa?

Bila bercerita tentang kemerdekaan, dari saat kecil sehingga kini, bersama masa aku melihat setiap kali ulangtahun kemerdekaan di kaca tv. Perbarisan dan perhimpunan meraikan kemerdekaan. Kemudian disajikan dengan filem/drama patriotik bagi menambahkan perasaan cintakan negara. Itu belum lagi dengan lagu nyanyian Allahyarham Sudirman yang sentiasa segar. Tapi adakah kita dapat menilai disebalik perbarisan kemerdekaan itu. Adakah aku jua tahu disebalik hasil kebebasan yang aku perolehi hasil jerih perih orang2 terdahulu dalam mempertahankan negara. Mengalir darah menyembah bumi.

Dari kisah kejatuhan Melaka 1511, negara kita terus di jajah. Beratus2 tahun kita dijajah. Mental mahupun fizikal. Maka wujudlah pejuang2 bangsa seperti Leftenan Adnan yang gugur sebagai wira di medan perjuangan. Semuanya menentang penjajahan demi erti sebuah kemerdekaan. Adakah kita hnya membaca semua fakta2 ini semata2 untuk lulus dalam peperiksaan. Tiadakah penghayatan yang selalu diharapkan agar kita dapat belajar dari sejarah.

Filem2 patriotik yang disajikan di kaca tv, ada peranannya, khususnya, Bukit Kepong, kita sering merasa sakit hati bila melihat ada bangsa kita yang berfahaman komunis terlibat dalam peristiwa berdarah bukit kepong. Bukankah anggota polis itu darah melayu yang sebangsa dan seagama dengan mereka tetapi mereka menghalalkannya untuk dibunuh kerana tidak dibawah satu fahaman ideologi? Apakah perkara ini akan terjadi lagi pada hari ini di mana bangsa yang seagama kita itu adalah musuh kita yang perlu kita lenyapkan semata2 berlainan ideologi ?

Usahkan bangsa kita malah bngsa lain turut membunuh bngsa mereka sndiri kerana perbezaan ideologi tersebut. Apakah satu hari nanti generasi pewaris bngsa kita akan menonton kisah kehidupan yang sama dan tidak ubah seperti kisah bukit kepong ini?
Jika benar, aku pasti, sorakan dari kemenangan mereka itu pada hakikatnya, mereka telahpun menjadi kuda tunggangan yang dipergunakan utk menjahanamkan bngsa sendiri demi tamakkan kuasa dan harta.

Wujudnya bngsa kita pada hari ini kerana `bersatu'. Bercakaran pasti kita akan musnah. Musuh kita tidak perlu membunuh kerana kita lah yang membunuh bngsa kita sendiri. Janganlah mnjadi pembelot bangsa.
Sayangilah negara. Cintailah kedamaian dan marilah kita hayati erti kemerdekaan itu. Marilah kita tanamkan rasa saling hormat-menghormati Jangan jadikan merdeka itu satu sejarah. Pastikan kita mengekalkan kemerdekaan itu untk diwarisi kepada generasi yang seterusnya..

p/s : 16 september (satu lagi hari yang diistiharkan sebagai cuti umum sempena hari pembentukan Malaysia)....


Perkahwinan SM Nasarudin


KUALA LUMPUR - Selepas lima tahun bercinta, pengacara E! News Asia, Marion Rose Caunter, 30, semalam mengesahkan akan berkahwin dengan kekasihnya yang merupakan anak tokoh korporat Allahyarham Tan Sri Nasamuddin SM Amin, SM Nasarudin, 27, pada Disember ini.

Marion yang berdarah kacukan Inggeris, Portugis dan Cina bagaimanapun masih berahsia mengenai tarikh sebenar perkahwinan mereka.

"Ya, kami akan berkahwin pada Disember ini. Bagaimanapun, saya minta maaf kerana tidak dapat memaklumkan tarikh pernikahan kami lagi, tunggu masa yang sesuai nanti," katanya ketika dihubungi semalam.

Pengacara lulusan Universiti Marquette di Milwaukee, Amerika Syarikat itu memberitahu, hubungannya dengan Pengerusi Eksekutif Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza itu sudah mendapat restu keluarga.

"Kami sudah lama berkawan dan tahun ini adalah tahun terbaik untuk kami bernikah," katanya.

Dipetik dari Kosmo bertarikh 31.08.2010

p/s : semoga selamat melangsungkan perkahwinan...agak2 ada tak majlis resepsi untuk staff2 ?? hehe....


Monday, August 30, 2010

Masih Belum Terlambat


Hati seorang ayah benar-benar terluka. Petang itu dalam perjalanan pulang dari kerja, ketika seluruh tubuhnya terasa remuk dibedal beban tugas seharian, pihak sekolah anak lelakinya menelefon, meminta dia segera bertemu guru disiplin sekolah.

"Encik, anak encik terpaksa kami buang dari sekolah ini
kerana masalah disiplin yang amat serius."
Ujar guru disiplin didalam bilik kaunseling yang sunyi tetapi patah bicara itu seperti bunyi letupan yang sangat membingitkan.

Kemudian dari itu dia tidak mendengar apa-apa. Dia hanya melihat kumat-kamit bibir guru disiplin membentangkan satu persatu kesalahan anaknya, sedang fikiran telah melayang ke ruang gempita penuh aib. Rasa malu, marah dan kecewa bergumpal dalam rongga dada. Muka terasa panas, arang hitam seperti tertempel di segenap ruang wajah.Tiada rayuan dibuat dan anak dibawa pulang.

Atas kekecewaan yang memuncak, dia suami isteri membuat keputusan untuk menghantar anaknya ke sebuah sekolah Tahfiz Al-Quran jauh di luar bandar. Biar anak jauh dari hangar kota, jauh dari rumah, jauh dari masakan ibu, biar jauh dari segala-galanya. Biar dia rasakan!

Pada hari anak di hantar ke asrama baru itu, tanpa mahu menoleh pada wajah, anak ditinggalkan. Dia tidak mempedulikan perasaan anaknya kerana perasaannya sendiri sarat dengan rasa kesal dan kecewa yang berlubuk.

Pada setiap bulan, dia akan ke sekolah anaknya yang jauh di luar bandar untuk membayar yuran tetapi dia tidak mahu berjumpa dengan anaknya. Itu muktamad darinya. Dia penat dan serik menaruh harapan pada anaknya.

