Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Wednesday, June 9, 2010

Belasungkawa - Yusrizal Mohd Yusof


Mendengar khabar duka tentang pemergian allahyarham, buat aku bertafakur seketika. Dari Allah dia datang dan dari Allah jua dia kembali. Sesungguhnya kematian itu pasti. Walaupun tidak rapat dengan allahyarham dan hanya mengenalinya sepintas lalu setiap kali aku mengunjungi HQ di Kuala Lumpur, namun sebagai sahabat setugas, pasti timbul rasa sayu di hati.

Kemalangan di pagi Khamis 27.05.2010 telah meragut nyawa allahyarham pada malam 01.06.2010 setelah hampir seminggu di bilik rawatan ICU, HKL, berikutan kecederaan dalaman yang parah.

Terpanggil aku ingin mengambil sedikit petikan luahan hati dari sahabat karib yang kuselitkan sebagai satu kenangan bahawa persahabatan akan kekal walaupun takdir telah memisahkan. Hanya kenangan yang terus bersama, sebagai ingatan bahawa kita akan menyusul juga suatu masa nanti.

"Kali terakhir saya bertemu dan berbual dengannya seusai petang Rabu yang lalu. Kami bercerita dan bertukar-tukar pandangan mengenai julat kerja kami yang sibuk dan pengenalan model Peugeot baru. Dan petang Rabu itu juga saya sempat memberi salam kepada beliau tatkala saya hendak pulang ke rumah sementelah waktu kerja tamat.

Mendengar berita yang beliau meninggal dunia malam tadi sangat-sangat mengejutkan saya. Begitulah, kematian yang datang tiba-tiba. Senyum, suara dan sifat ramah-tamah serta kerja kuatnya masih terbayang di ruang mata. Al-Fatihah buat sahabat solatku.

Allahyarham Yusrizal bin Mohd Yusof, istirahatlah wahai sahabatku dari ujian dunia, semoga kau soleh di sisi pangkuan cinta Allah di sana. Sahabatku, kau tidak berhutang apa-apa dengan aku ini. Aku halalkan semuanya dan memaafkan segalanya wahai sahabatku…

Benar, Rabu lalu adalah hari mu yang terakhir bersama sahabat-sahabat yang lain!"

Rabu Yang Terakhir....
Tiada lagi tawa ceria atau gurau senda

apa yang tinggal kini
hanya cebisan memori
yang akan terus terpahat
di ingatan sahabat yang pernah akrab
kau kan pasti dirindui
empat takbir tanpa rukuk dan sujud
menyaksikan kau meninggalkan dunia yang fana
berakhirlah perjuangan seorang sahabat
moga dijauhkan seksa
moga kubur lapang dan terang dari gelita
semoga kau tenang bersemadi
mendahului kami yang akan menyusul jua nanti

Kini kau pergi ... wahai sahabat, semoga arwah dicucuri rahmat..amin....Al-Fatihah

“Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat, seksa mereka dikurangkan, kubur mereka dilapangkan dan diterangkan serta dosa mereka diampunkan“

“ALLAHUMMAGH FIRLAHUMA WAR HAMHUMA ‘AAFIHIMA WA’ FU ‘ANHUMA…”

bicara : Shamsul Kamal bin Main

Sahabat kau yus…aku sedih betul ni.....

Dan hari ini...telah seminggu berlalu....Bagi kita yang masih tinggal di dunia yang fana' ini, doakan yang terbaik, semoga roh allahyarham di cucuri rahmat dan semoga allahyarham tergolong dari kalangan orang2 yang beriman....ALFatihah.....

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

3 comments:

Unknown said...

Al fatihah buat teman ku..sekian lama mncari..rupanya kau pergi dulu
.moga kau tenang disana..

Unknown said...

Tq atas info ni yg empunya blog

tekodancawan said...

AlFatihah...yg baik pergi dulu...ampunilah semua dosanya & rahmatinya ya Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.