Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Wednesday, July 21, 2010

Teka Teki Imam Ghazali


Alkisah suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya suatu Teka Teki :

Imam Ghazali = 'Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '

Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati
( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '

Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama'.


Imam Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar.
Tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'


IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat di dunia? '

Murid 1 = ' Baja '

Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar.
Tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'


Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'

Murid 1 = ' Kapas'

Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'

Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar.
Tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '


Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '

Imam Ghazali = ' Itu benar.
Tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

p/s : Rasulullah SAW bersabda : sampaikanlah walaupun sepotong ayat

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

4 comments:

mira_nas said...

tq.. lupa dah pasal teka teki ni..
hehe.. ringan kan tinggal solat..
kalau hari jumaat bersepah kat mall..
tgk laki konon islam x g solat jumaat.. berdating dengan awek dia..
*bodo* punya pompuan.. cmtu pon nak buat laki.. opss

sarina izryn said...

heheh...nk yang nk wat mira jd adik ipar nih...hehehe.....sayang amira....!!

Unknown said...

Salam kak, Taktau apa nak jd ngan muda mudi skrg...kalo solat dah berani tinggal,aurat dah tak kisah,puasa dah tak endah...apakan lg mati yg dtg menjengah...

sarina izryn said...

ye fareed..benar sekali....semoga adik2 sekalian beringat walaupun di usia yg muda..kerana ajal dan maut tidak pernah mengenal usia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.