Sehinggalah lapan bulan berlalu ketika dia menjelaskan bayaran yuran seperti biasa dan ingin berangkat pulang, seorang guru datang kepadanya dan meminta agar dia bertemu anaknya.
"Encik, silalah berjumpa dengan anak encik, kami rasa sudah lama benar dia menyebut ingin bertemu dengan ayahnya."
Perlahan bicara ustaz dalam nada merayu.
"Tak mengapalah, saya rasa tidak ada keperluan untuk itu. Biarlah dia disini dan saya akan terus membayar yuran yang sepatutnya"
Tegas jawapannya ingin memuktamadkan bicara
"Tapi, tidakkah pada hari ini encik ingin berjumpa dengan seorang Al-Hafiz?"
bisik ustaz ke telinganya
"Hari ini anak encik telah hafaz seluruh Al-Quran. Dia telah habis menghafaz dalam tempoh lapan bulan!"
Sepatah-sepatah bicara ustaz, dia hanya mendengar kehairanan.
"Tidakkah encik mahu mengucapkan sedikit tahniah kepadanya?"
Tanya ustaz mengakhir bicara.

Dia tergamam dan terdiam. Dia tidak percaya apa yang dia dengar. Dia tidak sangka dan bertanya adakah dia berhak untuk merasai keajaiban ini. Saat itu anaknya melangkah masuk, berdiri ragu-ragu dengan wajah sarat menanggung rasa rindu hati seorang anak.

Tanpa sedar, si ayah menangis dengan kuat, esakannya memenuhi ruang bilik itu. Dia meluru memeluk anaknya setelah sekian lama tidak melakukannya. Dia tidak percaya. Dia tidak menyangka bahawa dia sedang memeluk anaknya seorang Al-Hafiz dengan cahaya Al-Quran melimpah di wajah. Dia memeluk anaknya dengan begitu lama untuk menikmati rasa damai dalam hatinya sendiri.

Si anak sejak ditinggalkan ayahnya disitu lapan bulan lalu, sudah menanam tekad untuk berubah. Allah telah memberinya hidayah. Ditambah dengan didikan ustaz dan siraman cahaya Al-Quran, dia mendapat kekuatan untuk meninggalkan sejarah lampaunya dan membuat pusingan U dalam hidupnya.

Kisah benar bagi anak di atas memberitahu kita bahawa semua orang boleh berubah. Walau apa sejarah lampau kita, itu bukan halangan untuk masa depan kita. Orang lain ada hak untuk fikir apa sahaja tentang kita tetapi segalanya terletak kepada kita sendiri. Kita boleh buat apa sahaja untuk menjadi baik. Tidak ada yang mustahil sama sekali.

Ingat dan sentiasa ingat, alasan untuk jadi baik sentiasa ada dalam bisikan hati sendiri. Apa yang perlu adalah berani memulakan langkah pertama. Nanti pada langkah kedua pasti dibantu oleh Allah untuk melanjutkan perjalanan seribu batu. Kesukaran paling besar hanya ketika memulakannya. Melakukan kebaikan sama seperti mengusahakan percikan api bagi membuat unggun. Percikan api kesedaran itu nanti akan terus memakan kayu kering dan kemudian marak dengan sendiri, mungkin akan jadi sebesar gunung.

Kerja kita hanya bermula dengan membuat percikan api kemudian semuanya berjalan dengan sendiri. Apa yang penting adalah titik permulaan. Kuasai titik itu bererti kecemerlangan berada di dalam genggaman. Sekiranya terlepas satu titik, segera temui titik lain dan jangan bertangguh.

Dalam keghairahan dan istiqamah melakukan kebaikan sekiranya tersasar dan terlencong, segera cari jalan kembali ke jalan lurus dan jangan bertangguh. Sedikit tersasar bererti kita telah terkeluar dari laluan. Andai terus dibiarkan, kita tidak akan menjumpai destinasi, iaitu keredhaan Allah.

Justeru itu pengajaran dan peringatanlah yang membuat kan kita mencari U-Turn untuk kembali ke jalan lurus, hidayah taufik yang paling mahal dari Allah.


Oleh : Ustaz Zul Ramli M Razali
(Terima kasih Riza Saffiya atas petikan tersebut)

p/s : Allah Maha Pengampun Lagi Mengasihani. Sebagai manusia, janganlah mudah menghukum setiap kekurangan orang lain. Mungkin mereka boleh jadi lebih baik dari kita, suatu hari nanti. Muhasabah diri dan insafi diri agar kita jadi yang terbaik.


Friday, August 27, 2010

Nuzul Al-Quran


Bulan yang pernuh keberkatan. Pastinya berderet majlis ilmu..khususnya tadarus Al-Quran mengisi ruang. Dan sesekali aku tidak melepaskan peluang untuk menyelit memenuhi majlis2 seperti ini. Al-Quran adalah pendindingku selama hayatku. Saat kecilku didendangkan dgn bacaan Al-Quran. Dan hingga kini Al-Quran adalah kewajipanku. Ketenangan ada di situ. Semoga generasiku terus setia bersamamu ya Al-Quran.

Peristiwa Nuzul Al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.

Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW, maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.

Secara ringkasnya, 'Al-Quran' bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah Al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata 'Al-Quran mukjizat akhir zaman' atau 'Al-Quran yang mempunyai mukjizat.'

Malah inilah sebenarnya kelebihan Al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam Al-Quran. Dengan lain perkataan, segalanya terdapat di dalam Al-Quran.

Firman Allah SWT:
"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)."
(Al-An’am:38)


Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-'Alaq. maksudnya:
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
(Al-‘Alaq 1 : 5)


Pengertian Al-Quran
Secara Bahasa (Etimologi) merupakan mashdar (kata benda) dari kata kerja Qoro-’a (
قرأ) yang bermakna Talaa (تلا) [keduanya bererti: membaca], atau bermakna Jama’a (mengumpulkan, mengoleksi).

Anda dapat menuturkan, Qoro-’a Qor’an Wa Qur’aanan (
قرأ قرءا وقرآنا) sama seperti anda menuturkan, Ghofaro Ghafran Wa Qhufroonan (غفر غفرا وغفرانا). Berdasarkan makna pertama (Yakni: Talaa) maka ia adalah mashdar (kata benda) yang semakna dengan Ism Maf’uul, ertinya Matluw (yang dibaca). Sedangkan berdasarkan makna kedua (Yakni: Jama’a) maka ia adalah mashdar dari Ism Faa’il, ertinya Jaami’ (Pengumpul, Pengoleksi) kerana ia mengumpulkan/mengoleksi berita-berita dan hukum-hukum.

Secara Syari’at (Terminologi) adalah Kalam Allah Taala yang diturunkan kepada Rasul dan penutup para Nabi-Nya, Muhammad SAW, diawali dengan surat al-Fatihah dan diakhiri dengan surat an-Naas.
Allah ta’ala berfirman,
"Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Qur'an kepadamu (hai Muhammad) dengan beransur-ansur."
(Al-Insaan : 23)

Dan Firmannya :
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan berupa Al-Qur'an dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya."
(Yusuf : 2)


Allah Taala telah menjaga Al-Quran yang agung ini dari upaya merubah, menambah, mengurangi atau pun menggantikannya. Dia telah menjamin akan menjaganya sebagaimana dalam firman-Nya,
"Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Qur'an dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya."
(Al-Hijr : 9)


Muhammad Ali Ash-Shabuni mendefinisikan
"Al-Quran adalah firman Allah yang tiada tandingannya, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW penutup para Nabi dan Rasul, dengan perantaraan Malaikat Jibril as dan di tulis pada mushaf2 yang kemudian disampaikan kepada kita secara mutawatir serta membacanya dan mempelajarinya merupakan ibadah, yang dimulai dengan surah Al-Fatihah dan ditutup dengan surah An-Naas."

Oleh kerana itu, selama berabad-abad telah berlangsung namun tidak satu pun musuh-musuh Allah yang berupaya untuk merubah isinya, menambah, mengurangi atau pun menggantinya. Allah SWT pasti menghancurkan tabirnya dan membuka tipudayanya.

Allah Taala menyebut Al-Quran dengan sebutan yang banyak sekali, yang menunjukkan keagungan, keberkatan, pengaruhnya dan keuniversalannya serta menunjukkan bahawa ia adalah pemutus bagi kitab-kitab terdahulu sebelumnya. Antaranya,
Allah Ta’ala berfirman,
"Dan Kami telah turunkan kepadamu Al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab2 (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab2 yang lain; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan."
(Al-Maa'idah : 48)


Al-Quran Al-Karim merupakan sumber syari'at Islam yang kerananya Muhammad SAW di utus kepada seluruh umat manusia.
Firman Allah Taala,
"Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqan (Al-Quran) kepada hamba-Nya agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam (jin dan manusia)."
(Al-Furqaan : 1)


Al-Quran adalah firman atau wahyu yang berasal dari Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dengan perantara melalui malaikat Jibril sebagai pedoman serta petunjuk seluruh umat manusia semua masa, bangsa dan lokasi. Al-Quran adalah kitab Allah SWT yang terakhir setelah kitab taurat, zabur dan injil yang diturunkan melalui para rasul.

Sejarah Al-Quran
Allah SWT menurunkan Al-Quran dengan perantaraan malaikat Jibril sebagai pengentar wahyu yang disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW di gua hiro' pada tanggal 17 Ramadhan ketika Nabi Muhammad berusia 41 tahun iaitu surat Al-Alaq ayat 1 hingga 5.

Manakala surah terakhir Al-Quran turun pada tanggal 9 zulhijjah tahun 10 hijriah yakni surah Al-Maidah ayat 3. Al-Quran turun tidak secara sekaligus, namun sedikit demi sedikit baik beberapa ayat, langsung satu surat, potongan ayat, dan sebagainya. Turunnya ayat dan surat disesuaikan dengan kejadian yang ada atau sesuai dengan keperluan. Selain itu dengan turun sedikit demi sedikit, Nabi Muhammad SAW akan lebih mudah menghafal serta meneguhkan hati orang yang menerimanya. Lama Al-Quran diturunkan ke bumi adalah kurang lebih sekitar 22 tahun 2 bulan dan 22 hari.

Al-Qur'an terdiri dari 114 bahagian yang dikenal dengan nama surah (surat). Setiap surah akan terdiri daripada beberapa ayat, di mana surah terpanjang dengan 286 ayat, surah Al- Baqarah dan yang terpendek dengan hanya memiliki 3 ayat iaitu surah Al-Kautsar, An-Nasr dan Al-‘Așr.

Surah yang panjang terbagi lagi atas sub bagian lagi yang disebut ruku' yang membahas tema atau topik tertentu.
Pembagian ini berdasarkan tempat dan waktu penurunan surah dan ayat tertentu di mana surah2 yang turun sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah tergolong sebagai surah Makkiyah selama 12 tahun. Manakala surah Madaniyah merupakan surah yang turun setelah penghijrahan Nabi di Madinah yang berlangsung selama 10 tahun.

Ketika hayat Nabi Muhammad SAW, terdapat beberapa orang yang menulis Al-Quran iaitu Zaid bin Tsabit, Ali bin Abi Talib, Muawiyah bin Abu Sufyan dan Ubay bin Kaab. Sahabat yang lain juga kerap menuliskan wahyu tersebut walau tidak diperintahkan. Media penulisan yang digunakan saat itu berupa pelepah kurma, lempengan batu, daun lontar, kulit atau daun kayu, pelana, potongan tulang belulang binatang.

Di samping itu ramai sahabat2 yang juga menghafal ayat2 Al-Quran setelah wahyu diturunkan.
Pada masa kekhalifahan Abu Bakar, terjadi beberapa pertempuran (dalam perang yang dikenal dengan nama perang Ridda) yang mengakibatkan tewasnya beberapa penghafal Al-Quran dalam jumlah yang signifikan. Umar bin Khattab yang saat itu merasa sangat khawatir akan keadaan tersebut lantas meminta kepada Abu Bakar untuk mengumpulkan seluruh tulisan Al-Quran yang saat itu tersebar di antara para sahabat.

Abu Bakar lantas memerintahkan
Zaid bin Tsabit sebagai koordinator untuk pelaksanaan tugas tersebut. Setelah pekerjaan tersebut selesai dan Al-Quran tersusun secara rapi dalam satu mushaf, hasilnya diserahkan kepada Abu Bakar. Abu Bakar menyimpan mushaf tersebut hingga wafatnya kemudian mushaf tersebut berpindah kepada Umar sebagai khalifah penerusnya, selanjutnya mushaf dipegang oleh anaknya yakni Hafsah yang juga isteri Nabi Muhammad SAW.

Pada masa pemerintahan khalifah ke-3 yakni
Utsman bin Affan, terdapat keseragaman dalam cara pembacaan Al-Quran (qira'at) yang disebabkan oleh perbedaan dialek (lahjah) antara suku yang berasal dari daerah yang berbeza. Hal ini menimbulkan kekhuatiran Utsman sehingga ia mengambil insiatif untuk membuat sebuah mushaf yang standard (menyalin mushaf yang dipegang Hafsah) yang ditulis dengan jenis penulisan baku. Ia kemudian dikenali dengan istilah cara penulisan (rasam) Utsmani yang digunakan hingga saat ini.

Kemudian, seluruh mushaf yang berbeza penghasilannya diperintahkan untuk dimusnahkan (dibakar). Utsman telah berhasil mencegah dari terjadinya perselisihan di antara umat Islam di masa depan dalam penulisan dan pembacaan Al-Quran.


Menurut Syaikh Manna' Al-Qaththan dalam
Mahabits fi 'Ulum Al Qur'an, keterangan ini menunjukkan bahwa apa yang dilakukan Utsman telah disepakati oleh para sahabat. Demikianlah selanjutnya Utsman mengirim utusan kepada Hafsah untuk meminjam mushaf Abu Bakar yang ada padanya. Lalu Utsman memanggil Zaid bin Tsabit Al-Anshari dan tiga orang Quraish, iaitu Abdullah bin Az-Zubair, Said bin Al-Ash dan Abdurrahman bin Al-Harits bin Hisyam. Ia memerintahkan mereka agar menyalin dan memperbanyak mushaf, dan jika ada perbezaan antara Zaid dengan ketiga orang Quraish tersebut, hendaklah ditulis dalam bahasa Quraish karena Al Quran turun dalam dialek bahasa mereka.

Setelah mengembalikan lembaran-lembaran asli kepada Hafsah, ia mengirimkan tujuh buah mushaf, yaitu ke Mekkah, Syam, Yaman, Bahrain, Bashrah, Kufah, dan sebuah ditahan di Madinah (mushaf al-Imam).


Kandungan Al-Quran
Ajaran Utama Dalam Isi Kandungan Al-Quran
1. Tauhid - Keimanan terhadap Allah SWT
2. Ibadah - Pengabdian terhadap Allah SWT
3. Akhlak - Sikap & perilaku terhadap Allah SWT, sesama manusia dan makhluk lain
4. Hukum - Mengatur manusia
5. Hubungan Masyarakat - Mengatur tata cara kehidupan manusia
6. Janji Dan Ancaman - Reward dan punishment bagi manusia
7. Sejarah - Teladan dari kejadian di masa lampau

Keistimewaan Al-Quran
1. Memberi petunjuk lengkap disertai hukumnya untuk kesejahteraan manusia segala zaman, tempat dan bangsa.
2. Susunan ayat yang mengagumkan dan mempengaruhi jiwa pendengarnya.
3. Dapat digunakan sebagai dasar pedoman kehidupan manusia.
4. Menghilangkan ketidakbebasan berfikir yang melemahkan daya upaya dan kreatifitas manusia (memutus rantai taqlid).
5. Memberi penjelasan ilmu pengetahuan untuk merangsang perkembangannya.
6. Memuliakan akal sebagai dasar memahami urusan manusia dan hukum-hukumnya.
7. Menghilangkan perbedaan antar manusia dari sisi kelas dan fisik serta membedakan manusia hanya dasi takwanya kepada Allah SWT.


Setelah Rasulullah wafat, yang tertinggal adalah Al-Quran yang terjaga dari penyimpangan dan pemutarbalikan fakta agar dipakai sebagai petunjuk dan pedoman dalam mengarungi dunia fana ini.
Firman Allah SWT :
"Katakanlah hai manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah (yang) diutus kepada kalian semua, bahwa Allahlah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi, tidak ada Tuhan selain Dia yang menghidupkan dan yang mematikan, maka berimanlah kalian kepada Allah dan rasulNya. Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimatNya (kitab-kitabNya) dan ikutilah Dia agar kalian mendapat petunjuk."
(Al-Arof : 158)


Allah menurunkan Al-Quran kepada nabi Muhammad SAW untuk mengeluarkan umat manusia dari kegelapan dan kebodohan menuju cahaya Islam, sehingga menjadi benar-benar umat yang baik dan terbaik yang pernah ada di muka bumi ini.

Di antara ciri khas atau keistimewaan yang dimiliki Al-Quran adalah
pemberi syafa’at pada hari kiamat pada orang yang membacanya, mengkajinya, hal ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan Abi Umamah al, Bahimah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, yang artinya:
"Baca Al-Quran, ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa'at kepadanya"
(HR Muslim)

1. Kitabun Naba'i wal Akhbar - Kitab Berita dan Kabar
"Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya? Tentang berita yang besar"
( An-Naba’ 78:1-2 )

2. Kitabul Hukmi wal Syari’ati - Kitab Hukum Syariah

"dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan mushibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik."
( Al-Maaidah 5:49 )


3. Kitabul Jihad – Kitab Jihad
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik."
(Al-Ankabut 29:69 )


4. Kitabut Tarbiyah – Kitab Tarbiyah
"Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya."
( Al-Imran 3:79 )


5. Minhajul Hayah – Pedoman Hidup

"Maka jika mereka tidak menjawab (tantanganmu) ketahuilah bahwa sesung- guhnya mereka hanyalah mengikuti hawa nafsu mereka (belaka). Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun. Sesung- guhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim."
( Al-Qashash 28:50 )


6. Kitabul ‘Ilm – Kitab Ilmu pengetahuan

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
( Al-‘Alaq 96:1-5 )


Nama-Nama Al-Quran

a. Al-Huda (petunjuk)
Dalam Al-Qur’an terdapat tiga kategori tentang posisi Al-Quran sebagai petunjuk.

Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia secara umum.
Allah berfirman,
"Bulan ramadhan adalah bulan yang diturunkan-Nya Al-Qur’an yang berfungsi sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasannya mengenai itu" (Al-Baqoroh : 2-185).

Al-Quran adalah petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.
Allah berfirman,
"Kitab Al-Qur’an ini tidak ada keraguan di dalamnya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa." (Al-Baqoroh : 2).

Al-Quran sebagai petunjuk bagi orang-orang yang beriman. Allah berfirman.
"Katakanlah : "Al-Qur’an itu adalan petunjuk dan penawar bagi orang-orang beriman" (Al- Fussila : 44).

b.
Al-Furqon (pemisah)
Dalam Al-Quran yang
membezakan dan memisahkan antara yang hak dan yang batil atau antara yang benar dengan yang salah.
Allah berfirman,
"Bulan Ramadhan adalah bulan diturunkannya Al-Quran yang berfungsi sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil)." (Al-Baqaroh : 185).

c.
Al-Syifa (Ubat)
Al-Quran dikatakan bahwa ia berfungsi sebagai ubat bagi penyakit yang ada di dalam dada (mungkin yang dimaksud disini adalah penyakit psikologis).
Allah berfiman,
"Hai manusia sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh dari penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada." (Yunus : 57).

d.
Al Mau’idzoh (nasihat)
Dalam Al-Quran dikatakan bahwa ia berfungsi sebagai nasihat bagi orang-orang bertaqwa. Allah berfirman,
"Al-Quran ini adalah penerangan bagi seluruh manusia dan petunjuk serta pelajaran bagi orang2 bertakwa" (Al-Imran : 138)

e. Al-Kitab (Yang Ditulis)
“Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa”
( Al-Baqarah : 2 )


f. Ar-Rahmah (Rahmat)
“Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.” ( Al-Israa’ 17:82 )

g. An-Nur (Cahaya)
“Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyi kan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan”
(Al-Maaidah 5:15)


h.
Ar-Ruh (Ruh)
“Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar- benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.”
( Asy-Syuura 42:52 )


i.
Al-Haq (Kebenaran)
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu.” ( Al-Baqarah 2:147 )

j. Al-Bayan (Penerang)
“(Al Quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.” (Ali ‘Imran 3:138 )

h.
Al-Mau’izah (Pengajaran)
“Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?” ( Al-Qamar 54:17 )

i. Az-Zikr (Pemberi Peringatan)
“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya” ( Al-Hijr 5:9 )

sumber : internet


Yang Jahil dan Yang Ilmu


Suatu petang yang damai di dalam sebuah komuter.

Setibanya di suatu stesen pintu terbuka. Menjengah masuk ke dalam seorang bapa dengan dua orang anak lelaki kecilnya. Si bapa mencari kerusi yang masih kosong untuk melabuhkan punggung, menyandar diri mencari keselesaan dan terus melelapkan mata.

Tinggalla
h kedua-dua orang anak lelaki kecilnya yang berlari dengan bising dari hujung ke hujung memanjat tiang dan bergayut pada tempat gantung tangan selain bergumpal sesama sendiri sehingga menjatuhkan buku dan majalah penumpang lain. Penumpang di dalam gerabak itu memandang sesama sendiri dengan wajah marah.Suasana gerabak telah berubah menjadi kalut dan merimaskan bahana dua orang anak kecil ini. Lebih menyakitkan hati apabila melihat si bapa yang tersandar dan tenggelam dalam dunianya sendiri.

Seorang penumpang bangkit dan duduk di sebelah si bapa dan berkata-kata dengan lembut dan perlahan menahan rasa gerutu,
"Saudara maafkan saya….Anak anda sebenarnya sangat mengganggu kami."
Si bapa terkejut sambil membetulkan duduknya dan memohon maaf beberapa kali.

Tiba-tiba kelihatan ada air mata bergenang di kelopak matanya dan suaranya tersekat di kerongkong. Wajahnya berubah sambil menarik nafas panjang dia seperti menyimpan sesuatu yang sangat berat.
"Sebenarnya pada minggu lepas, isteri saya sering mengadu sakit di bahagian dalam kepalanya. Kami pergi ke sebuah hospital pakar dan hasil ujian sangat mengejutkan kerana terdapat satu ketumbuhan yang sedang menekan otak isteri saya dari dalam. Dia rupa-rupanya mengalami penyakit lampington. Sejak hari itu dia ditahan di hospital dan terpisah dengan dua orang anak kami."

Tuturnya penuh sayu dengan nada sangat perlahan.
"Saudara, sejak hari itu dua anak saya bertukar menjadi sangat murung. Mereka tidak mahu menjamah makanan dan apabila tidur malam pula sering terkejut sambil menjerit memanggil ibunya. Tiada yang dapat saya lakukan sama sekali."

Dia berhenti sambil melontarkan pandangan ke arah kedua-dua anaknya yang leka bermain.
"Semasa melawat isteri saya, dia sering mendesak untuk berjumpa dengan kedua-dua anak ini tetapi kami tidak mendapat kebenaran untuk itu. Pada hari semalam sambil menangis dan memegang tangan saya, isteri saya merayu untuk berjumpa dengan anak ini walau dengan berapa harga sekalipun."
Bicaranya terhenti lagi menahan sebak.

"Saya berjumpa dengan pihak atasan dan dengan berat akhirnya kebenaran diberikan untuk saya membawa mereka pada hari ini." "Semalam apabila saya pulang dan membawa berita gembira ini, anak saya yang murung terus bangkit kegembiraan mereka berlari di sekeliling rumah dan mereka hampir tidak tidur sepanjang malam kerana bercerita tentang ibu yang mereka rindui dan esok sungguh menyeronokkan."
Tambahnya sambil membetulkan duduknya.

"Hari ini semuanya berjalan lancar, kedua-dua anak saya telah bersiap awal. Ketika saya mengunci rumah anak saya tidak habis-habis menarik saya agar segera bertolak, tiba-tiba telefon bimbit berbunyi, saya mengangkatnya, suara di hujung talian meminta saya segera ke hospital."
Sekali lagi dia berhenti menahan sakit di dalam.

"Panggilan itu memberitahu, isteri saya telah meninggal dunia".
Kali ini dia berhenti, tunduk menahan gelombang sebak di dada. Esakan dan sedu tangisnya jelas kedengaran.
"Saya rasa dunia ini gelap sekali. Pedihnya berita ini, peritnya rasa ini. Lebih berat lagi saya tidak punya kekuatan dan bahasa untuk menyampaikan berita ini kepada dua orang anak saya. Saya takut untuk memikirkan kebenaran bahawa seminggu yang murung itu hanya sedikit rupanya berbanding hari-hari mendatang yang bakal mereka lalui tanpa belaian seorang ibu."
Patah bicaranya dalam, sembilu tajam seperti menyayat-nyayat rasanya.

Penumpang tadi tiba-tiba merasa bahawa segenap rongga hatinya dilimpahi simpati deras yang menyerbu masuk ke setiap penjuru bersama nafasnya. Dia menoleh dan melihat wajah comel kedua-dua anak kecil yang masih leka bergumpal, tetapi kali ini dengan pandangan dingin digenangi simpati amat!

Dia sempat menjeling ke sekeliling pada wajah penumpang lain yang masih lagi mengerut muka dan mencebik menahan kemarahan. Dia berfikir seandainya semua orang di dalam gerabak ini tahu apa yang sebenarnya berlaku tentu tiada api kemarahan pasti setiap mereka juga turut akan memberikan selaut simpati.

Sebenarnya apakah yang membezakan seseorang dengan seseorang lain dalam hidup ini? Ya, ia terletak pada sejauh mana dia berpengetahuan dan berilmu. Penumpang yang tahu tadi berbeza seluruh persepsinya berbanding penumpang-penumpang lain. Itulah keajaiban ilmu, dia berupaya membuka dimensi yang tidak mungkin akan diteroka oleh orang jahil.

Namun apa yang menakutkan adalah bagi orang jahil, dia tetap akan mencari jawapan. Mereka terus bertanya ke dalam diri sendiri untuk memecah persoalan tentang hidup. Apakah yang menjawab dan siapakah memberikan mereka pedoman? Ketika itulah kejahilan yang menjawab. Yang pasti ia menunjuk ke arah kesesatan dan kegelapan tanpa hujung. Ia seperti ’black hole’ yang menelan segala-galanya termasuk cahaya.

Orang jahil akan berbuat dan berindak mengikut pandangan kejahilannya. Kejahilan tidak bisu tetapi yang pasti kemudiannya semua perbuatannya menyimpang jauh daripada kebenaran. Ini paling menakutkan! Oleh itu jangan bertanya kepada kejahilan kerana ia menjawab.


Oleh : Zul Ramli M Razali (petikan : Riza Saffiya)

p/s : Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda,
"Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."
[H.R. Muslim]


Thursday, August 26, 2010

Roh Di Bulan Ramadhan


"Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu, Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari... Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului
kita"


Mungkin ramai yang telah membaca email tentang ini. Dan aku sekadar ingin berkongsi dengan sahabat2 semua apa yang boleh ku kongsikan bersama. Berikut adalah email yang aku terima dari seorang sahabat.

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan.

Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah SWT untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.

Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.

Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.

Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu
1. doa anak2 yang soleh
2. ilmu yang bermanfaat
3. sedekah amal jariah.


p/s : Nurul Izzati....30.10.2002, pasti pusaramu mnjadi kunjungan tetapku...(Lahirnya sebuah cinta nan abadi)


Matahari Award..Friendship





Baru hari ini dapat meluangkan masa membuat entri award yang telah pun di hantar oleh MATAHARIKU beberapa minggu yang lalu.

Terimakasih MATAHARIKU kerana sudi menganugerahkan award ini. Dengan rasa berbesar hati aku menerimanya sebagai koleksi award terbaik buatku.

Dan selang beberapa hari kemudian Lulu dengan baik hati telah menganugerahkan award Matahari friendship yang sama.

Semuanya dengan satu tujuan yag mulia iaitu sebagai tanda persahabatan. Ye, semoga persahabatan ini akan kekal selamanya....insyaallah

Terima kasih LULU


Amira Tag : Airmata Gaza


Lifeline For Gaza

Sabda Rasulullah SAW:

"Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya"

1. Ikuti berita yang berlaku di Gaza, Palestin.


Sabda Nabi Muhammad S.A.W :

"Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan Umat Islam, maka bukanlah dari kalangan mereka"

selalulah berkunjung ke : http://haluanpalestin.haluan.org.my

2. Muat turun (download) gambar-gambar kekejaman zionis dan sebarkan.


3.Ikuti kejayaan-kejayaan ajaib yang dicapai oleh hero-hero Gaza.

Pembunuhan Mahmud Mabhuh yang merupakan salah seorang tokoh terkemuka dalam sayap ketenteraan Hamas, Brigade Al-Qassam. Beliau adalah komandan senior serta salah seorang pendiri Brigade Al-Qassam.

Begitu juga hukuman penjara ke atas Sheikh Raed Shalah telah membangkitkan kemarahan dan membakar semangat masyarakat Palestin untuk terus berjuang membebaskan al Quds dan Masjid al Aqsa daripada cengkaman Zionis Israel.


Semakin ramai generasi muda bangkit mengangkat senjata turut menentang kekejaman Zionis ini


4. Lekat gambar-gambar palestin di bilik, kereta,laptop dan sebagainya.


Ambil dan lekatlah!, biar kita beringat kerana kita manusia selalu lupa perlu diingatkan selalu. biar kita tak terus leka, lalai dan lagho serta mensyukuri nikmat yang ada.

5. Sertai aktiviti-aktiviti tentang Palestin.

Jangan culas. Ambil bahagian jika ada program bertemakan Palestin.

"Jangan tanya apa sumbangan Islam kepada anda, tanyalah apa sumbangan diri pada Islam"
"amalan sebesar zarah yang dilakukan akan dibalas jua"

6. Anjurkan aktiviti-aktiviti kesedaran Palestin untuk jiran, mahallah seperti Qiamullail dan solat hajat berkumpulan.

Jika mampu anjurkanlah, moga usaha kita itu diberkati oleh-Nya. Biar jadi bukti di akhirat nanti yang kita ada usaha untuk menolong mereka di Palestin.

7. Boikot! Boikot! Boikot! Barangan Israel dan Amerika dengan mencari alternatif produk buatan ummah.

boycott-apartheid-israel-275x330

8. Ingat Palestin dalam doa dan solat.

doalah, moga Allah makbulkan doa kita. ambil masa 1 minit setiap waktu 5 kali sehari itu untuk mendoakan kemenangan Umat Islam di sana. Ini, semua orang pon terlebih mampu!!! ayoh !!

9. Bacakan Qunut nazilah untuk Israel.


Masjid-masjid di seantero Damaskus basah oleh air mata para jama’ah, ketika para imam menutup rakaat terakhir sholat Ashar tadi dengan Qunut Nazilah yang menggetarkan.

Para imam itu mengangkat tangan ke langit dan berdoa,

Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,

turunkan para Malaikat-Mu untuk membantu para Mujahidin di Gaza dan Seluruh Palestina, sebagaimana telah Engkau turunkan ribuan Malaikat di Badar, di Khandaq dan di Tabuk.

Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,

ringankanlah penderitaan saudara-saudara kami di Gaza, kuatkanlah terus generasi baru dari antara anak-anak mereka, menjadi generasi yang akan membawa kami pada kejayaan Islam lewat Jihad fii Sabiilillah.

Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,

janganlah Kau biarkan kami termasuk orang-orang yang berpangku tangan melihat kezaliman atas saudara-saudara kami.

Daftarkan nama-nama kami dalam daftar panjang para Mujahidin Mukhlisin dan para Syuhada yang menjemput Syurga-Mu.

Jangan Kau biarkan dunia yang hina ini melingkupi kehidupan kami sampai lupa pada Negeri Akhirat-Mu.

Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,

anugerahkan kepada kami kesabaran memegang teguh agama-Mu dan wafatkan kami dalam keadaan Muslim.”

Angkat tangan kita, aminkan doa ini.

Catatkan nama kita, infaqkan sebagian harta kita di jalan suci ini

Baca qunut nazilah sebagai bantuan terpantas kita kepada mereka, serta doa buat Umat Islam Palestin dan kehancuran tentera Israel. Moga2 Allah makbulkan. Ameen~~

10. Sumbang USD 1 setahun.

Ini permintaan dari wakil mereka yang tulis surat kepada semua warga Malaysia. Berapa sangat USD 1, kita mampu lebih dari itu. (USD 1 lebih kurang RM 3.50)
Atau...

Nama Akaun: Tabung Palestin
HALUAN
BIMB: 14-023-01-003429-2
Maybank:
5644 9020 8528

Keterangan lanjut hubungi Sdr. Sabri Ibrahim
(019-2395799)

mari beramai-ramai sahut seruan ini!!!


inspirasi dari entry: FOR THE REST OF MY LIFE

p/s : Terimakasih AMIRA, kerana daya usaha untuk meningkatkan seruan GAZA ini.
Dari tag Amira, kuteruskan kepada sesiapa yang mahu tag bahagian ini juga. Dialu2kan.


Wednesday, August 25, 2010

Asalnya Api


Panasnya hati sepanas mentari. Kenapa perkataan seumpama amat bersesuaian dengan mentari? Kadang2 terdetik di hati adakah api di dunia ini adalah sama dengan api mentari? Dan bagaimana pula dengan api neraka?

Menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah Nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan, maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam as. Maka Jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril: Wahai Zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam as.

Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril: sebesar kurma...

Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa, nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.

Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia, nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia.

Maka Jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakkan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

PENGAJARAN:
Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukkan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA .

p/s : sedikit renungan di bulan ramadhan.....


Tuesday, August 24, 2010

Persoalan dan Ramadhan


13 Ramadhan telahpun ku lalui. Sedar tak sedar...ramadhan pasti berlalu pergi. Dan hari ini kesihatan tidak membenarkan aku berbuat aktiviti lain. Berehat. Kebetulan Mr Vee sudah kembali. Alhamdulillah..kiranya kerinduanku terhadap Mr Vee terubat jua. Maka bersama Mr Vee aku luangkan masa.

Teringatku pada satu petikan dan persoalan yang ingin ku kongsikan buat tatapan sahabat2 semua.

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba tak tinggal berjemaah Isya’ dan tarawih. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba bangun sebelum Subuh untuk bersahur, masa tu jugak dapat aku bertahajjud dan membaca Al-Quran seperti selalu Nabi SAW buat. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba datang berjemaah subuh di Surau/Masjid terdekat. Solat sunat sebelum Subuh pun tak tinggal. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba membaca kitab Al-Quran sebanyaknya, ada je waktu lapang, aku akan buka kitab suci ni. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba peruntukkan sejumlah pendapatan aku untuk sedekah. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?


Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba kawal kata-kataku, penglihatanku, pendengaranku, perbuatanku agar tidak melakukan perkara lagho@sia-sia. Aku tak lagi mengumpat, aku tak lagi berbual kosong, gelak ketawa, aku tak lagi mendengar lagu-lagu yang melekakan, aku tak pergi tengok wayang, melepak, ronda-ronda shopping complex tanpa tujuan. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?


Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba banyakkan zikir kepada Allah, pagi petang malam, tak henti-henti aku berzikir. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?


Kenapa? Oh..betapa sebelas bulan yang lain, aku jauh terleka. Ini semua salah kau syaitan. Kau yang menyebabkan aku leka. Bulan Ramadhan, kau terikat. Mudah untuk aku kembali mengingat Allah.


Eh..kenapa aku salahkan syaitan? Bukan ke aku sendiri bersalah? Mengikut saja kata teman aku tu tanpa menolak. Huhuu..lemahnya diri aku ini.


Sekarang aku sedar, aku insaf. Tapi kuatkah aku untuk kekal beramal sepanjang tahun..bukan pada bulan Ramadhan saja? Kawan-kawan aku semua macam ni, kalau aku berubah..aku jadi macam kera sumbang. Aku akan kehilangan kawan-kawan aku.

Tapi itu bukan alasan untuk aku berkawan rapat dengan syaitan durjana yang melekakan aku dan kawan-kawan aku. Oh..aku tahu jalannya. Kenapa tidak, aku ajak sekali kawan-kawan aku yang lain juga berubah seperti keinginan aku ini.

Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi titik tolak untuk kita berubah. Kalau berubah sendiri, aku tak kuat..aku perlukan juga kawan-kawan semua

p/s : Syawal menghampiri namun Ramadhan tetap ku nanti. Ada kesyahduan di situ


Javier `Chicarito' Hernández Balcázar


Siapa Chicarito? Apabila Manchester United berjaya menewaskan juara BPL 2010, Chelsea 3-1 dalam FA Community Shield/Charity, menjadikan Chicarito lebih terkenal. Dengan bantuan gugel, maka aku dapat mendalami siapa anak muda disebalik nama Chicarito ini.

Nama Spanishnya
, Hernández Balcázar (Sebutan Sepanyol, haˈβjer erˈnandes) dilahirkan
Guadalajara, Jalisco pada 1 Jun 1988 dan baru berusia 22 tahun. Bapanya, Javier Hernández Gutiérrez yang merupakan salah seorang ahli skuad Mexico pada Piala Dunia FIFA 1986. Manakala datuknya, Tomás Balcázar merupakan pemain skuad CD Guadalajara dan salah seorang skuad kebangsaan Mexico di Piala Dunia FIFA 1954.

Hernández dikenali secara umum sebagai "Chicharito" atau ringkasnya, Chicaro yang bermaksud "little pea" (kacang pis) kerana matanya yang berwarna kehijauan. Hurm..barulah tahu kenapa jersi no.11 yang di pakainya, bertulis Chicarito bukan Hernandez.


Pemain bolasepak Mexico ini berasal dari Kelab Guadalajara. Dia merupakan pemain Mexico yang pertama sekali menyertai kelab Manchester United. Pernah menjaringkan 2 gol semasa menjadi pemain bolasepak kebangsaan Mexico pada September 2009 ketika menentang Colombia.

Hernandez mula aktif dalam bidang bola sepak ketika berusia 7 tahun dalam liga rekreasi. Kemudian ketika berusia 9 tahun, Hernández berganding dengan CD Guadalajara dan menandatangani kontraknya ketika berusia 15 tahun.

Pemuda yang dikatakan beragama Islam ini mula bermain dengan pasukan Chivas Coras untuk musim 2005/2006.
Muncul 64 kali dalam liga Mexico dengan jumlah kutipan sebanyak 26 gol. Pada 11 Jun 2010, Hernández membuat penampilan pertama Piala Dunia FIFAnya ketika perlawanan pembukaan 2010, menentang Afrika Selatan dan seri 1-1.

Analisis dari statistik FIFA menunjukkan Hernández merupakan pemain yang paling lincah berlari dan terpantas dalam Piala Dunia 2010, dengan kelajuan tertinggi 32.15 km / h (19,97 mph). Alex Ferguson turut meluahkan pndangan peribadinya bahawa, Hernandez yang mempunyai ketinggian 175 cm dan berat badan 70 kg ini, pemain terpantas dan penjaring gol yang semula jadi. Pemain yang bermain pada posisi striker ini juga di nanti penampilan oleh Sir Alex Ferguson pada Piala Dunia 2010 yang lalu.

Pada 8 April 2010, Hernández telah menandatangani kontrak dengan Manchester United. Hernández membuat penampilan pertamanya pada 08 Ogos 2010 dalam FA Community shield/Charity. Gol pertamanya merupakan yang kedua dalam perlawanan itu akhirnya membuahkan kemenangan kepada Manchester United. Maka, selepas ini pasti bnyak aksi2 nya yang mungkin bakal menenggelamkan ke`glamer'an Wayne Rooney yang kelihatannya tak habis2 mencipta kontroversi.

Kehadiran Hernandez dapat juga mngubat hati lebih2 lagi setelah Mesut Ozil yang di harap2kan menyarung jersi merah ini, telah pun menjadi milik Real Madrid.

sumber : wiki


Friday, August 20, 2010

Four Boyfriends


Being happy doesn't mean everything's perfect. It means you've decided
to see beyond the imperfections.
This is touching please read through...

Once upon a time there was this girl who had four boyfriends.

She loved the 4th boyfriend the most and adored him with rich robes and treated him to the finest of delicacies. She gave him nothing but the best.

She also loved the 3rd boyfriend very much and was always showing him off to neighboring kingdoms. However, she feared that one day he would leave her for another.

She also loved her 2nd boyfriend. He was her confidant and was always kind, considerate and patient with her. Whenever this girl faced a problem, she could confide in him, and he would help her get through the difficult times.

The girls 1st boyfriend was a very loyal partner and had made great contributions in maintaining her wealth and kingdom. However, she did not love the first boyfriend. Although he loved her deeply, she hardly took notice of him.

One day, the girl fell ill and she knew her time was short. She thought of her luxurious life and wondered, I now have four
boyfriends with me, but when I die, I'll be all alone.

Thus, she asked the 4th boyfriend,
"I loved you the most, endowed you
with the finest clothing and showered great care over you. Now that I'm dying, will you follow me and keep me company?"
"No way!",
replied the 4th boyfriend, and he walked away without another
word.

His answer cut like a sharp knife right into her heart.


The sad girl then asked the 3rd boyfriend,
"I loved you all my life. Now
that I'm dying, will you follow me and keep me company?" "No!", replied the 3rd boyfriend.
"Life is too good!
When you die, I'm going to marry someone else!"

Her heart sank and turned cold.

She then asked the 2nd boyfriend,
"I have always turned to you for help
and you've always been there for me. When I die, will you follow me and keep me company?"
"I'm sorry, I can't help you out this time!", replied the 2nd boyfriend. "At the very most, I can only walk with you to your grave."

His answer struck her like a bolt of lightning, and the girl was devastated.

Then a voice called out:
"I'll go with you. I'll follow you no matter
where you go."

The girl looked up, and there was her first boyfriend. He was very skinny as he suffered from malnutrition and neglect. Greatly grieved, the girl said,
"I should have taken much better care of
you when I had the chance!"

In truth, you have 4 boyfriends in your lives:

Your 4th boyfriend is your body. No matter how much time and effort you
lavish in making it look good, it will leave you when you die.
Your 3rd boyfriend is your possessions, status and wealth.
When you die, it will all go to others.
Your 2nd boyfriend is your family and friends. No matter how much they
have been there for you, the furthest they can stay by you is up to the grave.
And your 1st boyfriend is your Soul. Often neglected in pursuit of
wealth, power and pleasures of the world. However, your Soul is the only thing that will follow you where ever you go.

Cultivate, strengthen and cherish it now, for it is the only part of
you that will follow you to the throne of God and continue with you throughout Eternity.

Thought for the day: Remember, when the world pushes you to your knees, you're in the perfect position to pray.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.